5 Tips Flywheel Marketing Yang Mampu Tingkatkan Sales

Jadi, macam mana kita nak bina momentum dalam sales? Jom belajar tips flywheel marketing sama-sama!

Published on:

Artikel yang lepas ada cerita sedikit sebanyak pasal Flywheel Marketing. Dan macam yang kita dah tahu, flywheel itu fungsinya untuk bina momentum. Jadi, macam mana kita nak bina momentum dan tingkatkan sales? Jom belajar sama-sama!

Dengan flywheel marketing, kita memang utamakan pelanggan. Jadi, artikel kali ini nak cerita macam mana memanfatkan flywheel marketing model untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik supaya sales boleh meningkat 🤩

Jom baca sini 👇🏻👇🏻👇🏻

Tips Flywheel Marketing 1: Belajar Dan Fahami Peringkat Flywheel

Peringkat flywheel yang penting ada 4; activate, adopt, adore dan advocate. Dan setiap peringkat ni ada tujuan dan tugas yang berlainan.

  • Activate: Peringkat ni adalah untuk kita cari prospek baru yang tiada pengetahuan apa-apa tentang brand kita, supaya menjadi beginner, dimana mereka akan tahu pasal brand kita. Peringkat ni kita nak yakinkan prospek baru tentang manfaat produk kita. Antara caranya adalah dengan bagi tips berguna di website.
  • Adopt: Waktu peringkat adopt ni, kita nak beginner tahu lebih mendalam pasal produk kita. Kita nak dari dia tahu secara biasa-biasa yang jenama kita jual produk, kepada dia tahu yang kita jual berapa jenis produk dan apa masalah yang kita boleh selesaikan. Jadi, caranya adalah dengan beri tutorials dan kita highlight kelebihan produk kita dari jenama lain.
  • Adore: Peringkat ni pula adalah untuk kita buat pelanggan yang memang dah mengenali dan membeli produk kita, untuk terus membeli dan tunggu produk lain dari kita. Cara nak tarik mereka dari membeli kepada kerap membeli ni antaranya dengan cara bagi tips, bagi feedback form untuk tahu apa yang mereka nak, bagi tawaran plan premium untuk dapat lebih banyak benefit.
  • Advocate: Ni peringkat akhir, dimana kita nak pembeli setia produk untuk promosi produk kita pada orang lain. Selalunya untuk peringkat ni banyak brand yang guna User Generated Content (UGC) untuk galakkan pembeli promote pada orang sekeliling, atau pun macam beri referral code.

Tips Flywheel Marketing 2: Letak Metrik Yang Sesuai Bagi Setiap Peringkat Flywheel

Setiap peringkat flywheel tadi perlukan metrik yang berbeza, jadi kita perlu pastikan metrik yang kita nak kesan tu memang berfungsi track kejayaan atau kegagalan peringkat flywheel tadi.

  • Activate: sign-up baru, pendaftaran baru di website, sales setiap bulan.
  • Adopt: berapa ramai pelanggan yang memang dah jadi member, atau pelanggan yang dah pernah beli produk dan follow sosial media brand.
  • Adore: kadar retention, berapa ramai yang beli semula, ada membership jenama.
  • Advocate: prospek baru yang datang dari word-of-mouth, atau prospek baru dari UGC

Tips Flywheel Marketing 3: Kenalpasti Dan Atasi Kelemahan Flywheel

Setiap peringkat flywheel ni mungkin ada kelemahan yang kita boleh atasi. Yelah, kan baru nak aplikasikan flywheel marketing ni. Jadi, ini antara kelemahan yang mungkin ada pada setiap peringkat flywheel dan macam mana nak atasinya.

  • Activate: website mungkin tak menarik prospek, jadi perlu perbaiki website dan juga perlu optimize kempen untuk prospek baru. Juga perlu synchronize material untuk promote produk pada pelanggan baru dan ada ruang untuk new prospek di website.
  • Adopt: perlu ada copywriting yang menyeluruh tentang produk pada website supaya setiap produk senang difahami. Pastikan pelanggan senang nak upgrade plan dengan bran contohnya dari membership biasa kepada membership premium untuk tarik minat mereka.
  • Adore: pastikan peminat brand anda terus menyukai produk dan mudah untuk mereka buat pembelian dan pembayaran. Pastikan mereka dapat benefit produk yang lebih dan ada feedback form yang mereka boleh isi untuk dapatkan pendapat jujur peminat brand anda.
  • Advocate: pastikan peminat brand senang nak sebarkan tentang brand kita, mungkin melalui review atau UGC. Track kejayaan mereka yang advocate melalui berapa ramai pelanggan baru yang dengar pasal jenama kita melalui UGC atau product review.

Tips Flywheel Marketing 4: Buat Eksperimen dan Ujikaji CRO (conversion rate optimization)

Conversion Rate Optimization (CRO) ni memang perlu dibuat selalu untuk semua bisnes. Perlu kita test kempen itu ini menjadi atau tak, perlu pantau yang kempen ni mungkin akan lebih berjaya kalau ada cara delivery yang berlainan. Dan setiap peringkat flywheel perlu juga kita test CRO berlainan.

  • Activate: boleh test copy landing page, atau design landing page yang lebih menarik supaya lebih banyak site visits dan pembelian.
  • Adopt: boleh cuba tonjolkan kembali ciri-ciri produk yang orang senang terlepas pandang dan jadikan ciri tu highlight untuk tarik prospek baru dan pastikan mereka tahu ciri yang ada pada produk.
  • Adore: boleh cuba eksperimen dapatkan feedback berbentu klik atau isi borang yang lebih banyak entri, atau eksperimen adakah pop-up feedback atau feedback page lagi banyak dapatkan entri.
  • Advocate: test beberapa jenis cara untuk pelanggan sebarkan tentang produk untuk tengok cara mana paling berkesan, contoh macam dengan tag kawan pada post sosial media boleh dapat voucher atau diskaun, atau guna referral code yang bagi reward point banyak.

Bila sentiasa buat testing CRO ni, barulah lebih jelas kejayaan dan kegagalan sesuatu peringkat flywheel marketing tu sebab kita dan perhatikan metrik dan KPI yang memang spesifik bagi setiap peringkat.

Tips Flywheel Marketing 5: Kesan Dan Nilai Prestasi

Macam plan marketing lain, kita perlu sentiasa pantau dan nilai flywheel plan ni secara berkadar. Dan sebabkan flywheel ni tujuannya untuk bina momentum, kita kena pastikan yang pelanggan puas hati dengan servis, dan akan buat referral produk kita pada orang lain.

Jadi, kita kena sentiasa perhatikan aspek mana yang mungkin perlukan optimization dan improvement untuk menjayakan flywheel marketing ni.


Untuk post kali ni, sampai sini saja tentang Flywheel Marketing. Moga kita dapat manfaatkan sama-sama untuk growth business yang lebih mantap!

Bagi yang nak Monocal buatkan marketing untuk bisnes pun boleh, jom hubungi Monocal di sini, atau boleh juga dapatkan info marketing dan business ni semua terus ke inbox anda dengan tinggalkan emel di sini 🤩

Bagi anda yang ada di Twitter, Facebook dan Instagram, jom follow Monocal! 🚀🚀🚀

Leave a comment