Buat Terus Cara Tingkatkan Sales Sekarang! Taktik, Facebook, Instagram, Dropship dan Ecommerce

Apabila anda fikir tentang cari cara tingkatkan sales, apakah yang pertama terlintas dalam kepala anda?

“jual lagi murah dari pesaing”
“post banyak-banyak dekat post FB atau tweet yang viral”
“tag kawan banyak2 dengan posting produk kita”
“guna pelaris, jumpa bomoh”

Ramai yang fokus pada cara-cara begini ini sahaja, sedangkan ada lagi cara-cara lain yang jauh lagi berkesan untuk tingkatkan sales.

Kami juga akan terangkan bagaimana nak aplikasikan cara-cara ini di pelbagai platform dan situasi.

Mungkin anda cari cara naikkan sales di Instagram.

Mungkin juga anda nak naikkan sales di Facebook.

Anda buat bisnes dropship. Kami tunjukkan cara nak naikkan sales untuk dropship juga.

Bagaimana tu? Jom kita tengok dekat bawah.

[INSERT_ELEMENTOR id=”31505″]

Cara Tingkatkan Sales Dengan Tambah Jumlah Pelanggan Baru

Ada 1001 cara diluar untuk tarik pelanggan baru.

Kita boleh gunakan iklan berbayar (FB Ads, TikTok Ads, IG Ads, Google Ads), content marketing, influencer marketing, funnel dan lain-lain.

Saya rasa tak perlu untuk saya terangkan secara mendalam untuk cara pertama ini.

Kami dah tulis beberapa kali mengenai topik yang berkaitan.

Anda boleh baca pelbagai topik berkaitan bisnes didalam blog kami.

Tapi kita perlu ingat, aktiviti menarik pelanggan memerlukan kos.

Kita perlu keluarkan bajet marketing.

Bermakna , setiap kali anda hendak mendapatkan sales, anda perlu mencari pelanggan baru.

Jadi rugilah jika jualan berhenti setakat ini sahaja.

Manakala, setiap pelanggan baru itu tak datang begitu saja.

Terdapat kos yang perlu kita keluarkan, dimana didalam bisnes, kita panggil dia sebagai Kos Mendapatkan Pelanggan (Customer Acquisition Cost / CAC).

Ada ke cara lain nak tingkatkan sales yang tak melibatkan kos macam CAC diatas ni?

Ada.

Jom kita tengok 2 cara lain untuk tingkatkan sales.

Tingkatkan Jumlah Belian (Average Order Value)

Apa itu Average Order Value?

Average Order Value adalah purata nilai pembelian per pelanggan.

Bermakna, nilai purata jumlah yang dibelanjakan oleh seorang pelanggan, apabila membeli daripada anda.

cara tingkatkan sales average order value
Formula Untuk Average Order Value

Kalau anda menjual satu produk bernilai RM50, dan 20 orang membeli daripada anda, jumlah jualan anda adalah RM1000.

Jumlah pesanan pembelian pula adalah 20 kali.

Bahagikan RM1000 dengan 20 kali, anda akan dapat AOV sebanyak RM50 per pelanggan.

Contoh diatas adalah mudah. Tetapi ia akan menjadi semakin berbeza apabila:

  • Anda ada jual lebih dari satu produk
  • Setiap produk yang anda jual itu mempunyai harga yang berbeza-beza.
  • Setiap orang akan membeli produk yang berbeza-beza.
  • Sebahagian orang akan beli lagi produk anda, manakala selainnya tidak.

Jadi bagaimana nak tingkatkan AOV ini?

Kami senaraikan beberapa cara anda boleh gunakan untuk tingkatkan jumlah belian bagi setiap pelanggan.

Tripwire

Cara tingkatkan sales astro njoi
Pakej NJOI yang ditawarkan Astro

Anda pernah tahu tentang pakej Astro NJOI?

Astro NJOI ini adalah pakej asas dari Astro tanpa bayaran bulanan. Anda hanya perlu bayar RM399 (setakat tahun 2022) untuk dapat saluran televisyen yang asas.

Anda boleh tonton saluran percuma seperti TV1, TV2, TV3, TV9, Astro Ria, Astro Oasis dan sebagainya.

Sebenarnya, Astro NJOI ini adalah sejenis produk tripwire dari Astro.

