apa itu leads - featured image

Apa Itu Lead Generation? Strategi Penting Digital Marketing 2022

Apa itu lead generation? 

Lead generation merupakan antara proses mengenalpasti dan mendidik bakal pelanggan yang berpotensi untuk mendapatkan servis atau produk daripada satu-satu bisnes.

Lead generation mampu meningkatkan jumlah pelanggan dan membantu anda mengenal pelanggan dengan lebih mendalam. 

Tetapi, masih ramai lagi yang belum faham atau tahu cara terbaik untuk melakukan lead generation. 

Di sini kami akan rungkaikan apa itu lead generation dan tunjuk proses lead generation yang berkesan. 

Apa Itu Lead? 

Lead adalah mana-mana individu yang menunjukkan minat terhadap produk atau servis syarikat anda dalam beberapa cara atau bentuk.

Lead ini mereka yang berpotensi menjadi pelanggan bisnes anda. 

Tanggungjawab anda pula adalah menggunakan lead generation untuk ubah lead dari hanya berminat kepada pelanggan dan pembeli. 

Menurut Hubspot, lead boleh dibahagikan kepada 4 jenis:

Marketing Qualified Lead (MQL)

Marketing qualified lead adalah lead yang sudah berinteraksi dengan iklan bisnes anda, tapi mereka belum bersedia untuk membeli.

Contoh MQL adalah mereka yang sudah isi borang untuk tawaran bisnes anda. 

Sales Qualified Lead (SQL)

Sales qualified lead adalah mereka yang sudah tunjuk minat untuk jadi pembeli. 

Contoh SQL adalah mereka yang mengisi borang untuk tanya soalan tentang produk atau servis bisnes anda. 

Product Qualified Lead (PQL)

Product qualified lead adalah mereka yang sudah gunakan produk anda dan ada niat untuk jadi pelanggan berbayar. 

Mereka selalunya dah gunakan produk anda secara percuma atau dalam versi terhad 

Mereka juga mula tanya tentang ciri-ciri yang ada dalam versi berbayar.

Service Qualified Lead

Service qualified lead adalah mereka yang berminat untuk jadi pelanggan berbayar. 

Contohnya, mereka yang sudah beritahu mereka mahu naiktaraf ke versi berbayar kepada team anda.

Sebelum itu, kita akan lihat dulu apa itu lead generation sebenarnya.

Apa Itu Lead Generation?

Antara cara paling mudah untuk anda tingkatkan customer base bisnes anda adalah melalui lead generation. 

Tapi apa itu lead generation?

Lead generation adalah proses menarik prospek ke bisnes kita dan meningkatkan minat mereka, dan seterusnya menukarkan mereka menjadi pelanggan bisnes kita.

Saya bagi contoh mudah, ada jurujual akan menelefon rumah dan tanya, “Encik/Puan berminat tak dengan produk X?”

Selalunya kita mesti terus cakap tak kan?

Kenapa?

Sebab awal-awal lagi kita tahu kita akan dipaksa untuk membeli. Kadang-kadang kita tengah sibuk bekerja, tiba – tiba kena kacau. 

Jadi cara ni dah tak relevan. Dengan internet sudah mula meluas, cara marketing pun berubah. 

Daripada call seorang demi seorang, cara yang jauh lebih baik adalah dengan cari bakal pelanggan yang sudah berminat dengan produk anda. 

Mereka ini ada masalah yang produk anda selesaikan. Daripada kita memaksa, mereka boleh cari tahu tentang produk anda mengikut keselesaan mereka sendiri. 

Inilah apa yang dipanggil sebagai lead generation. 

Kita tarik minat mereka yang tidak kenal bisnes anda, dan kemudian pupuk mereka sehingga jadi pembeli. 

Ini hanya salah satu manfaat lead generation. Kita akan bincangkan lebih dalam dalam artikel ini. 

Kita mulakan dengan yang paling mudah dan terbaik, iaitu dengan menggunakan lead generation Facebook.

Teknik Lead Generation di Facebook Untuk Dapatkan Leads

Ada banyak manfaat yang anda perolehi apabila melakukan kempen lead generation di Facebook. 

