Loop VS Funnel Dalam Marketing: Apa Bezanya?

Dalam post sebelum ni dah cerita sikit tentang marketing plan. Specially, digital marketing plan. Tapi, post kali ni nak buat perbandingan antara bentuk marketing plan ni. Mana yang lebih sesuai untuk bisnes, loop ataupun funnel? Jom baca sini!

Published on:

Dalam post sebelum ni dah cerita sikit tentang marketing plan. Specially, digital marketing plan. Tapi, post kali ni nak buat perbandingan antara bentuk marketing plan ni.

Mana yang lebih sesuai untuk bisnes, loop ataupun funnel?

Jom baca ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Funnel Marketing

Funnel model adalah bentuk marketing yang conventional. Berbentuk macam funnel, prospek atau audience akan masuk dalam marketing funnel kita dengan harapan dalam banyak-banyak prospek dan audience tersebut kita akan dapat pembeli.

Kebanyakkan model funnel ni ada 4 atau lebih peringkat. Nama peringkat mungkin berbeza tapi yang pertama sekali selalunya Awareness. Dimana kita akan beri values kepada audience. Bila mereka nampak values yang kita boleh bagi, barulah mereka akan berminat dengan apa yang bisnes kita buat.

Kemudian ada pula peringkat Acquisition atau Activation. Ada funnel model yang gabungkan acquisition dan activation ni. Waktu ni bisnes kita akan dapat klien, yang akan beli produk, beli servis untuk pertama kalinya.

Lepas Acquisition dan Activation, akan pergi pula pada Retention atau Revenue. Peringkat Retention atau Revenue ni penting untuk kita kekalkan pelanggan yang ada. Pelanggan yang dah beli produk atau servis kita perlu kita jaga elok-elok supaya mereka ada dapatkan lebih banyak produk dan servis in the future.

Mereka adalah orang yang akan berikan bisnes kita Revenue yang banyak.

Lepas Retention dan Revenue, ada pula peringkat Referral. Peringkat Referral ni juga penting untuk kita dapatkan pelanggan baru. Bila kita dapat pelanggan baru melalui Referral, kemungkinan untuk pelanggan tu setia dengan produk atau servis kita adalah tinggi sebab mereka dah ada kepercayaan pada kita.

Pelanggan dari Referral sangat berharga.

Tapi macam mana pula dengan Loop marketing?

Loop Marketing

Untuk loop marketing sama juga ada peringkat. Kebanyakkan loop ada 4 peringkat. Macam contoh Closed Loop Marketing ni.

Peringkat pertama sekali adalah Planning. Semua bisnes perlukan planning yang mantap untuk mulakan marketing. Peringkat ni segala strategi dan teknik akan dibincangkan untuk tahu mana satu yang akan tarik pelanggan paling ramai.

Lepas planning pula, ada Execution. Peringkat execution ni, kita akan jalankan semua strategi bisnes dan tarik pelanggan. Mungkin dengan cara buat paid ads, PPC, content marketing. Banyak cara untuk tarik pelanggan, dan semua ni akan dilaksanakan di peringkat execution ni.

Lepas dah execute, beralih pula pada Conversion. Conversion ni sales. Kalau team sales tak kuat, sebanyak mana prospek dan lead yang marketing dapat tarik pun takkan cukup sebab tak boleh close deal pada peringkat sales.

Tapi kebanyakkan online business bila orang dah nak beli dan sales sopan santun, memang terus saja orang beli.

Bila dah ada Conversion, peringkat akhir untuk loop ni adalah Analysis. Antara analysis yang patut berlaku adalah sebab sales tak mencapai KPI. Atau marketing boleh do better dan cuba cari audience baru.

Atau produk baru dapat banyak sales sampai produk lama tak cukup kasih sayang. Jadi, perlu buat analysis dan ada conclusion supaya boleh buat objective baru untuk bulan seterusnya dengan marketing plan yang lain.

Jadi, apa beza Funnel Marketing dan Loop Marketing?

Bezanya adalah bagi funnel marketing, audience yang masuk ke dalam funnel berbeza jelas, jadi kita boleh buat dua funnel untuk test marketing strategy yang berlainan dan boleh perhati sikap orang yang dalam funnel tersebut.

Bila kita gunakan loop marketing, untuk perhati perbezaan pelanggan dari marketing strategy berbeza agak susah sebab kita tak tahu mereka masuk melalui strategi marketing yang mana satu.

Jadi, mana satu yang lebih baik untuk bisnes anda?

Dua-dua ada fungsi yang bagus untuk bisnes sebab mereka akan bantu bisnes ada struktur yang flexible dan berkesan. Untuk funnel marketing, lebih bagus kita gunakan waktu nak dapatkan pelanggan baru, nak cuba marketing strategy baru.

Untuk loop marketing pula, sesuai untuk kita kekalkan kesetiaan pelanggan pada brand kita. Dengan analisis dan marketing yang konsisten, kita dapat sentiasa pastikan minat pelanggan pada produk atau brand kita.


Kesimpulannya, kedua-dua bentuk marketing plan ni akan bantu bisnes. Tapi, kalau anda masih kurang jelas macam mana loop atau funnel berfungsi, jangan risau.

Monocal boleh buatkan. Jom isi details anda di sini dan kami akan hubungi sepantas kilat โšกโšกโšก

Jangan terlepas info up-to-date dari Monocal, jom follow Monocal di Instagram dan Twitter serta like Facebook page Monocal.

Dapatkan juga info terus ke inbox anda di sini! ๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€

Leave a comment