Kursus Digital Marketing

6 Kursus Digital Marketing Percuma Yang Anda Boleh Dapat Online

Dari Mac 2020 lagi Malaysia dah mula PKP, jadi bagi bisnes yang fokus dengan jualan ke kedai, memang ada yang rugi besar. Tapi terbalik pula bagi bisnes yang memang dah lama buat jualan online; sales meningkat macam tiada hari esok!

Jadi, memang berguna kalau semua bisnes belajar macam mana nak buat digital marketing. Kalau bisnes kita memang ada jualan online tapi tiada orang tahu, apa gunanya kan?

Jadi, post kali ni nak bagitau tentang beberapa kursus digital marketing online yang percuma!

Semoga kita sama-sama dapat manfaatkan 🚀🚀🚀

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

1 – Google Digital Garage

Google Digital Garage ada kursus Fundamentals of Digital Marketing (Asas Digital Marketing), dan disebabkan kursus ni sendiri daripada Google, bila anda habiskan kelas atau kursus, anda akan dapat sijil pengiktirafan dari Google Digital Garage ni.

Dapat sijil ni bukan saja best untuk personal achievement, tapi mampu naikkan nilai skill anda dalam industri sebab anda dah lalui latihan dan dapat pengiktirafan dari Google.

Kursus ni fokus pada video informatif dan ada banyak modul yang membantu pemahaman kita. Setiap modul ambil masa sepanjang 40 minit. Banyak yang kita boleh belajar, antaranya;

  • SEO
  • SEM
  • Content Marketing
  • Social Media
  • Google Analytics

Jadi, kalau anda berminat untuk ambil kursus ni, memang sangat berbaloi ilmu yang ditawarkan dengan masa yang anda akan luangkan.

2 – SEMRush Academy

Untuk SEMRush Academy pun, disebabkan SEMRush lebih terkenal dengan digital marketing tools, maka kursus pun lebih fokus pada tools. Memang bagus bagi business owners yang mencari software atau apps yang boleh bantu bisnes.

Macam kursus lain, kita akan dapat sijil pengiktirafan dan kebanyakkan kursus di SEMRush Academy perlukan sebanyak 1-3 jam untuk kita pelajari.

SEMRush ada tawarkan sebanyak 25 kursus dengan 6 pengkhususan berbeza. SEMRush juga ada kursus khas untuk bantu kita guna digital marketing tools SEMRush sebaik yang boleh. 6 pengkhususan SEMRush tu merujuk kepada;

  • SEO
  • Content Marketing
  • PPC (Pay Per Click)
  • Social Media Marketing
  • Competitive Research
  • SEMRush Toolkit

SEMRush Academy ni juga bukan hanya sesuai untuk beginner, tapi juga sesuai untuk digital marketer berpengalaman yang nak dapatkan pengiktirafan. Boleh pilih nak ambil ujian tentang apa dalam digital marketing dan dapatkan sijil 🤩

3 – Hubspot Academy

Bagi beginner yang baru nak belajar pasal digital marketing mesti banyak rujuk website Hubspot ni. Memang banyak post yang powerful, helpful dan wonderful dari Hubspot, dan bukan blog post saja, kursus online pun ada.

Hubspot Academy punya sijil juga dapat pengiktirafan dari universiti luar! Jadi Hubspot memang ada kredibiliti yang bagus untuk ajar digital marketing. Semua kursus ni diajar oleh marketers terkenal dunia. Hubspot tawarkan 18 jenis sijil dan kebanyakkanya sah untuk 1-2 tahun.

Antara jenis kursus yang ada di Hubspot termasuk;

  • Content Marketing
  • Inbound Marketing
  • Email Marketing
  • Youtube Marketing

Jadi, kalau ada yang nak belajar melalui kursus digital marketing percuma, memang Hubspot pilihan terbaik. Bukan saja percuma, tapi juga dikenali dan dipercayai ramai.

4 – Copyblogger

Copyblogger pula terkenal dengan copywriting. Jadi, bagi yang nak belajar copywriting memang patut ambil kursus online percuma yang copyblogger tawarkan. Tapi, kursus Copyblogger ni berbeza dari yang lain.

Kursus Copyblogger adalah dalam bentuk eBook dan juga emel, secara spesifik sebanyak 16 eBook dan 20 emel. Tiada video atau live stream orang mengajar kursus, anda hanya akan belajar melalui membaca.

Copyblogger juga tak sediakan sijil untuk pengiktirafan dan bergantung pada komitmen kita untuk praktikkan dan gunakan ilmu yang kita pelajari dari Copyblogger tentang digital marketing. Antaranya macam;

  • Content Marketing
  • Direct response marketing
  • Bina hubungan dengan audience

Bila dah amalkan, baru kita akan nampak hasil daripada apa yang kita belajar di Copyblogger ni. Kursus dari Copyblogger ni memang bernilai sebab kita akan belajar sendiri dan tengok hasil sendiri berdasarkan apa yang kita belajar.

5 – WordStream Growth Academy

WordStream adalah antara bisnes yang terawal dalam bidang digital marketing dan memang dah bantu sumbangkan banyak benda dalam bidang ni contohnya dengan WordStream Advisors yang banyak digunakan dalam Facebook Ads dan Google Ads.

Growth Academy fokus pada online advertising, lead generation, e-commerce dan secara umumnya nak bantu business owners berkaitan digital marketing.

Growth Academy banyak fokus pada kursus yang akan bantu kita dapat lebih banyak online visitors yang ada potensi jadi pelanggan kita. Antara kursus Growth Academy ni adalah:

  • Online advertising
  • Targeted leads
  • Menjual produk online
  • Bina digital agency

Bagi pembaca yang nak belajar secara mendalam tentang paid advertising, ni kursus yang paling sesuai untuk anda.

6 – Constant Contact

Kalau anda baru nak mula buat social media marketing, ini kursus yang patut anda ambil. Constant Contact ada sediakan Social Media Quickstarter, dimana anda akan diajar panduan untuk mula buat social media marketing.

Constant Contact sediakan panduan untuk banyak jenis social media marketing, contohnya;

  • Facebook
  • Instagram
  • Snapchat
  • Youtube
  • LinkedIn
  • Twitter

Dan banyak yang anda boleh belajar; macam mana nak set up business page, macam mana nak dapat lebih banyak targeted traffic, macam mana nak dominate channel ni, apa yang perlu dibuat dan apa yang tak patut dibuat di setiap social media.

Jadi, mana yang berminat, jom cuba kursus online dari Constant Contact ni.


[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Untuk post kali ini, sampai sini saja yang Monocal kongsikan. Monocal juga ada group Facebook dan channel Telegram yang berfungsi sama macam kursus online, jadi, kalau ada yang berminat boleh tinggalkan emel anda di sini.

Bagi yang berminat nak baca post lepas tentang Flywheel Marketing, jom belajar sama-sama.

Jangan lupa follow Monocal di Facebook, Twitter dan Instagram untuk lebih banyak tips marketing dan business yang up-to-date!

Leave a comment

  1. Post comment

    Haziah Binti Mat Isah says:

    Nak belajar, saya zero