Cara Tulis CTA Mudah Sangat, Sales Naik Meroket

Yang dah baca previous post pasal tips copywriting mesti ada baca juga pasal CTA kan?

CTA ni Call To Action, dimana bila kita dah buat copy pendek atau panjang, kita akan menggesa pembaca untuk buat sesuatu action

Kali ni nak cerita pasal cara tulis CTA secara detail!

CTA ni biasanya bila kita baca copy, dia dalam bentuk “Buy Now” untuk produk atau kalau untuk servis “Call Now” tu. 

Tujuan dia supaya bila orang dah baca iklan, dia akan tahu nak buat apa. Takkan la baca then scroll away je kan?

Copy yang bagus ada CTA yang jelas dan mudah.

Kalau baca iklan dan akhirnya CTA macam:

“Temui kami di Jalan XYZ, Malaysia”

Mungkin tak ramai orang yang berminat, berbanding dengan CTA yang berbentuk:

“Beli sekarang di link berikut,” 

Sebabnya dalam zaman sekarang orang lagi suka beli online daripada walk in kedai.

Untuk tulis CTA pun ada beberapa trick. Ini trick yang ramai copywriter dan marketer guna. 

Cara tulis CTA Pertama: Bagi pembaca kita sebab.

cata tulis CTA WHY

Sebab? Sebab apa? Untuk apa?

Untuk menggalakkan orang tekan CTA yang kita dah buat, mereka kena ada sebab.

Contoh macam ni;

Beli sekarang untuk rambut lebih sihat” 

Sebabnya nak rambut yang lebih sihat.

“Hilangkan sakit sendi dengan servis kami sekarang

Sebabnya nak hilangkan sakit-sakit sendi.

Jom order di 01x-xxxxxxx kalau anda nak makan sate sekarang!”

Sebabnya pembaca teringin makan sate sekarang.

Takkan lah pembaca akan suka-suka klik CTA kita tanpa sebab, bukan?

Sebab dalam CTA ini boleh jadi manfaat, atau alasan untuk mereka selesaikan masalah mereka.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Cara tulis CTA Kedua: Guna kata perintah.

guna kata perintah untuk cara tulis cta yang berkesan

Kata perintah ni macam belajar kat sekolah dulu; kita guna kata perintah untuk suruh orang buat sesuatu. Untuk copy macam tu juga, tak boleh guna ayat berkias. Tapi kata perintah perlu sopan juga tau!

Selalu kata perintah yang banyak digunakan macam “hubungi kami”, “beli”, “klik link”

Kalau CTA tiada kata perintah macam:

“ini koleksi terbaru kami”

Dia akan jadi macam ‘so what?‘.

Apa perlu aku peduli tentang koleksi baru tu?

CTA yang lebih baik adalah:

“Beli koleksi baru kami”.

Cara tulis CTA Ketiga: Masukkan kata perintah didalam copywriting anda.

cara tulis cta dengan letakkan kata perintah dalam copywriting anda

Pastinya selain CTA, anda juga akan tulis copywriting untuk iklan, atau artikel, atau media yang anda gunakan untuk pemasaran, bukan?

Masukkan kata perintah didalam keseluruhan copywriting anda. Tidak perlu terlalu banyak; cuma di tempat tertentu saja.

Kenapa?

Kita nak pastikan dua perkara bila pembaca baca mesej kita melalui copywriting dan CTA:

  • Keseluruhan mesej kita didalam copywriting dan CTA adalah selari.
  • Pembaca tak pening dengan apa yang harus dilakukan.

Contohnya, kalau didalam CTA kita letakkan perkataan “beli”, didalam copywriting, sama ada iklan, artikel, body copy atau teks yang lain , juga sesuai diletakkan perkataan “beli” tersebut.

Dengan itu, pembaca boleh jangka dan faham apa yang kita cuba nak sampaikan kepada mereka.

Cara tulis CTA Keempat: Masukkan emosi.

cara tulis cta dengan masukkan emosi

Macam mana nak masukkan emosi dalam CTA?