Untuk perbandingan, kalau anda guna third-party landing page, ia mungkin ambil masa 3-10 saat untuk tunggu website bersedia. 

Akan tetapi, jika di Facebook, proses ini menggunakan Instant Form, dimana anda boleh kumpulkan maklumat seperti, nama, emel, nombor telefon dan banyak lagi.  

Borang itu terus dibuka apabila anda klik iklan, dan Facebook juga akan bantu lengkapkan borang pelanggan secara automatik, jika mereka pernah mengisi borang yang seakan sama sebelum ini.

apa itu leads - example form lead facebook
Contoh Instant Form di Facebook untuk tujuan lead generation

Menggunakan Facebook untuk kempen lead generation juga mampu kurangkan jumlah langkah yang perlu diambil audiens anda untuk mendapatkan produk atau servis kita.

Dengan kata lain, kempen ini memudahkan audiens, supaya lebih ramai yang akan mengisi borang dan menjadi leads kepada bisnes kita.

Melalui Instant Form, anda boleh gunakannya untuk:

  • Kenal pasti potensi pelanggan bisnes.
  • Kumpul emel dan nombor telefon subscriber untuk newsletter bisnes anda.
  • Galakkan pelanggan untuk muat turun lead magnet seperti panduan PDF.
  • Memahami tingkah laku dan minat bakal pelanggan.
  • Dapatkan lead yang berkualiti untuk bisnes anda.

Di Facebook, anda boleh cipta iklan leads (lead ads) menggunakan Ads Manager atau Facebook page. 

Iklan ini akan muncul di News Feed, Stories, Instant Articles, In-Stream Videos, Marketplace, Instagram Feed dan Stories bakal pelanggan.

Bila mereka klik iklan anda, mereka akan diberikan borang yang anda bina untuk diisi. 

Setelah mereka siap mengisi borang, anda boleh download data leads secara terus melalui Ads Manager atau Facebook Business Suite.

Anda juga boleh hantar data ke sistem CRM seperti Mailchimp atau HubSpot secara automatik.

Empat Konsep Penting Lead Generation Di Facebook Yang Berkesan

Sebelum anda mula cipta iklan, anda perlu faham konsep didalam lead generation yang berjaya.

Terdapat empat konsep yang anda perlu faham sebelum melakukan lead generation: 

  1. Lead Capture
  2. Lead Magnets
  3. Landing Page
  4. Lead Scoring

1.Lead Capture

Perkara paling asas dalam proses lead generation adalah lead capture.

Apa tu lead capture?

Lead capture bermaksud proses menukarkan pembaca atau pelawat menjadi lead. 

Anda perlu tarik perhatian pembaca dulu melalui laman web atau iklan, untuk wujudkan keinginan mereka untuk mendapatkan produk atau servis anda.

Bagaimana?

Tanya diri sendiri, apa yang buatkan produk atau servis bisnes anda layak diberi untuk mereka isi borang dan beri maklumat mereka kepada anda..

2.Lead Magnets

Bagaimana nak buat pembaca berminat untuk kongsikan maklumat mereka?

Dengan beri sesuatu yang mereka minat nak tahu. 

Apa yang anda boleh beri kepada mereka?

Anda boleh beri ebook percuma, kod diskaun, atau webinar.

Pastikan bahan -bahan ini mempunyai konten yang bernilai kepada bakal pelanggan anda.

Cuba tunjuk tawaran (offer) dan manfaat yang jelas dalam ad creative ataupun dalam ad copy anda.

3.Landing page

Landing page adalah satu medium dalam kempen lead generation, dimana anda boleh berikan pelbagai informasi, juga tawaran yang berkaitan dengan produk atau servis anda.

Cipta dan uji landing page pada website anda untuk tahu yang mana satu mempunyai CTR (click-through rate) dan conversion rate yang paling tinggi.

Optimumkan landing page anda untuk sentiasa tambah baik kualiti proses lead generation.

Selain itu, anda boleh cuba bina landing page khas untuk custom audience anda.

Sebagai contoh, anda boleh bina landing page untuk retargeting audience untuk pupuk (nurture) mereka yang belum beri informasi.

