Perlu Buat Apa Kalau Design Ditiru?

Kisah design produk ditiru ni bukan baru saja di Malaysia, dah lama dan makin menjadi-jadi. Apa perlu kita buat untuk elakkan benda ni terjadi pada kita?

Published on:

Bila dapat tahu design kita ditiru, lagi-lagi daripada brand besar, yang utama sekali mesti kita rasa marah atau mungkin sedih. Kenapa brand ni ambil design aku? Kenapa tak kerjasama dengan aku? Dari mana dia nampak sampaikan boleh sama bulat-bulat? Banyak persoalan yang menimbulkan kemarahan kita.

Seterusnya mesti kita keliru. Nak buat apa dengan kemarahan tu? Takkan nak terus marah-marah founder besar yang ambil design kita? Ada guna ke marah founder besar tu sekarang? Banyak yang terlintas difikiran kita. Jadi, apa sebenarnya yang kita patut buat bila design kita ditiru?

Kisah design produk ditiru ni bukan baru saja di Malaysia, dah lama dan makin menjadi-jadi. Apa perlu kita buat untuk elakkan benda ni terjadi pada kita?

Post kali ini adalah berkaitan macam mana nak elakkan design kita dari ditiru dan apa nak buat bila design ditiru. Isu design ditiru ni ada dua jenis, satu yang melibatkan trademark dan satu lagi hanya melibatkan copyright. Ini perbezaannya.

1 – Pastikan Anda Memang Dah Rekod Idea Anda

Mungkin kita rasa yang kita pernah terfikir idea sesuatu tapi tak laksanakan design tersebut, hanya tinggal idea. Idea tak boleh ditiru, jadi kita perlukan bukti yang kita dah ada produk atau design dengan idea original, dan ada orang ambil design produk kita.

Print design produk kita dan pastikan juga kita ada bukti bertarikh yang design produk kita dah keluar dulu daripada keluaran brand yang meniru tersebut. Pastikan anda juga ada bukti produk yang brand lain ciplak dari design anda. Boleh print dan buat back up siap-siap.

2 – Dapatkan Nasihat Peguam

Dengan servis pejabat guaman, ada beberapa cara kita boleh selesaikan isu ni, dan peguam sendiri akan maklumkan cara-caranya. Tapi pertama sekali yang perlu kita buat adalah hantar surat amaran hentian penghasilan produk dengan design tiru kepada agensi yang meniru kita.

Surat amaran tersebut mungkin melibatkan kos, boleh minta orang yang meniru untuk bayar kos surat tersebut. Semua ni kita buat dengan tunjuk ajar peguam yang betul.

3 – Buat Laporan KPDN HEP

Kalau laporan melibatkan trademark, kita perlu bawa sekali sijil trademark, baru laporan tu dilayan. Kalau laporan hanya melibatkan copyright, kita perlu sertakan design apa yang ditiru, dan buat perbandingan dengan design asal.

Perlu juga kita sertakan surat akuan sumpah yang menyatakan karya asal itu milik kita dan perlu juga kita letak alamat premis yang meniru dengan tepat dan jelas. Dengan laporan KPDN HEP ni kita akan serbu tempat yang meniru untuk rampasan, jadi kita sebagai pemilik karya asal perlu hadir sekali (atau boleh hantar wakil).

Semua produk tiruan boleh didenda sebanyak RM2,000 setiap satu tapi wang denda akan diserahkan kepada kerajaan, bukan pemilik karya asal.

4 – Buat Tuntutan Mahkamah

Bila design kita ditiru mesti ada kerugian kan? Bayar surat amaran, bayar servis peguam lagi. Jadi, kita ada hak untuk buat tuntutan ganti rugi di mahkamah atas kerugian yang kita hadapi. Untuk buat tuntutan ni juga peguam yang kita dah upah akan bantu, jadi jangan risau.

Yang paling penting ada servis guaman.


Jadi, bila ada brand yang tiru kita, dah tau kan nak buat apa sekarang? Pastikan design kita original dan tak mudah ditiru dengan buat trademark dan copyright yang berpatutan. Macam mana nak jadi hebat tanpa tiru? Banyak cara, salah satunya macam apa yang brand Michelin buat bertahun dulu.

Leave a comment