Secara amnya, produk atau servis tripwire ini adalah produk paling minima yang boleh ditawarkan oleh satu-satu bisnes.

Tujuannya adalah untuk pelanggan yang mempunyai isu untuk membeli atau mendapatkan satu-satu servis atau produk, boleh mencuba dengan kos yang paling minima.

Apabila pelanggan sudah mencuba satu-satu produk atau servis, dan mereka berpuas hati, mereka mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melakukan pembelian ulangan (repeat buy) atau mencuba produk lain.

Upsell

Cara tingkatkan sales upsell njoi
Upsell Astro NJOI melalui SMS

Apabila anda sudah melanggan Astro NJOI, anda pasti akan mendapat kempen upsell dari Astro.

Apa itu upsell dalam bisnes dan marketing ni?

Upsell adalah proses menawarkan produk atau servis tambahan yang lebih mahal dari produk/servis yang pelanggan sudah beli atau langgan.

Dari pihak Astro, mereka sudah tahu anda langgan servis mereka. Anda juga tahu pengalaman menggunakan servis mereka.

Oleh itu, mereka tawarkan produk-produk tambahan untuk langgan saluran tambahan, yang memerlukan anda langgan saluran-saluran tersebut.

Inilah proses upsell.

Kenapa perlu buat upsell?

Kerana proses upsell lebih mudah dan murah berbanding proses mendapatkan pelanggan baru.

Pastikan kita offer upsell setelah pelanggan bersetuju untuk membeli.

Upsell selepas pembayaran

Contoh diatas tadi adalah proses upsell sebelum pembayaran dibuat.

Tapi, boleh ke kita upsell LEPAS pembayaran dibuat?

Sudah tentu boleh!

Selepas pelanggan beli produk, kita boleh offer produk sama tetapi dengan diskaun.

Pelanggan akan rasa rugi sebab dah terbeli produk tanpa diskaun.

Disebabkan itu mereka akan beli lagi dan rasionalkan pembelian. “takpe lah beli banyak pun sebab nak guna lama

Belian secara bundle

Pastikan semasa pelanggan checkout (masa nak bayar), mereka akan nampak harga bundle pencuci muka + krim muka + serum dengan harga RM64.90 (tunjukkan berapa mereka boleh jimat).

Beri mereka pilihan untuk berjimat dengan membeli lebih banyak.

Daripada beli 1, baik beli 3 untuk jimat RM14!

Cara tingkatkan sales dengan bundle offer
Contoh promosi jualan secara bundle dari Guardian

Percuma Bersyarat

“Untuk setiap pembelian di atas RMXX, PERCUMA YYY”

Tawaran percuma yang sering diberikan adalah penghantaran percuma. Ada sesetengah pelanggan yang sanggup beli 1 atau 2 barang lagi supaya mereka dapat penghantaran percuma.

Teknik ini juga sering digunakan oleh marketplace seperti Shoppe dan Lazada.

Cara tingkatkan sales dengan lfree shipping coupon shopee
Kupon Free Shipping oleh Shopee

Contoh yang seakan sama adalah dari Domino’s Pizza.

Mereka sangat kerap menggunakan kempen menggunakan cara percuma bersyarat, untuk memberi persepsi bahawa tawaran mereka sentiasa berbaloi untuk didapatkan.

Cara tingkatkan sales dengan buy 1 free 2 dominos
Contoh kupon promosi percuma bersyarat dari Domino’s Pizza.

Last Chance Offer

Tawaran terakhir kita boleh beri sebelum pelanggan buat bayaran.

Perkara ini biasanya dipraktikkan di kedai serbaneka dan pasaraya.

Di kaunter pembayaran, ada pelbagai produk makanan ringan seperti gula-gula dan coklat. Kalau beratur panjang sikit, biasanya ada bakul penghabisan stok atau tawaran istimewa diletakkan berhampiran kaunter bayaran.

Anda boleh lihat di Watsons, dimana mereka mempunyai pelbagai barangan dibelakang kaunter.

Cashier akan mencadangkan barangan tambahan ketika anda ingin melakukan pembayaran.

Cara tingkatkan sales dengan last offer watsons
Pebagai barangan dibelakang kaunter Watsons

Anda boleh aplikasikan perkara yang sama dalam e-commerce.

Berikan tawaran terakhir sebelum pelanggan check out.

