Monocal Bantu Merekrut 6,000 Ejen Ke 13,000 Ejen Dalam Masa 3 Bulan

Anda nak tahu bagaimana syarikat S (nama klien dirahsiakan) berjaya kembangkan jumlah ejen mereka dari 6,000 ejen kepada 13,000 ejen dalam masa 3 bulan?

Dalam kajian kes ini kami akan terangkan apa yang Monocal dan syarikat S buat secara terperinci untuk merekrut ejen.

Kajian kes ini meliputi uji kaji strategi pertama kami, halangan dan cabaran yang kami hadapi selama beberapa minggu, hinggalah kami berjaya susun strategi yang berkesan, khas untuk syarikat S. 

Latar Belakang Syarikat S

Produk utama Syarikat S adalah menjual produk penjagaan diri di rumah, khususnya untuk wanita yang mahukan pengalaman sauna dalam keselesaan rumah sendiri. 

Syarikat S adalah klien Monocal pertama yang menjual produk spa di rumah. Mereka berjaya meraih seramai lebih kurang 7,000 ejen dalam 3 bulan dengan bantuan pemasaran daripada Monocal. 

Misi syarikat ini adalah memupuk kesihatan fizikal dan mental yang hebat untuk ibu-ibu serata Malaysia khususnya suri rumah. Dalam waktu yang sama ibu-ibu yang menggunakan produk Syarikat S dapat menjana pendapatan tambahan.

Mereka telah beroperasi selama lebih kurang 8 tahun sejak tahun 2013. Pengasasnya, Puan H, merupakan seorang wanita yang hebat berasal dari seorang suri rumah yang bercita-cita tinggi, hingga mampu mengembangkan Syarikat S ke tahap kini.

Isu Tahun 2020 Syarikat S
Syarikat S mengalami isu yang agak merisaukan dalam operasi. Banyak produk tidak dapat dijual kerana kekurangan ejen di seluruh Malaysia. 

Di kala kelembapan ekonomi Malaysia disebabkan COVID-19, suri rumah adalah antara golongan yang paling terjejas, lebih-lebih lagi ibu tunggal. 

Puan H memutuskan untuk bekerjasama dengan Monocal untuk merangka strategi pemasaran yang lebih berkesan.

Kemasukan Monocal mengubah segalanya bagi syarikat S.

Kerjasama Pertama Syarikat S dan Monocal

Perkara pertama yang Monocal utamakan apabila bekerjasama dengan klien baru adalah menyelidik & menyiasat (research & investigate).

Kami lakukan penyelidikan niche bisnes syarikat S, meliputi pesaing-pesaing mereka, kepuasan pelanggan mereka dengan produk syarikat S, dan soal selidik kepada ejen-ejen syarikat S.

Kami mengambil langkah untuk memahami klien kami sepenuhnya. Proses ini melibatkan kajian di belakang tabir, para ejen yang menyampaikan produk, dan juga pelanggan yang membeli dan menggunakan produk klien kami.

Kami juga melakukan perkara yang sama terhadap pesaing-pesaing klien kami.

Bak pepatah terkenal,

“Keep your friends close; keep your enemies closer,”

SUN TZU

Dibawah adalah dapatan kami terhadap keadaan Syarikat S.

Halangan – Halangan di Syarikat S

Tenaga Kerja Yang Terhad

Syarikat S menggunakan dua orang tenaga kerja spesifik untuk menguruskan pertanyaan dari prospek-prospek ejen Syarikat S. Akibat dari situasi ini, Syarikat S tidak mampu menampung pertanyaan yang banyak dari ribuan wanita Malaysia yang berminat untuk jana pendapatan sampingan.

Dengan tenaga kerja seramai dua orang pekerja, tidak mungkin Syarikat S dapat membalas chat lebih daripada 15 orang dalam satu-satu masa. Semakin ramai prospek bertanya, semakin rendah kualiti penjelasan dari staf-staf mengenai proses pengambilan ejen. 

Mengambil lebih banyak pekerja untuk tugasan ini akan meningkatkan kos operasi Syarikat S dengan banyak.

Apakah solusi yang lebih efektif yang boleh dilakukan Monocal?

Chatbot Dari Monocal

Monocal kenalkan penggunaan chatbot pada syarikat S
Chatbot menguntungkan bisnes

Berikut merupakan kajian kes tentang chatbot secara terperinci yang kami tulis beberapa minggu lepas.

Penyelesaian dari Monocal untuk membantu kekangan masa dan tenaga staf syarikat S adalah dengan pengenalan chatbot.

