Contoh Copywriting Makanan: 5 Contoh Iklan Facebook Yang Anda Boleh Kaji

Published on:

Bisnes anda jual produk makanan? Ini artikel yang memfokuskan contoh copywriting makanan untuk anda.

Mungkin anda rasa iklan anda yang ada sekarang boleh ditambahbaik. Anda sedang tercari-cari inspirasi idea iklan yang baru.

Salah satu cara untuk cari inspirasi adalah melalui bacaan iklan jenama lain. Dalam artikel 7 Jenis Facebook Tools kami ada ajarkan bagaimana anda boleh manfaatkan Facebook Ads Library sebagai laman rujukan penulisan iklan anda.

Dalam artikel lepas kami terbitkan sebelum ini, kami kupaskan tentang contoh copywriting dan cara membina copywriting yang berkesan.

Artikel kali ini adalah 5 contoh copywriting makanan iklan Facebook dan Instagram yang anda boleh kaji dan variasikan untuk produk makanan yang anda jual.

Kami kupaskan apa kekuatan, kekurangan dan juga penambahbaikan yang mungkin diperlukan.

Contoh Copywriting Makanan Pertama: McDonald’s Malaysia – Crazy Hour

contoh copywriting makanan McDonald's Crazy Hour
Iklan Facebook McDonald’s Crazy Hour

Siapa tak kenal McDonald’s kan? Digemari bukan saja oleh kanak-kanak kerana Happy Meal, tapi juga salah satu makanan segera yang disukai ramai remaja dan dewasa!

Iklan yang kami jadikan contoh copywriting makanan dalam artikel ini adalah untuk mempromosikan jualan pada waktu tertentu.

Bukan itu saja, iklan ini mengalakkan pembelian secara dalam talian.

Ini merupakan ulasan kami bagaimana mereka bina iklan.

Kekuatan Iklan McDonald’s Crazy Hour

Aspek Kreatif

3 saat pertama yang hebat. Dalam masa 3 saat, mereka berjaya menarik perhatian prospek. Ini elemen yang menjayakan iklan:

  • Bunyi: Nyaring (loceng, nada tinggi)
  • Warna: Terang (kuning, merah)
  • Animasi: Efek melompat

Aspek Penulisan Iklan

Iklan ada mesej yang jelas. Selain menggunakan kekuatan jenama yang dikenali ramai, McDonald’s juga hanya menyampaikan SATU sahaja mesej dalam iklan ini:

Crazy Hour pada waktu 3 petang hingga 6 petang dan 10 malam hingga 12 malam ada promosi.

Iklan ini dibina untuk menarik orang berbelanja pada waktu promosi.

Selain daripada tingkatkan jualan, iklan ini bertujuan untuk kita berbelanja diluar waktu ‘rush hour‘.

Sebagai pelanggan, kita akan rasa…

Mengapa perlu berbelanja waktu ‘rush hour‘ kalau ada promosi pada waktu lain?

Bagaimana McDonald’s nilai kejayaan promosi ini?

KPI: AOV tinggi untuk setiap pembelian, kerana jumlah pembeli tidak akan seramai rush hour.

Ayat iklan juga ringkas dan senang difahami. Penggunaan bahasa ‘menggila’, ‘korang’ dan ‘senanglah’ sesuai dengan prospek McDonald’s dan suara iklan McDonald’s sebagai sebuah jenama yang riang dan suka bersosial.

Tajuk iklan hanya 4 patah perkataan, dan menegaskan manfaat kepada pelanggan, “Lebih Masa” dimana ramai orang bekerja akan suka supaya mereka tak perlu terkejar-kejar.

Pilihan perkataan “boleh order, guna McDelivery je” menunjukkan mesejnya mengalakkan prospek beli dalam talian, bukannya ke sesuatu lokasi.

CTA juga mudah diikuti dengan satu klik; “Order Now”.

Contoh Copywriting Makanan Kedua: House of Paws – Cat Snack

contoh copywriting makanan House of Paws
Iklan Facebook House of Paws

Ini juga iklan makanan tetapi untuk kucing. Bagaimana jenama ini menarik pemilik haiwan peliharaan, secara spesifiknya pemilik kucing, untuk beli produk?

Utamanya, mereka pastikan produk makanan itu jelas: PRODUK MAKANAN UNTUK KUCING.

Kekuatan Iklan House of Paws

Aspek Kreatif

Contoh copywriting makanan yang ini juga mampu menarik perhatian prospek untuk berhenti dan tengok video dalam iklan. Aspek kejelasan yang mudah difahami: makanan kucing berbentuk paket. Ini elemen yang membantu:

  • Thumbnail video: Ada kucing makan dari paket snek
  • Muzik: Nyaring dan bernada ceria
  • Warna: Terang dan jelas

Aspek Penulisan Iklan

Mesej iklan ini tanpa ragu memang jelas walaupun sekilas pandang.