Cara tingkatkan sales dengan last chance offer
Contoh Last Chance Offer di website jualan ecommerce

Cross Sell

Cara tingkatkan sales dengan cross sell mi goreng mamak ayam goreng
Mi Goreng Mamak Pon Boleh Cross Sell!

Kalau anda pesan mee goreng di kedai mamak, kebiasaannya mesti anne tu akan tawarkan telur mata atau ayam goreng kan?

Katakan harga mee goreng RM6, ayam RM4.

Jika 5 daripada 10 orang setuju untuk tambah ayam, anne tadi dah dapat lebihan RM20.

Kalau 100 orang tambah ayam goreng?

Anne tu dah dapat jualan mee goreng RM600, dan RM400 dari ayam goreng tadi.

Jumlah pelanggan tetap sama, 100 orang. Tapi dapat extra RM400 dari mereka.

Itulah contoh cross sell yang berlaku di kedai mamak!

Untuk cross sell, kita cadangkan produk berkaitan (complimentary product) dengan produk utama yang nak dibeli.

Contohnya kalau kita jual laptop, boleh cadangkan beg laptop, headphone set dan meja laptop.

Kalau jual kasut, kita cadangkan stokin.

Tudung pula kita cadangkan anak tudung atau pin tudung.

Produk yang kita cadangkan itu memang sesuai dengan apa yang mereka nak beli, jadi mereka lebih mudah terima cadangan kita sebab harga produk yang dicadangkan lebih murah dari produk utama.

Selalu kita nampak benda ni jadi bila pergi kedai, ada promoter cadang,

syampu cik beli ni sesuai dengan conditioner ni” atau

Phone yang cik beli ni nak tempered glass yang mana satu?

Jadi, macam contoh laptop tadi, pelanggan bukan hanya beli laptop saja, tapi mungkin juga beg dan headphone.

Tingkatkan Jumlah Pembelian Berulang

Kita taknak pelanggan hanya beli sekali sahaja dengan kita. Kita mahu pelanggan beli berulang kali, selalu repeat order.

Cara tingkatkan sales dengan repeat buy
Repeat order adalah cara yang bekesan untuk meningkatkan sales

Iyalah, kita dah susah payah tarik perhatian dan yakinkan pelanggan, keluarkan modal marketing, tapi dia beli sekali sahaja. Rugi lah begitu.

Tapi pelanggan takkan membeli lagi begitu sahaja, ada 2 faktor utama yang membuatkan pelanggan membeli semula:

  1. Pengalaman menggunakan produk/perkhidmatan
  2. Pengalaman pelanggan (Cara kita layan pelanggan)

Kalau produk bagus tapi servis ala kadar, kemungkinan besar pelanggan akan lari.

Contohnya sedap macam mana pun makanan di sesebuah restoran, kalau servisnya teruk, mesti anda takkan datang lagi kan?

Simpan database pelanggan

Cara tingkatkan sales dengan database pelanggan
Simpan database pelanggan untuk kempen masa hadapan

Database ini kita boleh gunakan untuk pelancaran produk baru dan tawaran istimewa (jualan akhir tahun, kombo istimewa).

Selain itu, dengan menyimpan database, kita boleh membina hubungan yang lebih erat dengan pelanggan melalui pemasaran emel. (Tak ramai yang manfaatkan pemasaran emel ni sebenarnya).

Apabila pelanggan rasa kita sentiasa beri nilai kepada mereka, kepercayaan akan meningkat. Bila dah percaya, proses jualan pun akan menjadi lebih mudah.

Cara Tingkatkan Sales Dropship

Anda ada buat bisnes dropship?

Anda boleh praktikkan beberapa cadangan yang boleh meningkatkan sales dropship anda, tidak kira produk apa yang anda jual.

Tingkatkan Sales Dropship Dengan Menjual di Shopee

Adakah anda tahu sebenarnya ramai saja yang menjual di Shopee secara dropship?

Sekilas pandang, anda tak perasan pun sebenarnya produk tersebut adalah produk dropship.

Cara tingkatkan sales dengan dropship shopee

Ini kerana Shopee tidak tunjuk pun anda dropship daripada orang lain ke pelanggan anda.

Cara paling mudah untuk ‘kesan’ produk-produk dropship di Shopee adalah dengan melihat sama ada produk tersebut adalah ‘pre-order’ atau tidak.