Chatbot yang kami perkenalkan untuk syarikat S adalah khusus untuk membantu penjelasan lebih lanjut tentang informasi berkaitan syarikat S untuk prospek ejen, dan proses pengambilan ejen untuk syarikat S.

Chatbot kami menggunakan automasi, lebih mesra pengguna dan memudahkan interaksi antara prospek dan syarikat S. Chatbot ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti:

  • Menjawab soalan prospek tentang syarikat S
  • Menjawab soalan prospek tentang manfaat menjadi ejen
  • Menjawab soalan prospek tentang cara menjadi ejen
  • Memastikan hanya prospek yang berkualiti akan meninggalkan nombor telefon mereka untuk staf syarikat S hubungi semula.

Dengan chatbot, kini dua orang staf syarikat S hanya akan berinteraksi dengan prospek berkualiti yang meninggalkan nombor telefon mereka di chatbot sahaja. Tiada lagi masa dan tenaga terbazir selepas itu.

Penulisan Copywriting Berulang

Semua manusia ada had tertentu.

Marketer Monocal juga menghadapi masalah dalam memilih sudut ayat iklan (copywriting angle) yang sesuai dengan hati prospek syarikat S. 

Berkali-kali marketer Monocal menggunakan sudut yang sama iaitu “suri rumah yang ingin bantu keluarga”. Sudah terlalu banyak variasi copywriting yang sama kami uji berulang kali (test, test, and test) untuk dapatkan “winning copy“. Anda boleh baca lebih lanjut tentang winning ads di sini.

Namun, sebagai prospek, anda pasti bosan kalau tengok perkara yang sama berulang-ulang kali. Tetapi, di dala masalah ini, tidak banyak yang boleh kami lakukan kerana itu sahaja sudut yang selari dengan kriteria ejen yang Puan H perlukan untuk syarikat dan produknya. 

Bukan itu saja, di dalam menghadapi masalah “angle copywriting berulang, marketer kami juga buntu dari segi targeting.

Targeting Kurang Efektif

Seperti yang ramai sudah tahu, untuk mencipta Facebook Ads yang mantap, kita perlukan interest targeting yang berkesan. Pada mulanya marketer Monocal meletakkan interest “mereka yang berminat dengan perniagaan, dropship, bisnes dan sewaktu dengannya”.

Kami hendak mencari orang yang ingin menjadi ejen syarikat S. Sudah pasti kami perlu sasarkan orang yang berminat dalam bidang dropship, bisnes dan perniagaan.

Akan tetapi, dapatan yang kami peroleh adalah sebaliknya.

Interest bisnes, dropship dan sewaktu TIDAK membawa prospek yang berkualiti ke chatbot syarikat S.

Jadi, apa yang kami lakukan?

Kami uji, uji dan uji berulang-ulang kali.

Setelah berhempas pulas pagi dan petang, siang dan malam, kami dapati sesuatu yang menarik.

Interest yang sesuai untuk kempen syarikat S adalah perkara yang sinonim dengan rakyat dan ibu berkeluarga. Hasil dari ujikaji, kami dapati interest target TV3, kuih, masakan, lebih banyak menarik prospek ke chatbot syarikat S.

Pada pendapat kami, perkara ini berlaku mungkin kerana mereka yang mempunya interest pada bisnes, dropship atau perniagaan sudahpun ada satu atau lebih perniagaan yang mereka jalankan.

Selepas itu, bila kami tukar interest kepada TV3, kuih atau masakan, iklan tersebut sampai ke prospek yang merupakan suri rumah masih baru dalam perniagaan dan yang inginkan pendapatan sampingan.

Itulah teori kami di Monocal.

Dengan mengharungi dua cabaran ini, kami dapat menarik lebih ramai prospek ke chatbot. Tapi, masih ada cabaran yang kami lalui sebelum kami capai kejayaan.

Kadar Opt-In Rendah

Setelah mengharungi cabaran sudut ayat iklan (copywriting angle) yang berulang-ulang dan juga targeting yang kurang tepat, kami menghadapi satu lagi cabaran iaitu kadar opt-in yang rendah.

Chatbot yang kami bina bertujuan untuk membantu syarikat S menguruskan lebih banyak prospek dalam satu masa. Akan tetapi, walaupun dengan chatbot yang hebat, kadar opt-in prospek masih lagi rendah. Ini bermaksud tak ramai prospek yang hendak tinggalkan nombor telefon mereka untuk dihubungi.

Ada beberapa sebab yang menyebabkan kadar opt-in yang rendah;

  • Prospek masih tak faham secara lanjut apa yang syarikat S hendak dengan mereka.
  • Prospek masih ragu-ragu dengan kejayaan buat bisnes online.
  • Prospek tak percaya untuk tinggalkan nombor di chatbot.