Walaupun iklan ini agak panjang berbanding iklan McDonald’s Crazy Hour, iklan ini masih berkesan kerana mereka jelaskan manfaat snek ini untuk kucing, dimana tak ramai yang tahu makanan kucing juga ada khasiat sama seperti makanan manusia.

Manfaat tersebut ditulis dalam bentuk poin yang lebih senang dibaca.

Ayat CTA juga membantu prospek untuk membuat pembelian di Whatsapp.

Tak kurang juga bahasa iklan yang merujuk kepada ‘anak bulus’ yang menunjukkan jenama faham prospek mereka yang menggelar kucing sebagai ‘anak bulus’.

Anda Mahu Kempen Marketing Dengan Copywriting Yang Berkesan?

Monocal mahir menghasilkan copywriting untuk pelbagai jenama terkemuka di Malaysia.

Contoh Copywriting Makanan Ketiga: Eskem Bites – Snek Aiskrim

Iklan Facebook Eskem Bites

Iklan ini sama juga seperti iklan House of Paws, tetapi ada juga sedikit perbezaan.

Kekuatan iklan Eskem Bites

Aspek Kreatif

Video menampilkan duta produk dengan suara yang jelas, seiring muzik yang bersesuaian.

  • Thumbnail video: bentuk snek, tekstur rangup.
  • Format: Berbentuk testimoni
  • Sari kata (subtitle): Menggunakan font yang besar, jelas dengan penjarakkan yang baik.

Aspek Penulisan Iklan

Contoh copywriting makanan Eskem Bites memang ringkas dan padat.

Keunikan snek tersebut ada pada ayat pertama atau tajuk.

Jenama memahami kerunsingan prospek: kadangkala risau ais krim cair dan mungkin comot.

Coklat yang banyak juga dijamin menjadi kesukaan prospek; lebih daripada coklat yang mereka dapat dari ais krim.

CTA juga jelas: Whatsapp untuk buat pembelian.

Contoh Copywriting Makanan Keempat: Mat Saleh Cari Makan – BBQ Buffet All You Can Eat

contoh copywriting makanan BBQ Buffet All You Can Eat
Iklan Facebook BBQ Buffet All You Can Eat

Ini pula contoh copywriting makanan untuk restoran, berbeza dengan iklan House of Paws yang menjual produk makanan snek yang kita boleh bawa kesana sini.

Iklan ini mengalakkan orang untuk pergi ke restoran, jadi, mesejnya juga berbeza dengan iklan McDonald’s Crazy Hour, dimana jualan makanan digalakkan secara penghantaran.

Secara logiknya kita tahu lebih sukar mengajak orang ke lokasi spesifik, jadi jom kaji bagaimana jenama ini cuba menarik prospek dengan iklan mereka.

Kekuatan Iklan BBQ Buffet All You Can Eat

Aspek Kreatif

  • Thumbnail video: Menampilkan Rhys Williams, seorang influencer, sebagai imej thumbnail.
  • Tajuk video: Besar, jelas, senang dibaca sekilas pandang.

Aspek Penulisan Iklan

Tajuk yang jelas apa keunikan tawaran: bufet ‘All You Can Eat’ dan juga BBQ.

Harga juga terus diletakkan jadi memudahkan prospek untuk buat kira-kira.

Kelemahan & Penambahbaikan

Aspek Kreatif

Video terlalu panjang hingga 10 minit!

Untuk rujukan prospek, memang bagus video panjang. Mungkin boleh membantu:

  • Cari lokasi kedai
  • Cara order makanan
  • Harga makanan
  • Menu

Tetapi, sebagai iklan, video ini terlalu panjang.

Ingat, kita hanya ada masa 3 saat untuk menarik perhatian prospek.

3 saat pertama video juga tiada ‘wow factor’, keistimewaan yang mampu buat prospek berhenti dan baca iklan.

Iklan kita juga dilihat bersama iklan dari jenama lain, jadi, video pendek lebih bagus.

Aspek Penambahbaikan

Pendekkan video ke 1-3 minit. 30 saat juga optimum.

Aspek Penulisan Iklan

Keseluruhan iklan terlalu meleret. Bagus ada ucapan salam dan pengenalan restoran, tetapi tidak diperlukan.

Agak mengelirukan, nama kedai “The Grill” atau “Restoran Rasa Lama”?

Terlalu banyak informasi: BBQ tidak perlu dijadikan sehingga 5 poin.