4.Lead Scoring 

Bila anda buat iklan, anda akan terima banyak leads. 

Bila anda terima banyak leads, ada leads yang bagus dan membawa ke jualan, dan ada juga yang tidak.

Masalah timbul bila leads yang tidak membawa ke jualan ni semakin tinggi jumlahnya.

Bagaimana nak selesaikan masalah ini? 

Anda boleh gunakan cara lead scoring. Anda perlu ukur dan bandingkan interaksi dengan leads. 

Beri markah untuk jenis engagement yang berbeza. Contohnya, markah yang lebih tinggi patut diberikan kepada lead yang download ebook.

Contoh sistem lead scoring

Sebagai contoh, markah yang lebih rendah diberikan kepada mereka yang unsubscribe newsletter.

Jimatkan masa dan tenaga dengan meletakkan prioriti tinggi kepada leads yang mempunyai markah yang tinggi.

Ciri -Ciri Kempen Lead Generation Facebook yang Berkesan

Ciri-ciri kempen lead generation Facebook yang berkesan ada 4 perkara,

  1. Tajuk yang tunjuk manfaat secara jelas.
  2. Gambar yang menunjukkan manfaat jelas yang akan diterima pengisi borang
  3. Ayat pendek, menarik dan tidak overpromise dan underdeliver.
  4. Guna ayat yang beri galakan kepada pelanggan anda untuk tahu lebih lanjut dan isi borang.
  5. Cipta sense of urgency, dan sebab yang jelas untuk mereka klik.

Facebook tunjuk contoh iklan yang berkesan untuk lead generation dibawah:

apa itu leads - contoh iklan leads generation yang berjaya

Ini pula formula untuk ad copy yang berjaya:

apa itu leads - formula successful ad copy

Langkah – Langkah Untuk Cipta Iklan Lead Generation Di Facebook 

Okay sekarang anda tahu apa yang diperlukan untuk bina iklan lead generation yang berjaya.

Sekarang macam mana nak cipta iklan lead generation Facebook? 

Kami akan bantu anda langkah demi langkah di bawah. 

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

1. Bina Facebook Lead Form anda

Sebelum anda boleh run Facebook lead ads, anda kena bina borang untuk diisi dulu. 

Untuk bina borang, anda perlu pergi ke Facebook page anda, klik tab More, dan klik Publishing Tools.

apa itu leads - contoh menu facebook publishing tools

Bila anda di dalam page Publishing Tools, lihat bahagian kiri dan klik Forms Library.

apa itu leads - kiri forms library

Di bahagian paling atas kanan, tekan Create.

apa itu leads - kanan create form

Di skrin Create a Lead Form, pilih New Form. Kemudian tekan Next.

apa itu leads - new form

Mula dengan isikan nama borang anda. 

Dalam konteks ini, kami bina satu borang contoh. Jadi borang ini kami namakan sebagai Case Study Percuma.

Untuk jenis borang, anda boleh pilih antara dua: More Volume atau Higher Intent.

More Volume sesuai jika objektif anda adalah untuk dapatkan jumlah leads sebanyak mungkin.

Higher Intent pula jika objektif anda adalah untuk dapat lebih banyak leads berkualiti yang bawa kepada sales.

apa itu leads - form type

Pilihan anda di sini akan beri kesan kepada return on ad spend (ROAS) dan jumlah leads yang anda akan terima. 

Dalam konteks ini, kita akan pilih More Volume.

Seterusnya, klik Intro dan taip headline, misalnya “Case Study Facebook Ads Percuma”.

Untuk imej kreatif, anda boleh upload custom image, iaitu imej statik yang akan gunakan dalam iklan anda. Atau anda boleh pilih dynamic creative, yang akan mengikut variable iklan anda.

Kami cadangkan supaya anda gunakan Dynamic Image supaya anda boleh split test. 

Dengan Dynamic Image, anda juga boleh tukar kreatif iklan tanpa perlu buat borang baru pada masa akan datang.

Untuk bahagian layout, anda boleh pilih antara Paragraph atau Bullets.  Pilihan ini akan mempengaruhi bentuk borang anda.