Cara paling asas dan mudah nak letakkan emosi dalam CTA adalah dengan:

  • Faham masalah pembaca, dan apa yang mereka nak selesaikan.
  • Faham solusi yang boleh menyelesaikan masalah pembaca.
  • Dalam bentuk yang paling ringkas, masukkan solusi tersebut didalam CTA.

Bentuk CTA menggunakan emosi ni ada banyak.

Contoh emosi dalam CTA macam: 

“Sertai kelas bersenam kami untuk hidup lebih sihat

Bahagiakan keluarga anda dengan takaful XYZ”

Dapatkan bentuk badan idaman anda sekarang dengan minum produk XYZ”

BTS. Dengar single terbaru sekarang.”

Apakah yang terjadi pada Tengku Syafiq? Tonton kesudahannya jam 9 malam ini di XYZ”

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Cara tulis CTA Kelima: Letak limit.

cara tulis cta dengan letakkan limit

CTA perlu menggesa pembaca dan yang paling menggesa mestilah dengan letakkan limit masa.

Bila CTA hanya cakap ‘Promosi sekarang’ macam tak menggesa pembaca. 

Bila tulis CTA dengan ‘promosi berakhir malam ini’, baru la pembaca nak beli cepat.

Boleh juga guna elemen seperti jumlah stok, jumlah tawaran, dan had tawaran.

Contoh CTA dengan limit jumlah stok:

“Tinggal 3 unit saja lagi! Beli sekarang sebelum menyesal!”

Contoh CTA dengan limit jumlah tawaran:

“Hanya untuk 5 slot saja untuk bulan Mac 2022. Tempah sekarang!”

Contoh CTA dengan limit had tawaran:

“Offer RMXXX sekali saja! Tunggu apa lagi, beli sekarang!”

Cara tulis CTA Kelima: Masukkan brand produk atau servis.

Cara tulis CTA Kelima: Masukkan brand produk atau servis.

Bila kita buat CTA, tak semestinya kita gesa orang beli produk atau servis saja.

Kita boleh juga selitkan branding.

Mungkin pembaca ada kenal orang yang perlukan produk atau servis kita. 

Kadang-kadang kita pon tak perasan yang branding kita sebenarnya orang dah mula kenal. Gunakan sebaiknya branding itu dalam CTA.

Contoh include brand dalam CTA ni:

“Dapatkan servis XYZ hari ini untuk perkahwinan lebih bermakna”

“Guna produk XYZ sekarang untuk memasak lebih mudah”

Cara tulis CTA Keenam: Jadikan CTA itu menyerlah!

Cara tulis CTA Keenam:  Jadikan CTA itu menyerlah!

CTA anda mestilah elemen yang paling menyerlah didalam iklan atau medium pemasaran anda.

Kalau CTA itu tak menyerlah, macam mana orang nak ambil tindakan? Pembaca tak akan nampak arahan apa yang kita nak mereka buat.

Pelbagai cara sebenarnya nak tambah baik elemen visual CTA supaya lebih menyerlah.

Kami kongsikan sedikit satu contoh CTA dibawah.

cara tulis cta dengan jadikannya menyerlah

Diatas ini kami letakkan contoh ayat CTA yang sama, tapi dengan menyerlahkan CTA tersebut, ia lebih mudah dibaca dan pembeli akan berpotensi untuk ambil tindakan yang anda suruh.

Kami bedah apa yang kami tukar dalam ayat CTA diatas, dengan penjelasan dibawah.

cara tulis cta bagaimana jadikannya menyerlah

Anda dapat lihat bukan apa yang kami tambah baik dalam CTA diatas?

Anda boleh cuba dan praktikkan dalam CTA anda, sama ada didalam iklan, video, gambar, poster, billboard dan sebagainya.

Penutup

Itulah sedikit sebanyak tips untuk tulis CTA yang bagus dalam copy.

Tapi kalau anda nak CTA yang bagus dengan copy yang bagus, boleh hubungi Monocal juga. DM sentiasa terbuka.

Kami berharap anda dapat belajar sesuatu dalam artikel kali ini.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

    Monocal – Digital Marketing Agency
    14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
    40170 Shah Alam,
    Selangor