Penggunaan ‘pelbagai’ tidak membantu iklan. Cukup sekadar menyatakan jenis makanan yang ada, contohnya;

  • BBQ (Ayam, Lamb,…)
  • Makanan Barat
  • Makanan Melayu

Jika prospek berminat, mereka akan cari lebih lanjut.

Penggunaan tulisan “bagi saya” dalam iklan juga menunjukkan penulis iklan tidak yakin dengan keunikan produk.

Informasi lokasi juga tidak diperlukan dalam iklan. Tidak ramai yang merujuk kepada nombor atau alamat kedai PADA IKLAN. Ramai akan buat carian dalam Google bila mencari lokasi atau alamat penuh.

CTA juga kurang jelas; prospek harus buat tempahan atau boleh terus ke kedai dengan menekan link Waze atau Google Map?

Aspek Penambahbaikan

  • Penulisan perlu diringkaskan dan tajuk perlu jelas tentang tawaran produk.

“All You Can Eat Buffet! Jom makan sepuasnya BBQ, makanan barat dan makanan melayu dengan harga…”

  • Keunikkan produk: aneka makanan dan kuantiti yang besar perlu ditegaskan.

“Pelbagai citarasa makanan sesuai untuk semua tahap umur dan kuantiti juga memuaskan.”

  • Satu CTA saja diperlukan dan ia adalah link untuk membuat tempahan. Selepas penempahan dibuat, baru beri lokasi. Lebih mudah untuk prospek rujuk.

“Jom tempah sekarang, klik link ini:…”

Contoh Copywriting Makanan Kelima: Smooky Ozzy Burger Kepala Batas

contoh copywriting makanan Smooky Ozzy Burger
Iklan Facebook Smooky Ozzy Burger

Iklan ini ada tujuan yang sama dengan iklan BBQ Buffet All You Can Eat; mengajak prospek datang ke kedai.

Kekuatan video

Aspek Kreatif

  • Video: 3 saat pertama yang menarik.
  • Muzik: Nyaring, guna muzik tiktok yang popular dan ‘trending’
  • Thumbnail video: Jelas menunjukkan menu kedai
  • Mesej: Jelas, burger dengan cheese, citarasa western

Aspek Penulisan Iklan

Contoh copywriting makanan oleh Smooky Ozzy Burger mempunyai tajuk yang jelas dan padat. Pembaca tahu produk yang dijual ada manfaat apa yang ingin ditonjolkan.

Iklan juga menggunakan loghat Pulau Pinang yang bersesuaian dengan lokasi, jadi, sesuai untuk menarik penduduk tempatan untuk pergi ke kedai.

Ada menu lain yang ditawarkan disini tetapi fokus iklan hanya pada keunikkan kedai iaitu burger.

Aspek Kelemahan & Penambahbaikan

  • Font tulisan yang kurang sesuai, tak perlu ada outline yang tebal
  • Jarak antara perkataan terlalu rapat, sukar dibaca
  • Ketiadaan CTA di penghujung iklan, prospek tidak ambil tindakan selepas baca iklan. CTA perlu ada walaupun pendek.

“Jadi, jom ke Smooky Ozzy Burger Kepala Batas sekarang!”

“Jom makan burger hari ini 🍔”

Kesemua kempen ini adalah kempen Awareness. Kempen Awareness bertujuan untuk memberitahu pelanggan tentang kewujudan sesuatu produk atau servis.

Kempen ini murah jadi sesuai digunakan untuk bisnes kecil.

Cuma, kempen ini tak dapat kesan apa aktiviti yang dilakukan oleh prospek terhadap iklan seperti klik ‘Read More’, CTA, share dan sebagainya.

Sebaiknya guna kempen Conversion untuk kesan tindakan yang diambil pengguna.

Dengan cara itu, kita dapat optimize jumlah klik ke Google Maps dalam iklan seterusnya.

Penutup

Ini saja contoh copywriting makanan yang kami kongsikan dalam post kali ini. Industri makanan sentiasa berkembang dan permintaan juga konsisten.

Jom kaji dan belajar daripada iklan jenama lain untuk kebaikan penulisan iklan anda.

Senang saja, senaraikan kelebihan, kekurangan dan cara untuk perbaiki iklan yang anda jumpa.

Lama-lama anda akan terbiasa perbaiki iklan!

Anda boleh rujuk artikel tentang panduan contoh copywriting yang pernah kami tulis sebelum ini.

Kuncinya adalah konsisten.

Anda Mahu Kempen Marketing Dengan Copywriting Yang Berkesan?

Monocal mahir menghasilkan copywriting untuk pelbagai jenama terkemuka di Malaysia.

Leave a comment

Explore
Drag