Sentiasa ingat untuk beri call to action (CTA) dalam deskripsi borang yang akan diisi.

Anda perlu tanya diri sendiri kenapa seseorang perlu beri anda alamat emel atau nombor telefon mereka.

Dalam contoh ini, kami gunakan lead magnet untuk beri pengisi borang case study. 

Mereka hanya perlu isi borang dengan beri alamat emel mereka dan mereka akan dimasukkan ke dalam email list kami.

apa itu leads - form type free case study

Terdapat banyak pilihan lain yang anda boleh lakukan dengan Facebook Ads.

Contohnya anda boleh buat tinjauan (survey), atau tanya alamat emel dan nama mereka.

Dalam bahagian Questions, anda boleh klik Add New Question dan pilih untuk sertakan soalan demografi, informasi kerja dan lain-lain.

apa itu leads - question new question

Satu perkara yang anda perlu ingat, walaupun anda boleh tanya pelbagai jenis soalan kepada leads, jangan tanya terlalu banyak soalan.

Lebih banyak soalan anda tanya, lebih leceh borang anda untuk dijawab. 

Lebih susah borang anda untuk dijawab, lebih ramai tidak lengkapkan borang.

Kami cadangkan untuk anda tanya seminimum informasi yang boleh untuk mencapai matlamat iklan Facebook Lead anda. 

Kurangkan geseran (friction) sebanyak mungkin untuk dapatkan informasi dari leads.

Kemudian, isi bahagian Privacy Policy. 

Untuk pastikan iklan anda “Facebook-compliant”, anda perlu letak link privacy policy

Cara paling mudah adalah dengan tulis privacy policy di website anda, paste link ke sini, dan namakan link text tersebut “Privacy Policy.”

apa itu leads - privacy policy

Sekarang anda boleh lengkapkan Thank You screen. 

Untuk contoh ini, kami taip, “Terima kasih kerana melengkapkan borang”

Untuk bahagian deskripsi, kami tulis, “Terima kasih banyak-banyak kerana lengkapkan borang kami. Sila klik link dibawah untuk akses case study.” 

Deskripsi perlulah relevan kepada apa yang anda tawarkan kepada pengisi borang.

Anda boleh pilih antara tiga: View Website, Download, atau Call Business

Di kotak Website Link, isikan URL yang membolehkan pengisi borang muat turun lead magnet yang anda tawarkan.

apa itu leads - form thank you screen

Bila dah siap, klik Save di bahagian atas paling kanan. 

Sebelum anda klik Finish, keluar dari form setup window.

apa itu leads - form type save

Anda akan nampak pop-up yang akan tanya jika anda mahu tutup lead form. Klik OK.

Draf anda akan dipaparkan dalam senarai borang. 

Pergi ke Draft Forms Library dan anda akan nampak borang yang anda telah siapkan. 

Klik edit untuk semak borang anda. 

Pastikan semua okay. 

Kemudian klik Finish.

apa itu leads - form free case study edit

Pergi ke Forms Library dan anda akan lihat borang tadi. 

Klik Preview untuk lihat borang itu dari sudut pandangan bakal pengisi borang.

apa itu leads - form free case study preview

Anda akan lihat borang itu secara automatik telah diisi dengan informasi. Klik Next.

apa itu leads - form type sample

Di page seterusnya, klik Submit

Kemudian, klik Download Case Study dan lihat jika anda boleh muat turun case study tersebut. Itu sahaja. 

Senang kan?

2. Cipta Kempen Iklan Facebook Lead

Sekarang anda dah ada borang untuk dapatkan maklumat dari pengisi borang. 

Seterusnya, anda perlu pastikan borang anda dapat dilihat oleh orang ramai.

Pergi ke Ads Manager dan cipta kempen untuk lihat macam mana tindak balas audien kepada borang lead anda.

Klik Create untuk cipta kempen Facebook baru. 

apa itu leads - lead gen create

Di skrin Quick Creation, pilih Lead Generation untuk bahagian Campaign Objective

Isikan butiran kempen anda. 

Untuk contoh ini, kami namakan kempen ini “Facebook Lead Form Test” dan namakan set iklan “Facebook Page Likes.” 

