Tips Sales Cycle

Sales Cycle: 7 Cara Bisnes Boleh Tingkatkan Sales Dengan Mudah

A big business starts small,

UNKNOWN

Ramai orang berniaga. Dan ramai orang mula berniaga kecil-kecilan hingga jadi besar-besaran. Tapi apa rahsia bisnes kecil ni hingga boleh jadi bisnes besar yang berjaya?

Sebagai business owners, penting untuk tahu rahsia ni. Tiada bisnes yang taknak berkembang. Semua bisnes nak jadi besar dan dikenali ramai, dan nak semua orang guna servis atau produk yang dijual.

Jadi, apa proses tingkatkan sales ni? Macam mana?

Proses sales ni, atau sales cycle, ada 7 peringkat atau cara. Jom baca cara untuk tingkatkan sales dan tengok peringkat mana yang anda perlu perbaiki untuk bisnes yang lebih mantap! 👇🏻👇🏻👇🏻

Cari Prospek

Untuk cari audience yang betul bagi bisnes kita memang penting. Audience yang akan menjadi prospek kita dan decide sama ada kita akan dapat potential customer atau peminat baru produk kita. Kita nak produk kita mampu untuk bantu pelanggan yang dalam masalah, supaya masalah mereka tu produk kita dapat selesaikan.

Ada banyak cara untuk kita cari prospek ni. Yang Monocal hebat adalah dengan cari prospek secara online, lagi-lagi di Facebook dan Instagram. Tapi, jangan risau kalau anda masih belum dapatkan servis Monocal. Anda masih boleh cari prospek melalui cara lain. Antaranya macam melalui call telefon, email, berborak dengan orang yang anda jumpa pun boleh jadi cara untuk cari prospek!

Kunci pencarian prospek ni adalah semasa kita tingkatkan contact dan follow up.

Ya, waktu COVID memang kena kurangkan contact dan jaga jarak, tapi untuk cari prospek, anda tak perlu pun risau dengan COVID. Boleh buat contact secara online.

Mungkin pertama kali anda jumpa prospek anda ada bincang tentang masalah yang produk anda boleh selesaikan. Tapi, jangan biarkan perbincangan tu tergantung disitu saja, perlu ada follow up. Lepas dua atau tiga hari, hubungi semula prospek anda dan ungkit balik apa yang dibincangkan, kali ni dengan lebih serious dan persediaan.

Bila kita sentiasa keep in touch dengan prospek, insyaAllah sales pun akan meningkat sebab kita ingat prospek kita secara detailed dan individual.  


First Contact

First contact atau first impression prospek ada brand atau produk sangat penting. Bila kita promote produk atau servis kita, apa yang mereka fikir bila pertama kali dengar pasal produk tu? Suka tengok pakej ke? Bau sedap ke? Dapat selesaikan masalah mereka dalam masa singkat ke? Lega sebab ada produk yang boleh bantu mereka ke? Atau gembira sebab tak sangka produk macam ni pun wujud ke?


Proses peringkat ni penting sebab ini peluang anda sebagai penjual untuk tangkap perhatian mereka dan pastikan mereka tak tengok jenama produk lain dah. Kita nak produk kita sentiasa di mata prospek, jadi, walaupun produk tu terima banyak kritikan, asalkan boleh perbaiki produk, kritikan tu membantu.

Peringkat ni akan decide prospek suka produk kita atau tak bila pertama kali nampak, dan akan ada prospek yang jadi potential customer atau tak.

Untuk digital marketing, peringkat ni kita panggil prospecting dan memang selalu sangat Monocal buat prospecting untuk client. Hasilnya, produk yang orang tak pernah dengar pun boleh jadi kegilaan ramai disebabkan first contact prospecting yang berjaya. First contact yang best untuk digital marketing selalunya yang berbentuk educational atau problem solving dan diselitkan sikit kebaikan produk.

Jadi, nak tingkatkan sales, kena pastikan peringkat ni dibuat betul-betul. Kalau anda taknak buat sendiri pun boleh, jom hubungi Monocal.

Kelayakan

Bila dah ada prospek, kita kena selidik latarbelakang prospek pula. Tengok kelayakan prospek. Mungkin bagi prospek yang T20, harga produk bukan masalah dan mereka akan beli banyak kali tanpa soal, asalkan dapat selesaikan masalah mereka.

Tapi bagi prospek yang dari golongan bekerja M40, mungkin ada sedikit ragu-ragu untuk beli produk anda. Jadi, anda perlu ceritakan kebaikan produk dan macam mana produk boleh bantu mereka selesaikan masalah mereka dan meyakinkan mereka yang produk anda berkesan dan berbaloi dibeli.

