5 Facebook Ads Metrics: Asas Yang Semua Business Owners Perlu Ada

Ada 5 metrik asas yang kita perlu, ada, tengok dan baca setiap kali buat campaign.

Published on:

Facebook Ads Metrics ni semua business owners perlu mahir. Macam mana nak scale up kalau belum terer baca matrics? Mesti masih ramai yang ada masalah macam ni:

“Apa metriks simple yang perlu diukur utk local business. Tiada pixel signup, conversion etc.”

UNKNOWN

“Susah nak baca metric yg tepat supaya boleh scale up”

UNKNOWN

“X pandai baca statistik hasil iklan”

UNKNOWN

Kalau anda ada masalah ni, jom Monocal ajar apa asas yang anda perlu tahu tentang Facebook Ads Metrics ni. Post kali ni pendek saja sebab lebih perlukan praktikal dari baca blog panjang berjela 😁✌🏻

But here’s the catch… Facebook Ads metrics yang dalam list ni kita perlu setup column dulu, baru kita boleh tengok. Kalau tak setup column, memang tak boleh tengok.

Jadi, jom join Facebook Group Monocal untuk belajar macam mana nak setup column di Facebook Business Manager.

Tapi, jangan risau. Anda boleh juga refer video ni untuk tahu pasal Facebook Ads Metrics:

7 Facebook Ads Metrics

Ada 5 metrik asas yang kita perlu, ada, tengok dan baca setiap kali buat campaign.

1 – CTR (All)

Metrik pertama sekali yang kita perlu tengok adalah Click Through Rate (All). Click Through Rate ni adalah kadar dimana orang ada klik iklan kita. Tak kisah klik ‘read more’, gambar, link; semua dikira dalam CTR (All).

Jadi, CTR (All) ni, lagi tinggi peratus dia, lagi bagus. Tapi, sebagai benchmark, asalkan lebih dari 1.5% je dah cukup bagus. Apa-apa yang kurang dari tu, baru kita perlu risau.

2 – CTR (Outbound)

CTR (Outbound) pula adalah Click Through Rate (Outbound), kadar dimana bila orang tengok iklan kita, mereka klik link yang ada kat iklan dan keluar dari aplikasi Facebook. Outbound tu bermaksud mereka keluar daripada Facebook.

Sama macam CTR (All), CTR (Outbound) berbentuk peratus, jadi apa-apa rate yang lebih dari 1.0% adalah bagus. Lebih tinggi, lebih bagus sebab maksudnya lebih banyak orang yang keluar dari Facebook untuk check link yang kita letak pada iklan.

3 – Outbound clicks

Untuk Outbound Click pula lebih kurang sama macam CTR (Outbound), tapi tak berbentuk peratus macam CTR (Outbound), tapi Outbound Click ni dia bagitau terus berapa orang yang klik link kita dan keluar dari Facebook.

4 – ROAS

ROAS pula adalah Return On Ad Spent. ROAS ni dalam bentuk ratio dan dia bagitau kita berapa kali ganda Return yang kita dapat daripada apa yang kita Spent. Contohnya, kita spent RM5, dan ROAS kita 2.0, maksudnya 5 x 2.0 = RM10. Jadi, setiap yang kita spent RM5 tu kita akan dapat 2 kali ganda.

Untuk ROAS ni juga, lagi tinggi, lagi bagus, sebab lebih berkali ganda return yang kita dapat setiap kali spend pada campaign atau ads.

5 – Cost Per Acquisition (CPA) & Cost Per Result (CPR)

Untuk CPA pula, bergantung pada profit margin. Contohnya, satu produk RM10 + 30% = RM13. Jadi, CPA dia tak boleh lebih dari RM10 tu, seelok-eloknya serendah yang mungkin supaya boleh dapat profit 30%.

Kita nak kurangkan cost acquisition kita, jadi lagi rendah CPA, lagi bagus. Sama juga dengan CPR, lagi rendah cost untuk satu result (sales), lagi bagus.


Untuk harini sikit saja nak kongsi pasal Facebook Ads Metrics. Jom belajar macam mana nak setup column supaya boleh tengok metrik-metrik ni semua.

Jom subscribe dengan Monocal di sini, dan follow Instagram, Twitter serta like page Facebook Monocal.

Leave a comment