Ini kerana kami sasarkan audien ini. 

Untuk nama iklan, kami namakan “Case Study Percuma”.

Bila siap, klik Save Draft.

apa itu leads - lead gen create new ad

3. Cipta Ad Set Untuk Kempen Facebook Lead

Klik tab Ad Sets dan klik Edit.

apa itu leads - lead gen edit

Sekarang anda di dalam set iklan, isikan bajet dan jadual untuk iklan anda.

apa itu leads - lead gen budget

Tentukan target audience dan kecualikan mereka yang pernah berinteraksi dengan borang lead anda

Untuk lakukan ini, cipta dua custom audiences untuk kecualikan:

  1. Mereka yang buka borang iklan anda dalam tempoh 90 hari yang lalu.
  2. Mereka yang sudah muat turun lead magnet atau lengkapkan borang dalam tempoh 90 hari yang lalu.

Untuk kecualikan audiens yang pertama, pergi ke Ad Set dan klik Exclude dalam bahagian Audience. Kemudian klik Create New dan pilih Custom Audience.

apa itu leads - lead gen custom audience

Dalam skrin Create a Custom Audience, klik Lead Form.

apa itu leads - lead gen lead form

Di skrin seterusnya, klik People Who Opened and Submitted Form dari menu. 

Letak 90 hari sebagai tempoh masa.

apa itu leads - lead gen lead for open this form

Kemudian, pilih borang yang siapkan tadi, dan berikan nama untuk audience anda. 

Untuk contoh ini, kami namakan audience “Free Case Study – Opens/Submits (Last 90 Days)”.

Setelah siap, klik Create Audience.

apa itu leads - lead gen lead form create audience

Di skrin seterusnya, klik Done.

Jika anda lihat targeting, anda akan lihat audience ini sudah ditambah secara automatik. 

Tapi anda tidak mahu sasarkan audience ini, anda mahu kecualikan.

Klik down arrow dan klik Exclude This Audience.

apa itu leads - exclude audience

Dengan melakukan pengecualian ini, anda pastikan iklan anda hanya ditunjukkan kepada mereka yang belum berinteraksi dengan iklan anda. Sesiapa yang sudah pernah melihat iklan form anda akan dikecualikan, dan iklan anda akan sentiasa disasarkan kepada orang baru.

4. Cipta iklan (ad) Facebook Lead

Selepas siap set iklan, kita mula bina iklan. Klik tab Ads kemudian klik Edit pada iklan teratas.  

apa itu leads - cipta iklan facebook lead

Skrol ke bawah dan pilih borang yang kita siapkan tadi. 

apa itu leads - choose form lead

Kemudian, kita mula bina iklan. Untuk ubah kreatif, klik Edit Image dan pilih imej berlainan. 

Isikan primary text dan CTA, dan pilih butang CTA.

apa itu leads - CTA form lead

Pastikan Facebook Pixel anda dihidupkan.

Setelah anda siap reka bentuk iklan, klik Publish.

apa itu leads - pixel and publish

5. Muat turun atau Export Leads Anda

Setelah anda mula dapat leads dari iklan anda, pergi ke Forms Library untuk muat turun leads tersebut.

Facebook benarkan anda muat turun leads sehingga 90 hari dari masa borang dilengkapkan pengguna.

Klik butang muat turun di sebelah borang anda.

apa itu leads - connect crm download

Bergantung pada CRM apa anda guna, anda boleh sambungkan ia melalui back end iklan Facebook lead dengan klik butang Connect Your CRM.

Anda akan diminta untuk search CRM anda. 

Kemudian anda boleh sambung dan uruskan leads. 

Jika email marketing platform atau CRM yang anda guna tidak disenaraikan Facebook, anda boleh guna alat seperti Zapier untuk cari integrasi yang berkesan dengan platform anda.

apa itu leads - leads setup

6 Kesilapan Anda Perlu Elak Dalam Iklan Lead Generation Facebook 

Bagi pastikan iklan lead generation Facebook anda berjaya, anda perlu elak kesilapan mudah. 

Ini 6 kesilapan yang telah dikaji dan dikumpulkan oleh Adespresso.