Ini secara tak langsung dapat bantu anda buat bahan marketing yang inclusive, supaya marketing tu dapat sampai ke mereka yang T20 dan juga B40.

Perlu juga selidik sama ada prospek anda tu ketua keluarga atau tak. Bekerja atau belajar. Keadaan kewangan yang bagus atau tak. Sebab perkara ini semua membantu anda mengiklankan produk dari sudut yang berbeza dan sesuai dengan prospek. Bagi pelajar mungkin produk anda agak mahal tapi mungkin bagi ketua keluarga yang mahukan produk terbaik untuk keluarga, harga produk anda berpatutan.

Ada juga prospek yang tak kisah harga, tapi kisah pada bahan produk. Jadi, itulah pentingnya tengok kelayakan prospek untuk tingkatkan sales.

Pembentangan/ demostrasi

Macam mana nak tahu produk anda perlu buat pembentangan atau demostratsi? Kalau produk tu boleh dipegang, buat demonstrasi produk, mana mana nak guna, nak jaga. Mungkin produk anda dalam bentuk software, juga boleh buat demostrasi macam mana nak manfaatkan produk sebaik boleh.

Kalau anda sediakan produk atau servis digital marketing macam Monocal yang tak boleh dipegang dan ditengok melalui demostrasi, buat pembentangan. Dalam bentuk pembentangan boleh la orang tengok macam mana servis anda dapat bantu mereka, macam mana produk atau servis ni berfungsi.

Peringkat ni penting untuk orang faham produk atau servis sebaik yang boleh supaya dapat beri penyelesaian masalah harian mereka.

Jadi, proses ni penting untuk dapatkan lebih ramai prospek dan untk tingkatkans sales.

Untuk buat pembentangan atau demostrasi juga perlu yang hebat, jadi jom belajar cara buat pembentangan atau demonstrasi yang bagus di sini.

Pastikan peringkat ni dibuat dengan elok supaya lebih ramai orang faham produk anda dan beli produk.

Bantahan

Adat berniaga, mesti ada pelanggan yang akan ragu-ragu dengan produk, pertikaikan harga, buat perbandingan produk dengan jenama lain dan sebagainya. Tapi, ini semua terjadi kerana mereka potential customer dan dah tengok produk kita betul-betul. Kalau mereka tak tengok produk, macam mana mereka nak pertikai harga atau bandingkan?

Jadi, pelanggan sebegini harus kita dedahkan dengan manfaat produk sepenuhnya. Bila mereka faham dan suka dengan manfaat produk kita tu, barulah senang untuk mereka beli tanpa pertikaikan harga, sebab kualiti barang yang memang bersesuaian dengan harga.

Ada juga pelanggan yang akan persoal kredibiliti produk atau servis yang boleh selesaikan masalah mereka. Jadi, perlulah kita untuk sediakan kredibiliti kita tu. Mungkin dalam bentuk sijil dari kementerian, atau kursus khas untuk produk. Bila pelanggan tahu tu, baru mereka percaya dengan produk dan lebih lembut hati nak membeli.

Ada pula pelanggan yang buat pertikaian tentang bahan atau cara kita buat produk. Jadi, sinilah penting untuk buat bahan marketing yang mengajar orang ramai cara produk tu dihasilkan dan dibungkus untuk dipasarkan. Bila mereka faham, baru tiada pertikaian.

Kalau ada bantahan dari segi pembelian pula, haaa dah dekat dah tu. Mereka dah fikir sampai tahap pembelian. Mungkin mereka ragu-ragu macam mana mereka akan dapat barang kalau beli secara online. Selamat atau tak? Cepat sampai atau tak? Perkara ini perlu dipertimbangkan supaya pelanggan rasa senang hati membeli dengan jenama yang dipercayai.

Jadi, peringkat ni penting untuk tingkatkan sales sebab bila dah berjaya tepis bantahan, makin ramai yang akan percaya jenama dan beli produk.  


Lepas tu, ulang proses ni setiap peringkat dan pastikan setiap kali anda ulang, peringkat ni ada penambahbaikan. Proses ni dapat pastikan bisnes anda akan kekal beroperasi, asalkan dengan menjual produk yang beri manfaat pada orang lain dan dapat menyelesaikan masalah harian pelanggan.

Dengan cara ni, anda boleh jual apa-apa pun, asalkan ada disiplin untuk konsisten buat proses dengan penuh semangat tanpa jalan pintas.

Jom baca artikel pasal sebab orang membeli produk untuk tambah pengetahuan tentang pelanggan di sini!  

Paling penting, jangan lupa tinggalkan emel anda di sini supaya kami boleh hantar lebih banyak tips marketing dan bisnes terus ke inbox anda! 🚀🚀🚀

Leave a comment