Peringkat Kesedaran Pelanggan

Customer Awareness: 5 Peringkat Kesedaran Pelanggan Yang Anda Perlu Tahu

Dalam dunia bisnes, peringkat kesedaran pelanggan mainkan peranan besar. Semua orang perlu tahu. Dan tahu saja tak cukup.

Apa tu kesedaran pelanggan (customer awareness)? Customer awareness adalah tahap kesedaran dan pengetahuan pelanggan terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan oleh jenama tersebut.

Pelbagai industri menggunakan konsep ini. Didalam konsep kesedaran pelanggan ni, terdapat elemen psikologi dan linguistik, tapi yang akan diceritakan dalam artikel ini adalah sudut yang digunakan dalam bidang pemasaran (marketing).

Jom baca apa tu 5 peringkat kesedaran pelanggan dan macam mana nak manfaatkan dalam marketing. 👇🏻👇🏻👇🏻

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

1 – Tiada Kesedaran (Not Aware)

1 - Customer Awareness Pertama: Tiada Kesedaran (Not Aware)

Peringkat pertama adalah peringkat tiada kesedaran (not aware).

Peringkat ni paling susah untuk cari pelanggan sebab pelanggan langsung tiada keinginan untuk beli produk atau cari produk pun! Pendek kata, prospek pelanggan langsung tidak tahu apa-apa mengenai jenama, produk atau servis yang anda tawarkan.

Jadi nak buat marketing untuk golongan yang tiada kesedaran ni memang susah. Ataupun, boleh saja buat, tapi pulangan (ROI) atau conversion rate mungkin tak sebanyak yang kita mahukan.

Antara cara untuk buat marketing yang mungkin boleh menarik golongan yang tiada kesedaran ni adalah dengan content yang berbentuk pendidikan atau informasi baharu.

Sebagai contoh, anda menjual produk kecantikan skincare.

Antara cara yang anda boleh cuba adalah dengan buat iklan berbentuk ilmiah:

  • Mengajar cara jaga kesihatan kulit
  • Apa sebab kulit boleh jadi teruk
  • Cara nak kurangkan masalah kulit.

Walaupun mereka tiada kesedaran tentang isu mereka, dengan cara ni mereka akan belajar dan mungkin dapat kesedaran dari iklan tu dan seterusnya, meningkatkan customer awareness bakal pelanggan tersebut.

2 – Kesedaran masalah (Problem Aware)

Customer Awareness Kedua: Kesedaran masalah (Problem Aware)

Peringkat yang kedua adalah peringkat kesedaran masalah (problem aware).

Mereka mungkin dah tahu apa yang menyebabkan mereka sakit, dan dah tahu masalah mereka, punca sakit dan sebagainya.

Pada peringkat ni, mereka dah mula cari orang lain yang ada masalah sama.

Mungkin untuk validate masalah mereka, atau untuk tengok macam “Oh jadinya yang aku ada selama ni memang jadi masalah untuk diri sendiri“.

Jadi, antara jenis marketing untuk golongan pada peringkat ni adalah dengan cara kita tunjukkan yang mereka tak berseorangan dengan masalah tu. Tunjukkan yang masalah mereka tu sahih dan boleh diselesaikan.

Tunjukkan yang masalah mereka itu boleh diselesaikan.

Contohnya, orang yang ada masalah warna kulit tak sekata.

Jadi masalah bila orang sekeliling selalu tegur, dan buatkan keyakinan diri kurang.

Mesti perlu pakai mekap untuk sekatakan warna kulit. Bila mereka nampak orang lain ada masalah sama, mereka akan rasa lega sebab masalah tu mungkin ada penyelesaian.

Jadi, dari mereka tiada kesedaran dengan masalah yang mereka hadapi, sekarang mereka sedar mereka ada masalah.

Lepas tu apa mereka akan buat?

Kita sambung dibawah.