Kesilapan #1: Tidak Gunakan Ciri Instant Form yang Betul untuk Lead Capture

Cipta iklan lead generation hanyalah satu langkah untuk bina customer base bisnes anda. Seterusnya anda perlu pupuk leads sampai mereka beli sesuatu.

Untuk kenal leads dan pupuk mereka, anda perlukan data.

Dengan instant form, anda boleh kumpul banyak maklumat. Emel, nombor telefon, dan pendapat mereka pun boleh.

Tapi kalau anda tak fikir betul-betul data apa anda nak kumpul, anda akan hadapi kesukaran untuk dapat informasi berguna.

Contohnya, lihat iklan Land Rover di bawah.

apa itu leads - land rover

Dalam iklan Land Rover ini, laman kedua borang bertanya bila anda bercadang untuk membeli sebuah Land Rover.

Ini menunjukkan bahawa Land Rover jelas tentang customer journey leads mereka.

Iklan ini membantu mereka membina kempen iklan baru untuk ‘menggerakkan’ leads mereka ke peringkat pembelian.

Bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Dari hanya guna format standard instant forms, sesuaikan instant form dengan produk atau servis yang anda tawarkan.

Kemudian anda boleh gunakan informasi tersebut untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memenuhi keperluan mereka.

apa itu leads - work information

Contohnya, jika iklan lead anda adalah untuk servis konsultansi, anda boleh masukkan jadual temujanji (appointment).

apa itu leads - appointment scheduling

Cara ini boleh mengurangkan kerja manual yang perlu dilakukan oleh pelanggan. Sekaligus mempercepatkan mereka untuk menyiapkan borang.

Bila anda memudahkan pelanggan untuk menyiapkan borang, maka lebih tinggi peratus untuk mereka akan lengkapkan borang.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Kesilapan #2: Tak automatikkan proses Follow-Up selepas Sign Up

Tidak kiralah anda ada 10 leads atau 100, bahaya jika anda masukkan data secara manual ke platform lain.

Kenapa?

Sebab terdapat banyak potensi kesalahan (error) boleh berlaku.

Tidak logik apabila anda dapat data dari Facebook, kemudian anda muat turun, dan seterusnya upload semula ke sistem CRM. Terdapat dua kelemahan disini.

Pertama, cara ini hanya bazirkan masa anda. Anda buat kerja-kerja leceh yang seharusnya diautomasikan.

Kedua, cara ni tidak beri nilai tambah kepada pengalaman pelanggan anda.

Cuba elakkan bazir masa daripada membuat kerja nilai rendah, dan fokus pada kerja bernilai tinggi.

Bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Facebook membenarkan anda selaraskan (synchonize) kempen anda dengan produk CRM seperti Salesforce, Hubspot dan Airtable untuk automasi komunikasi dan proses dengan leads.

Sasaran utama kita adalah untuk buat pelanggan gembira supaya customer journey berjalan lancar.

Untuk permulaan, pilih senarai CRM yang sesuai dengan Facebook.

Contohnya, jika anda pilih Mailchimp, selepas borang diisi, maklumat akan ditambah ke segmented list dan kempen emel akan bermula.

Proses ini berlaku secara automatik. 

Katakanlah anda menjalankan iklan untuk satu produk ‘edisi terhad’. 

Kempen emel anda akan memfokuskan untuk tunjukkan elemen-elemen seperti manfaat produk, testimoni pelanggan, dan kod diskaun. 

Jika anda mencipta iklan untuk produk lain, maka kempen emel untuk produk tersebut akan berbeza dari yang pertama.

Melalui cara ini, anda mempunyai fleksibiliti untuk membina kempen emel yang berbeza dan memupuk leads yang berbeza. 

Pendekatan ini lebih bagus daripada anda perlu mengingat emel yang perlu dihantar ke audiens yang berbeza secara manual. 

Kesilapan #3: Guna Instant Forms untuk Satu Objektif Sahaja

Melalui kempen lead generation, lebih mudah untuk anda kumpulkan senarai emel untuk pelbagai tujuan pemasaran.