Cara tingkatkan sales dengan dropship shopee preorder

Walau bagaimanapun, tidak semesetinya pre-order adalah dropship.

Tips yang berkesan, ialah anda jangan jual produk laris yang ada penjual lain jual dengan ready stock!

Anda boleh cuba jual variasi produk yang sama, mungkin berbeza saiz, warna atau fungsi, dan bezakan dari penjual yang ready stock tersebut.

Anda harus faham psikologi pembeli di Shopee, dengan meletakkan diri anda di posisi pembeli.

Jika ada produk yang sama, boleh pos pada hari yang sama, dengan harga lagi murah, kenapa perlu anda beli pre-order yang perlu tunggu sampai 2 minggu?

Oleh itu, anda perlu kreatif dalam mencari produk yang ada permintaan, dan dalam masa yang sama, sedikit berbeza dari orang lain.

Strategi-strategi yang ditulis diatas; anda boleh praktikkan terus.

Contoh seperti jual kelengkapan asas dapur secara set pakej, untuk hadiah bakal pengantin. Anda boleh sasarkan pakej seperti ini untuk rakan-rakan yang nak memberi hadiah kepada rakan-rakan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Tingkatkan Sales Dropship Dengan Menjual Menggunakan Platform Ecommerce

Selain dari menggunakan marketplace seperti Shopee untuk meningkatkan sales, anda juga boleh gunakan platform ecommerce untuk menjual produk atau servis anda.

Kami senaraikan beberapa platform ecommerce yang popular yang anda boleh guna, beserta kelebihan dan kekurangan pada setiap platform.

Shopify

Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify
Platform Shopify

Shopify adalah salah satu platform ecommerce yang paling popular di Malaysia.

Kami senaraikan beberapa kelelebihan yang ada pada Shopify:

  • Tak Perlu Fikir Tentang Isu Teknikal Laman Web
  • Sokongan Pelbagai Payment Gateway popular seperti Billplz, GrabPay dan Stripe.
  • Pelbagai sokongan themes untuk anda pilih.

Kekurangan yang ketara yang terdapat pada Shopify:

  • Kos yang meningkat tinggi seiring dengan kenaikkan sales anda.

Anda boleh cuba dahulu Shopify secara percuma untuk 14 hari disini.

Contoh bisnes yang menggunakan Shopify sebagai platform ecommerce mereka:

Machines
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify machines
Laman web Machines Malaysia
All IT Hypermarket
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify allithypermarket
Laman web All IT Hypermarket
MPHOnline
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify mphonline
Laman web MPH Online
Oxwhite
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify oxwhite
Laman web Oxwhite

WooCommerce

Selain Shopify, WooCommerce juga merupakan pilihan ramai dalam memasang platform ecommerce di Malaysia.

Secara ringkas, WooCommerce merupakan satu plugin yang dipasang bersama WordPress didalam laman web anda, untuk menyediakan fungsi ecommerce didalam website anda.

Cara tingkatkan sales dengan dropship woocommerce
Platform WooCommerce

Terdapat beberapa kekuatan yang ada pada WooCommerce berbanding Shopify dan platform ecommerce yang lain:

  • Kebolehubahsuaian (customizability) yang tinggi.
  • Boleh menambah pelbagai fungsi custom didalam platform mengikut keperluan anda.
  • Kebolehan untuk mengumpul dan mengawal data yang paling tinggi berbanding platform lain.
  • Pelan asas percuma untuk digunakan.
[INSERT_ELEMENTOR id=”31505″]

Walaupun WooCommerce mempunyai kelebihan pada beberapa aspek, terdapat juga kelemahan ketara khususnya untuk peniaga online:

  • Memerlukan kemahiran teknikal untuk diurus.
  • Memerlukan modal permulaan untuk memasang server.
  • Memerlukan pembelian berasingan untuk menambah fungsi-fungsi tambahan.

Dibawah ini kami sertakan contoh beberapa laman web yang menggunakan WooCommerce sebagai platform ecommerce mereka.