Secara umumnya, ramai prospek yang masih kurang yakin dengan apa yang mereka hendak sertai.

Jadi, bagaimana Monocal selesaikan masalah ini?

Disebabkan ramai prospek yang tidak yakin, kami bantu untuk yakinkan mereka menggunnakan data dari syarikat S sendiri. Didalam chatbot yang sama, kami sertakan informasi tentang ejen yang dah berjaya dengan syarikat S.

Testimoni yang terkini dan terperinci dari syarikat S dan ejen mereka sendiri sedikit sebanyak dapat meyakinkan prospek untuk teruskan niat mereka untuk menjadi ejen dengan syarikat S.

Bermula dengan kadar opt-in sebanyak 30%, Monocal berjaya meningkatkan kadar tersebut menjadi 40% selepas kami sertakan kisah-kisah kejayaan ejen syarikat S yang lalu.

Pelbagai perkara yang Monocal bincangkan dengan Puan H untuk kembangkan lagi bisnes syarikat S. Terdapat banyak lagi perkara yang Monocal bantu Syarikat S uruskan terutamanya dalam sudut pemasaran.

Perkara yang membantu syarikat S capai sehingga 13,000 ejen dalam masa 3 bulan adalah strategi kami yang berikutnya.

Senjata Utama Monocal

Penggunaan Funnel Pendidikan

Strategi utama Monocal untuk mendapatkan seramai lebih kurang 7,000 ejen dalam masa tiga bulan bukan dicapai dalam satu hari. Monocal susun strategi menggunakan perkara asas yang boleh kita belajar dalam bidang pemasaran. Perkara asas itu adalah prospek perlu dididik dengan informasi yang betul pada masa yang tepat. 

Monocal bermula dengan menggunakan Education Campaign.

Apakah perincian education campaign dari Monocal ni?

Education campaign dari Monocal ini adalah sebuah siri ad set yang bertujuan untuk mendidik prospek tentang syarikat S, ejen yang mereka cari dan apa yang ejen akan dapat. Kami gunakan strategi 5 levels of awareness.

Mereka yang tertarik dengan iklan dari peringkat pertama ini akan dimasukkan sebagai Custom Audience, dimana mereka akan ditunjukkan dengan siri iklan yang sudah Monocal susun mengikut peringkat.

5 Levels Of Awareness

5 Levels of Awareness (5 Peringkat Kesedaran)

  1. Unaware
  2. Problem Aware
  3. Solution Aware
  4. Product Aware
  5. Most Aware
Unaware

Untuk permulaan kempen pencarian ejen untuk syarikat S, Monocal akan sediakan bahan untuk mereka yang masih belum ada kesedaran (unaware). Secara umumnya, memang semua orang nak duit.

Siapa yang tak hendak duit?

Oleh itu, Monocal bermula dengan mengajar prospek tentang kebaikkan untuk ada pendapatan lebih, terutama semasa pandemik atau krisis. Dengan ini, orang yang mungkin pernah terdetik dalam hati mereka nak cari duit lebih tapi tidak pernah cari maklumat lanjut, akan tertarik dengan iklan syarikat S.

Copywriting dan creative untuk ad set peringkat ini, kami sesuaikan untuk mereka yang masih belum ada kesedaran untuk menjadi ejen.

Problem Aware

Setelah beberapa hari mereka dah lalui peringkat unaware, mereka sudah nampak iklan unaware muncul beberapa kali di feed Facebook mereka. Mungkin mereka sudah mula bosan dengan iklan yang sama.

Ketika ini, prospek akan nampak pula iklan dari peringkat problem aware.

Peringkat problem aware ini memfokuskan copywriting dan creatives berbentuk ‘fokus pada masalah yang mereka mungkin alami’.

  • Nak bercuti tetapi duit gaji suami hanya cukup untuk sara keluarga.
  • Nak jalan-jalan selepas sekatan daerah diangkat.
  • Perlukan sokongan kewangan dari cara lain.

Peringkat ini kami sesuaikan untuk orang yang dah memang ada niat untuk jadi ejen tetapi ada masalah (mungkin tak tahu dimana boleh jadi ejen, apa caranya) yang akan mendorong mereka untuk jadi ejen.

Solution Aware

Custom Audience yang daripada unaware menjadi problem aware kemudiannya akan menjadi solution aware. Lepas dah sedar ada masalah, baru mereka akan cari penyelesaian. Di sini Monocal ada set iklan lain, juga dengan copywriting dan creative yang berbeza dari dua peringkat sebelumnya.