Selain itu, iklan lead generation Facebook sebenarnya boleh digunakan dengan tiga cara: 

  1. Email signup; cara yang bagus untuk kembangkan email list dan newsletter.
  2. Borang pertanyaan; digunakan untuk lebih kenal audiens, minat dan keutamaan mereka.
  3. Promosi dan tawaran istimewa; bagus untuk meningkatkan minat orang kepada jenama anda dan boleh membawa kepada pembelian. 

Misi utama kempen lead generation Facebook adalah selalunya untuk dapatkan maklumat hubungan. 

Bahkan terdapat lebih dari satu cara untuk anda memaksimakan kempen lead generation Facebook.

Pastikan anda mempunyai misi yang jelas untuk kempen iklan lead anda. Anda harus mula berfikir tentang objektif kempen yang anda ingin lakukan.

Apakah tujuan anda mahu kembangkan senarai emel?

Adakah anda mahu berkomunikasi secara terus dengan leads, atau anda mahu tawarkan akses ke produk atau servis? 

Katakanlah anda mahu promosikan webinar yang akan memperkenalkan produk dan servis baru. 

Gunakan email signup dalam instant form supaya anda boleh ingatkan leads untuk beli sesuatu selepas webinar. 

Dibawah ini merupakan salah satu contoh iklan yang berkesan daripada Quip.

apa itu leads - quip ads

Iklan ini bertujuan untuk menunjukkan semua manfaat app Quip tersebut. 

Katakanlah, sebagai contoh, CTA “Learn More” itu membawa audiens ke instant form dimana mereka boleh mendaftar untuk webinar yang anda akan jalankan.

Apabila leads sudah memberikan maklumat untuk dihubungi, mereka akan terima emel. Contoh emel yang mereka akan terima adalah seperti dibawah.

Emel ini mengingatkan mereka tentang webinar tersebut dan tawaran live demo Quip. 

apa itu leads - quip email

Dengan cara ini, anda bukan sahaja mendapat alamat emel audiens. Anda juga berjaya mengingatkan leads tentang manfaat tawaran anda. 

Anda berjaya memberi sesuatu secara percuma. 

Anda juga berjaya mencipta pilihan kepada audiens untuk membuat pembelian tambahan (upsell).

Kesilapan #4: Tidak Pertimbangkan Pengalaman Pengguna di Peranti Berbeza

Beberapa ciri Instant Forms hanya boleh digunakan di beberapa peranti (devices).

Anda boleh rujuk jadual dibawah untuk lihat perbezaan fungsi Instant Form antara peranti.

apa itu leads - instant form comparison

Jika anda tidak mengambilkira akan pengalaman pengguna ketika melihat iklan dan form anda, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa keberkesanan kempan anda akan berkurangan secara mendadak.

Sebelum bina iklan untuk kempen lead generation, anda perlu fikir siapa yang anda sasarkan dan peranti apa yang mereka gunakan.

Sebagai contoh, jika audiens anda terdiri daripada golongan millennial, yang rata-rata lebih menggunakan smartphone, kempen lead generation anda seharusnya berfokus kepada pelantar (platform) mobile seperti Android dan iOS.

apa itu leads - statista

Kesilapan #5: Tidak Sertakan Bahagian Intro 

Anda perlu tahu bahawa semua jenis iklan lead generation Facebook memberi anda pilihan untuk meletakkan bahagian intro. 

Apa yang bagus tentang intro adalah bahagian ini memberi anda peluang untuk menunjukkan informasi ringkas tentang iklan anda. 

Dari intro, mereka boleh menjangkakan apa yang anda akan tunjukkan, dan janka apa yang mereka boleh peroleh.

Intro juga boleh membuatkan leads anda teruja dan bersedia untuk terus membaca. 

apa itu leads - form intro

 Dibawah merupakan senarai contoh apa yang anda boleh lakukan dibahagian intro: 

  1. Tambah catchy headlines dan hook yang membuatkan pelanggan tertanya-tanya. 
  2. Tambah imej yang berbeza dari iklan. Ini boleh menarik perhatian pengguna. 
  3. Tambah perenggan pendek dan bullet points untuk beri informasi ringkas kepada pengguna. 