Bulan Bintang
Cara tingkatkan sales dengan dropship woocommerce bulan bintang
Laman web Bulan Bintang
Cuckoo
Cara tingkatkan sales dengan dropship woocommerce cuckoo
Laman web Cuckoo Malaysia
Nosda Mattress
Cara tingkatkan sales dengan dropship woocommerce nosda
Laman web Nosda Malaysia
Kekabu Bonda
Cara tingkatkan sales dengan dropship woocommerce bonda
Laman web Kekabu Bonda

SiteGiant

Cara tingkatkan sales dengan dropship sitegiant

EasyStore

EasyStore merupakan platform ecommerce yang berasal dari Malaysia.

Kelebihan yang ketara pada EasyStore berbanding platform-platform yang lain adalah kebolehan untuk memasarkan dan menguruskan saluran jualan dengan serentak.

Secara ringkas, anda akan menjual secara serentak dilaman web anda, Lazada, Shopee, WhatsApp, Facebook Live dan sebagainya.

Cara tingkatkan sales dengan dropship easystore
Laman web EasyStore

Platform mereka juga menyokong sistem fizikal seperti kaunter POS (Point-Of-Sale).

Untuk mereka yang mempunyai kedua-dua saluran perniagaan sama ada online ataupon fizikal, EasyStore merupakan salah satu pilihan yang boleh pertimbangkan dalam proses menaikkan sales.

Kami juga sertakan dibawah beberapa bisnes dan laman web yang menggunakan EasyStore sebagai platform ecommerce mereka.

Alterseat
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify easystore alterseat
Jobbie
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify easystore jobbie
The Store Online
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify easystore thestoreonline
Kapten Batik
Cara tingkatkan sales dengan dropship shopify easystore kaptenbatik

Yezza

Yezza merupakan satu platform ecommerce yang memfokuskan proses yang ringkas dan bisnes kecil-kecilan.

Jika perniagaan anda berteraskan produk dropship yang dipasarkan melaui media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Twitter dan TikTok, anda boleh menggunakan Yezza sebagai platform untuk memudahkan pengurusan jual beli anda.

Yezza sangat sesuai untuk bisnes kecil-kecilan seperti penjual makanan yang menggunakan sistem rider untuk menghantar makanan dan produk dropship.

Kami pernah kongsikan sebelum ini langkah demi langkah bagaimana anda boleh menggunakan Yezza untuk membuat kedai online pertama.

Cara tingkatkan sales dengan dropship yezza

Cara Naikkan Sales di Instagram

Walaupun dengan kemunculan Tiktok untuk bersaing dengan Instagram, platform Instagram masih lagi unggul dan relevan untuk anda gunakan untuk naikkan sales.

Zaman anda post gambar dengan caption serta hashtag berjela-jela sudah hampir berlalu.

Menghasilkan konten yang berkualiti adalah penting dan tidak boleh ditimbang tara.

Dizaman media sosial sedang memuncak, hanya dengan konten berkualiti dan cantik mampu menarik perhatian bakal pelanggan yang anda cari.

Selain itu, anda juga perlu mengikut perkembangan dan perubahan semasa diplatform yang anda gunakan seperti Instagram.

Kami kongsikan beberapa cara penting apabila anda hendak naikkan sales apabila menggunakan Instagram dibawah.

Faham Apa Itu Engagement Instagram

Anda harus faham, engagement Instagram adalah nyawa pertama setiap akaun Instagram.

BUKAN JUMLAH FOLLOWERS INSTAGRAM YA!

Macam mana nak tengok engagement ni?

Kira-kira sebenarnya agak kompleks, tapi secara mudah, engagement dikira dari aspek-aspek ini:

  • Jumlah komen terhadap semua jenis konten dan format Instagram anda.
  • Jumlah like terhadap semua jenis konten dan format Instagram anda.
  • Jumlah share terhadap semua jenis konten dan format Instagram anda.
  • Jumlah save terhadap semua jenis konten dan format Instagram anda.
  • Berapa lama pengguna ambil masa untuk tengok dan baca konten anda.
  • Berapa banyak kali pengguna klik, swipe up, swipe left, swipe right terhadap konten anda.

Instagram TAKKAN DEDAHKAN nilai engagement anda.

Tapi kita boleh buat anggaran mudah untuk cek engagement Instagram ini.

  • Tengok jumlah followers akaun Instagram.
  • Tengok jumlah komen setiap 10 post terbaru.
  • Kalau akaun anda sendiri, anda boleh cek berapa jumlah like dan save.
  • Tengok kalau jauh sangat bezanya, macam jumlah followers 10,000, tapi satu post ada anggaran 1 komen je, confirm sendu.