Iklan peringkat ini akan lebih fokus pada penyelesaian yang mereka perlukan. Untuk cari pendapatan sampingan, mereka mesti hendakkan sesuatu yang mudah dan kurang risiko. Oleh itu, sangat sesuai dengan menjadi ejen yang tak perlukan modal.

Mereka akan lebih tertarik untuk tahu lebih lanjut kerana mereka dah diperkenalkan secara berperingkat dengan konsep menjadi ejen dengan syarikat S.

Di peringkat ini juga kami tidak ketengahkan syarikat S sebagai penyelesaian. Walaupun masih ada tapi bukan jadi tumpuan utama kami. Iklan kami lebih berfokus pada pilihan yang ada di tangan prospek.

Product Aware

Dalam peringkat product aware ini, acap kali prospek akan lebih sedar dengan produk.

Tetapi didalam kes ini, prospek akan lebih sedar dengan jenama Syarikat S kerana Syarikat S menyediakan peluang menjadi ejen dan bukannya produk.

Pada peringkat inilah, kami akan ketengahkan syarikat S sebagai penyelesaian paling mantap untuk prospek yang pertama kali mahu menjadi ejen.

  • Untuk mereka yang nak tambah pendapatan mereka dengan risiko rendah.
  • Untuk mereka yang nak isi masa lapang dengan buat perkara berfaedah dengan menjadi ejen.

Ayat iklan yang kami sediakan berfokus pada kebaikkan menjadi ejen dengan syarikat S.

Ini kerana pada peringkat product aware, Monocal hendak prospek tahu yang syarikat S adalah pilihan terbaik mereka.

Most Aware

Prospek telah melihat dan berinteraksi dengan iklan yang menggunakan Custom Audience yang melalui peringkat unaware hingga product aware. Akan tetapi, terdapat prospek yang masih belum yakin untuk memilih syarikat S sebagai sumber pendapatan sampingan.

Monocal akan beri sedikit dorongan dengan set iklan peringkat most aware.

Pada peringkat most aware, kami akan fokuskan jenis iklan yang menunjukkan kejayaan ejen-ejen yang lepas.

Ini untuk meyakinkan prospek baru dengan ketelusan syarikat S dalam menjaga ejen mereka. Iklan peringkat most aware ini akan memastikan prospek nampak kehebatan dan keseronokkan untuk menjadi ejen syarikat S.

Ramai prospek akan terus masuk kedalam chatbot dan meninggalkan nombor telefon mereka untuk dihubungi staf syarikat S pada peringkat solution aware dan product aware.

Melalui siri iklan inilah, Monocal dapat membantu syarikat S berkembang dalam masa yang singkat. Dengan penggunaan Custom Audience yang melalui semua jenis iklan secara berperingkat selama lebih kurang dua ke tiga bulan, disertai copywriting angle dan creative yang berbeza, ramai prospek yang tertarik untuk menjadi ejen dengan syarikat S.

Bukan itu saja, Monocal juga memastikan setiap iklan yang kami buat ada CTA (Call to Action) yang betul dan bersesuaian. Langkah ini untuk memastikan setiap orang yang nampak iklan tersebut tahu apa yang berlu dibuat sejurus selepas membaca iklan tersebut.

Hasil Kempen Education Monocal dan Syarikat S
Jumlah ejen yang mendaftar dengan Syarikat S naik dengan konsisten dan pantas.

Kejayaan Monocal Untuk Syarikat S

Kami berterima kasih atas usaha keras digital marketer Monocal yang tak jenuh uji, uji dan uji untuk memberi yang terbaik pada klien kami.

Inilah kejayaan yang dapat kami tunjukkan.

Apabila baca kajian kes ini dari awal, nampak memang tak masuk dek akal bagaimana Syarikat S boleh tingkatkan jumlah ejen sehingga 13,000 orang dalam masa 3 bulan.

Bila kami tulis dan dedahkan rahsia, dan juga perincikan cara kami bekerja, bersama pengalaman perit getir serta cabaran yang kami atasi, hasil yang Monocal dapat ini sebenarnya masuk dek akal.

Hasil kerjasama antara syarikat S, Puan H yang tidak putus asa memberi kami informasi penting tentang bisnes beliau, juga marketer di Monocal yang sentiasa mencari idea baru untuk menambahbaik kerja kami, ini yang dapat kami capai untuk Syarikat S.

Anda nak kembangkan bisnes anda seperti mana di atas?

Jom kita usahakan bersama.

Jom dapatkan segera servis digital marketing dari Monocal hari ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

    Monocal – Digital Marketing Agency
    14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
    40170 Shah Alam,
    Selangor