Jika anda tidak sertakan semua ini, ibarat anda melepaskan peluang untuk menambahbaik pengalaman pengguna. 

Terdapat kemungkinan pengguna akan terus berlalu tanpa isi borang apabila sudah klik iklan anda. Walaupun anda sudah optimasi sehabis baik iklan anda untuk menarik perhatian mereka.

Sebagai contoh, jika anda mengiklankan tawaran untuk melanggan newsletter, senaraikan konten apa anda akan beri kepada pelanggan apabila mereka melanggan newsletter anda.

apa itu leads - form content
Contoh informasi yang anda boleh berikan apabila audiens melihat bahagian intro form anda

Jika anda menggunakan iklan untuk mempromosikan produk baru, anda boleh gunakan bahagian intro untuk menunjukkan manfaat produk, atau fokus masalah (pain points) mereka disini.

Testimoni pelanggan juga boleh diletakkan dibahagian intro untuk meningkatkan keyakinan mereka.

Kesilapan #6: Tidak fikir CTA Sesuai untuk Instant Form 

Anda boleh pilih 8 CTA untuk iklan lead anda: 

  1. Apply Now 
  2. Book Now
  3. Download
  4. Get Offer
  5. Get Quote
  6. Learn More
  7. Sign Up
  8. Subscribe 

Berdasarkan kajian Adespresso yang mengkaji lebih dari 700,000 iklan Facebook, mereka mendapati lima jenis CTA terbaik tahun 2018 adalah:

  • Learn More
  • None (Tiada CTA)
  • Shop Now
  • Sign Up
  • Book Travel
apa itu leads - cta comparison

CTA jenis ini berkesan untuk memastikan pengguna membuat sesuatu dari iklan seperti yang anda sasarkan.

Apa yang bagus tentang CTA Instant Form adalah anda boleh ubah CTA ini. Pilihan anda tidak terhad dengan CTA pada iklan. 

Untuk mencipta CTA yang unik, pergi ke bahagian Thank You screen Instant Form dan kemaskini “Button Text”.

Cara terbaik untuk cipta CTA adalah pastikan tawaran anda kepada leads adalah jelas, dan mempunyai elemen ‘masa’ dan ‘terhad’. 

Contoh, anda boleh tulis CTA “Dapatkan Sekarang Sebelum Habis!”,

Elemen ‘masa’ adalah perkataan ‘sekarang’, dan elemen ‘terhad’ adalah ‘sebelum habis’.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda hanya guna CTA “Click Here”.

Contoh dibawah:

apa itu leads - form content cta

CTA diatas adalah “I can’t wait, sign me up!”. CTA seperti ini adalah jelas dan spesifik. 

Untuk Instant Form anda, anda perlu uji CTA dengan gunakan CTA yang berbeza dan gunakan CTA yang click-through rate (CTR) paling tinggi.

Konklusi

Kita semak semula enam kesilapan yang anda boleh lakukan semasa bina iklan lead generation Facebook.

  • Kesilapan #1: Tidak gunakan ciri Instant Form yang betul untuk Lead Capture
  • Kesilapan #2: Tidak gunakan automasi untuk proses Follow-Up selepas Sign Up
  • Kesilapan #3: Guna Instant Forms untuk satu objektif sahaja. 
  • Kesilapan #4: Tidak pertimbangkan pengalaman pengguna di peranti berbeza
  • Kesilapan #5: Tidak sertakan bahagian Intro 
  • Kesilapan #6: Tidak fikirkan CTA yang sesuai untuk Instant Form 

Gunakan senarai diatas sebagai checklist bila anda cipta iklan lead generation Facebook. 

Kami berharap anda sudah mendapat ilmu bagaimana untuk melakukan kempen lead generation yang berkesan. Kempen lead generation yang berkesan akan bawa kesan besar kepada bisnes anda. 

Sebagai contoh, Monocal sudah menggunakan teknik lead generation yang berkesan dan berjaya meningkatkan jumlah ejen lebih dari 7000 untuk sebuah syarikat.

Kalau anda berminat untuk Monocal lakukan lead generation, anda boleh hubungi kami dengan lebih lanjut.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Leave a comment