Dari situ, anda boleh tandakan satu akaun Instagram itu bagus atau tidak engagement nya.

Sentiasa gunakan format video

Cara tingkatkan sales dengan instagram video posts
Contoh konten berformat video di Instagram @monocalio

Mengapa nak guna format video berbanding gambar di Instagram?

Secara mudah, kini pengguna Instagram lebih suka tengok video berbanding gambar.

Kita tengok balik bagaimana perubahan ini berlaku.

Pertama, Instagram sentiasa memperkenalkan perubahan untuk memastikan pengguna tidak bosan bila menggunakan platform mereka.

Salah satu cara adalah melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Perubahan apa yang mereka lakukan?

Mereka beri ‘reach’ kepada konten format video kepada orang yang tidak follow anda.

Reach ini muncul di Explore page Instagram pengguna.

Akan tetapi, reach konten video kini tidak ada ‘bonus’ seperti beberapa tahun dahulu.

Untuk bersaing dengan Tiktok, Instagram memperkenalkan format Reels pada tahun 2020, yang kini masih ada bonus ‘reach’ untuk pembuat konten.

Kelebihan Instagram Videos:

  • Video yang menarik boleh ditemui pengguna di Explore page.
  • Anda boleh masukkan lebih banyak informasi didalam video berbanding gambar.

Cara mudah untuk dapatkan kebarangkalian tinggi video anda dijumpai di Explore page:

  • Kaji pesaing-pesaing anda
  • Kumpulkan senarai akaun Instagram mereka.
  • Buat satu fail Google Sheet atau Microsoft Excel untuk kumpulkan maklumat-maklumat yang anda bakal cari.
  • Paling baik, kalau anda dapat cari 100 pesaing. Lebih rendah tidak mengapa.
  • Tengok balik konten-konten mereka.
  • Analisis dengan tengok konten mana yang mempunyai engagement dan reach paling tinggi. Rekodkan.
  • Anda boleh gunakan tools seperti Phlanx untuk tujuan analisis ini.
  • Buat catatan terhadap konten-konten tersebut. Apa format yang digunakan, style, cara suntingan, efek, dan sebagainya.
  • Apabila sudah siap, anda lihat semula catatan anda. Lihat:
    • Konten format apa yang lebih tinggi reach dan engagement nya.
    • Style, cara suntingan, cara rekod, gaya tulisan dan pelbagai lagi.
    • Hasilkan konten baru untuk anda berdasarkan maklumat-maklumat tersebut.
    • JANGAN TIRU BULAT-BULAT.

Proses diatas ini lah yang kita selalu panggil ‘ambil inspirasi’.

Gunakan Instagram Reels Untuk Kumpul Follower

Cara tingkatkan sales dengan instagram reels
Contoh konten berformat Reels di Instagram @monocalio

Format Reels adalah format utama untuk Instagram, selain dari Stories dan Videos.

Kenapa semua orang berebut-rebut menggunakan Instagram Reels?

  • Reach dan engagement jauh lebih tinggi berbanding format-format lain di Instagram.
  • Konten anda boleh ditemui dengan dua cara; Explore dan Slide Up apabila habis menonton Reels.

Anda juga kena kenalpasti kelemahan Instagram Reels ni.

  • TIADA CLICKABLE LINK dekat video atau caption di Instagram Reels. Sama macam Instagram post yang lain (gambar atau video).
  • Yang boleh diklik, hanyalah link ke akaun Instagram anda, like, comment atau share sahaja.
  • Anda tak boleh nak cipta situasi close sale dari sini.

Jadi, untuk Instagram Reels, fokus pada matlamat kumpulkan followers dulu.

Cara tingkatkan sales dengan instagram carousel
Contoh konten berformat Carousel di Instagram @monocalio

Anda pernah nampak post dengan gambar berjela-jela seperti diatas di Instagram, bukan?

Nama format post yang sebegini, kita panggil Instagram Carousel.

Kenapa format sebegini sesuai untuk anda gunakan untuk tingkatkan sales?