3 – Kesedaran Penyelesaian (Solution Aware)

3 - Customer Awareness Ketiga: Kesedaran Penyelesaian (Solution Aware)

Bila mereka dah tau ada masalah, mereka akan ada kesedaran untuk cari penyelesaian. Pada peringkat ni, kebanyakkan orang yang ada masalah akan terus cari cara selesaikan masalah mereka di internet.

Mungkin pada peringkat mereka ada kesedaran masalah tu mereka dah terbaca sikit-sikit tentang penyelesaian.

  • Cara selesaikan
  • Berapa lama ambil masa untuk selesaikan masalah.

Jadi, bila dah sampai di peringkat ni, marketing yang boleh menarik mereka adalah tentang penyelesaian masalah.

Kalau mereka ada masalah ton kulit tak sekata, mungkin penyelesaiannya adalah dengan pakai pelindung matahari bila keluar, pakai topi atau elakkan berjemur.

Marketing kepada mereka di peringkat ni perlu bantu mereka untuk kenalpasti apa langkah terbaik yang perlu mereka ambil supaya dapat selesaikan masalah secepat mungkin dan semudah yang boleh.

Antara contoh cara nak buat content kepada mereka, dimana content tu kita panggil sebagai ‘solution-centric content’.

4 – Kesedaran produk (Product Aware)

Customer Awareness Keempat: Kesedaran produk (Product Aware)

Bila mereka dah tau masalah, dah tau jalan penyelesaian, sekarang mereka nak tahu jalan penyelesaian tu perlu dibantu guna produk apa.

Jadi, marketing kita pada peringkat ni perlu beritahu mereka yang produk kita boleh bantu mereka selesaikan masalah.

Dan pada peringkat ni, mereka akan bandingkan produk kita dengan pesaing untuk tengok jenama mana yang paling berbaloi bila beli.

Marketing waktu ni perlu tonjolkan macam mana produk kita lebih berkesan dari jenama lain.

Mungkin produk kita lebih cepat selesaikan masalah.

Mungkin juga produk kita lebih berbaloi sebab ada bahan yang mesra alam.

Contohnya kita jual produk kecantikkan kulit; mereka akan bandingkan harga dan manfaat dengan jenama lain. Kita kena la pandai bersaing dari segi kualiti dan manfaat pada tahap ni.

Marketing untuk peringkat ni antara yang orang selalu buat. Contoh marketing yang dilakukan adalah berfokuskan produk (product-centric).

5 – Paling Ada Kesedaran (Most Aware)

Customer Awareness Kelima: Paling Ada Kesedaran (Most Aware)

Bagi mereka yang paling ada kesedaran tentang masalah dan penyelesaian, senang sangat untuk kita buat marketing yang sasarkan pada mereka.

Golongan yang paling ada kesedaran lebih suka dengan diskaun, tawaran dan voucher.

Dan kalau mereka memang sukakan jenama kita, mereka adalah duta kecil yang akan bantu kita dapat pelanggan baru melalui ‘word of mouth‘.

Jadi, bila kita perasan ada pelanggan yang beli lebih dua, tiga kali, sayangi dan hargai mereka.

Bagi diskaun pada mereka, atau kod tawaran, atau diskaun dengan waktu terhad.

Mereka akan bantu sebarkan kebaikan jenama kita melalui feedback yang positif dan jadi duta kecil secara tak langsung.

Marketing untuk peringkat ni perlu berbentuk tawaran sebab mereka sudah tahu apa ciri dan manfaat produk serta penyelesaian masalah mereka.


Pastikan kita semua tahu dan faham secara mendalam 5 peringkat kesedaran pelanggan ni sebelum buat marketing, tak kisahlah content, iklan, video ataupun copywriting.

Kalau nak Monocal buatkan pun boleh, jom hubungi Monocal sekarang. 🚀🚀🚀

Dan kalau anda nak tips marketing dan bisnes seperti 7 Rahsia Untuk Optimize Website Bisnes Dan Tingkatkan Sales dan 7 Rahsia Content Marketing Yang Padu Untuk Bisnes Owners: Bahagian 2, terus ke inbox anda, jom tinggalkan emel anda di sini!

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Leave a comment