  • Carousel boleh ditemui di Explore page.
  • Pengguna yang berminat dengan konten anda, akan habiskan masa untuk konten anda.
  • Konten pendek, macam satu gambar, mungkin pengguna habiskan 3-4 saat sebelum scroll up.
  • Konten panjang seperti Carousel, mungkin pengguna perlukan lebih satu minit.
  • LEBIH LAMA pengguna tengok konten anda, Instagram akan BERI REACH pada anda melalui Explore.

Anda hasilkan beberapa konten menggunakan format Carousel ini.

Carousel ini boleh bercampur antara gambar dan video. Tiada masalah.

Gunakan Instagram Stories

Cara tingkatkan sales dengan instagram UGC testimony example

Stories adalah format Instagram paling popular.

Siapa pun yang menggunakan Instagram, sama ada dia buat Stories, atau dia akan tengok Stories orang lain.

Stories ini ada kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan Instagram Stories

  • Format yang paling kerap dilihat dan digunakan pengguna Instagram.
  • Anda boleh letakkan Link sticker dalam Stories

Link Sticker ini fungsi yang diperkenalkan Instagram pada Oktober 2021 yang lepas.

Sebelum ini, fungsi ini dalam bentuk ‘swipe up’, dan hanya diberikan pada akaun Instagram yang di ‘verified’, atau mempunya 10,000 followers.

Kekurangan Instagram Stories

Stories ni nampak macam format konten Instagram paling hebat…. tetapi tidak.

Instagram Stories ada satu kekurangan ketara.

Instagram Stories hanya boleh dilihat oleh followers sahaja, dan bukan pengguna bukan followers.

Jadi, jumlah pengguna Instagram yang akan melihat kotnen anda didalam format Stories, terhad kepada mereka yang follow anda sahaja.

Cara Kumpul Followers Di Instagram

Secara ringkasnya, SUSAH nak naikkan sales di Instagram.

Prosesnya terbelah dua, kumpul followers dan close sale.

Prosesnya juga ambil masa yang lama, selain dari memerlukan konsistensi yang tinggi dalam menghasilkan konten yang pengguna Instagram nak tengok.

Gunakan konten-konten di format dibawah untuk meningkatkan followers akaun Instagram anda.

  • Instagram Reels
  • Instagram Carousel
  • Instagram Videos

Cara Close Sale Di Instagram

Proses untuk close sales juga tidak berapa lurus.

Pertama, anda boleh buat konten soft sell berselang dengan mesej hard sell melalui Instagram Stories.

Pastikan mesej hard sell tersebut mempunya mesej, copywriting yang jelas, serta CTA dalam bentuk Link Sticker. Link tersebut boleh membawa mereka ke WhatsApp, atau laman web anda.

Kedua, anda boleh DM mereka yang berinteraksi dengan konten anda.

Hantarkan mesej terima kasih kerana engage dengan konten anda.

Anda boleh selitkan offer dan mesej anda beserta link CTA anda disini.

Cara Tingkatkan Sales di Facebook

Facebook sudah sekian lama sejak menjadi platform media sosial yang utama di Malaysia.

Sehingga 2022, Malaysia terletak ditangga 23 dengan pengguna Facebook paling ramai didunia dengan 25.52 juta pengguna.

Akan tetapi, dalam tempoh 10 tahun ini, Facebook juga mengalami banyak perubahan. Sesiapa saja yang menjual di Facebook, perlu menerima dan berubah bersama-sama perubahan ini.

Kami kongsikan dibawah tips terkini bagaimana untuk meningkatkan sales di Facebook.

Faham Di Mana Ramai Orang Berkumpul Di Facebook

Anda harus faham bagaimana Facebook berfungsi di tahun 2022 ini.

Secara ringkasnya, Facebook menambah beberapa ciri-ciri utama didalam platformnya seperti Facebook Stories, Facebook Feed, Facebook Group dan Facebook Videos yang ditambah baik.

Anda perlu kenalpasti siapa pelanggan anda dan faham tahap kesedaran pelanggan tersebut.

Apabila anda sudah faham dimana tahap kesedaran mereka, lihat dimana mereka berkumpul didalam Facebook.

Adakah didalam Group?

Ataupun didalam Videos?

Mesej dan tawaran menjual anda seharusnya dilakukan ditempat dimana ramai bakal pelanggan berkumpul.

Jual Di Facebook Group

Facebook Group adalah antara tempat yang paling power untuk menjual barang dropship.

Tapi, ada caranya.

Pertama, kalau anda buat dropship biskut, takkan lah anda nak menjual didalam Group Resepi Kuih Muih?

Sudah tentu mereka yang ada dalam Group Resepi Kuih Muih itu tergolong dari golongan:

  • Pandai membuat kuih muih, kek dan biskut
  • Mahu mencari resepi kuih muih, kek dan biskut

Kalau sasaran dropship biskut anda adalah orang yang tak sempat nak buat biskut, antara jenis group yang anda boleh masuk adalah:

  • Group kawasan perumahan / kejiranan anda
  • Group berkaitan dengan pekerjaan
  • Group berkaitan dengan minat.

Kedua, jangan membuta tulis terus post apa yang anda jual.

Masuk Group ni sama macam masuk ‘rumah orang’. Ada peraturan dan adab yang perlu anda ikuti.

Cuba bergaul dan bersosial dahulu didalam group tersebut untuk beberapa tempoh.

Bila orang dah mula kenal anda dalam itu, baru anda mula menjual.

Pastikan menjual dengan izin admin group tersebut, ya!

Jual di Facebook Marketplace

Facebook Marketplace adalah tempat yang sesuai untuk buat servis dropship.

Ada beberapa taktik yang sebenarnya berkesan apabila anda mahu gunakan Facebook Marketplace ini.

Cara tingkatkan sales dengan dropship facebook marketplace
Contoh Facebook Marketplace dengan kategori spesifik barangan bayi

Fokus produk yang orang perlukan segara.

Anda nak tengok Netflix, tapi takda kudapan macam popcorn atau kerepek.

Ataupun anda nak baiki sesuatu dengan cepat. Mentol terbakar ke, paip haus ke, ganti suis ke.

Anda boleh iklankan produk anda di Facebook Marketplace.

Ramai orang sudah terbiasa menggunakan sistem delivery. Semua benda boleh dihantar menggunakan Grab Express, Lalamove dan sebagainya.

Anda boleh gunakan dropship untuk penuhi permintaan macam ini.

Cuma pastikan:

  • Orang yang simpan stok, boleh tolong anda serta-merta bila order masuk.
  • Radius tak terlalu jauh, dan tempoh penghantaran tak terlalu lama.

Anda boleh jual dengan harga lebih tinggi, kerana anda bukan saja jual produk tersebut, tapi anda juga jual ‘keselesaan’ (convenience) kepada pelanggan tersebut.

Guna Facebook Ads

Facebook Ads masih lagi platform pengiklanan berbayar yang hebat yang anda boleh guna.

Kami tak perlu ulas lebih mengenai kehebatan Facebook Ads. Di tahun 2022, walaupun dengan kenaikkan platform lain seperti ecommerce, Tiktok dan sebagainya, Facebook masih unggul sebagai saluran pemasaran yang berkesan.

Mengapa?

Facebook mempunyai majoriti pengguna yang dewasa, dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi berbanding golongan muda dan remaja.

Produk yang anda iklankan di Tiktok, belum tentu boleh menandingi keberkesanan Facebook lagi-lagi jika harga jualannya yang tinggi.

UGC (User Generated Content)

UGC ini adalah format baru dalam menghasilkan grafik atau video iklan.

Kebiasaanya UGC ini terdiri dari testimonial pelanggan, demo penggunaan, ataupun showcase produk tersebut.

Dibawah kami sertakan satu contoh produk makanan ringan menggunakan video UGC sebagai material iklan.

Anda boleh guna UGC ini dimana-mana bahagian didalam Facebook.

Anda nak post kedalam Groups, atau post jadi video dan sebagainya juga boleh.

Pastikan jangan lupa mesej, tawaran dan CTA juga disertakan bila anda post.

Kesimpulan

Banyakkan cara nak tingkatkan jualan? Bukan hanya cari pelanggan baru setiap masa (Kita masih perlu cari pelanggan baru, tapi ini sahaja tidak cukup).

Dari pelbagai taktik dan cara kami kongsikan diatas, kami berharap anda dapat belajar sesuatu daripada koleksi cara naikkan sales yang kami kongsikan diatas ini.

[INSERT_ELEMENTOR id=”31505″]
  1. Wow! Terima kasih untuk tips ni. Boleh la try lepas ni. Rupanya ada cara lain untuk tingkatkan sales yang kita tak tau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

Monocal – Digital Marketing Agency
14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor