Tarik Pelanggan Kedai Fizikal Dengan FB Ads

Ini adalah case study bagaimana Monocal dapat bantu klien kami tarik pelanggan ke sebuah butik spesifik melalui Facebook Ads.

Published on:

Ini adalah sebuah case study klien Monocal.

Yes…Crowded, banyak singgah butik,

TUAN BUTIK

1 – Latar Belakang

Klien kami kali ni bila sebut nama mesti ramai wanita Muslimah kenal. Sebab klien kami terkenal dengan hijab yang selesa dan bergaya untuk wanita Muslimah moden. Walaupun klien kami terkenal dengan tudung, klien kami juga ada jual pakaian Muslimah, khususnya untuk wanita bekerjaya yang nak tampil sopan dan cantik.

Meskipun klien kami ada butik seluruh Malaysia, pelanggan lebih suka membeli secara online.

Produk mereka dijual pada harga berpatutan bermula daripada RM30. Antara produk paling laku adalah tudung sarung. Jadi, wanita memang tiada masalah untuk cari produk klien kami; butik ada, dropship ada, online shopping pun ada.

Ini adalah case study bagaimana Monocal dapat bantu klien kami tarik pelanggan ke sebuah butik spesifik melalui Facebook Ads.

2 – Masalah

Disebabkan ekonomi Malaysia yang terumbang-ambing sepanjang pandemik ni, banyak kedai terkesan kerana kekurangan pelanggan dan akhirnya tutup kedai. Butik juga tak terkecuali, butik serata Malaysia menghadapi kesukaran mendapatkan pelanggan, lagi-lagi dengan PKP dan varian virus yang bermacam jenis. Tak ramai yang nak keluar dan datang ke butik bila ada pilihan untuk beli barang secara online.

Walaupun butik dalam case study ni merupakan cawangan bisnes besar, kerugian yang melampau akan menyumbang kepada penutupan kedai. Jadi, klien kami nak pelanggan datang ke kedai sebaik saja ekonomi dibuka dan boleh beli belah macam biasa.

Tapi, macam mana nak tarik pelanggan ke butik dalam zaman semua di hujung jari?

3 – Penyelesaian

Puas digital marketer Monocal fikir macam mana nak galakkan orang ramai ke butik klien kami sebaik saja kerajaan dah beri laluan untuk buka kedai. Bukan mudah nak ajak orang ke butik dalam keadaaan persekitaran berbahaya macam sekarang.

Banyak eksperimen yang digital marketer Monocal buat untuk tarik pelanggan ke butik, dan akhirnya kami jumpa satu teknik yang berkesan untuk tarik pelanggan ke butik. Rahsianya adalah dengan jalankan campaign video view.

i – Guna Video Bersesuaian

Melalui video view campaign yang telah dijalankan, iklan butik yang menunjukkan video butik tersebut serta keadaan sekeliling dan dalam butik dapat meyakinkan orang untuk datang ke butik. Video tersebut adalah berkaitan bahagian dalam butik, apa yang dijual, model tudung yang ada dan lokasi butik.

ii – Target Yang Betul

Dengan jalankan video view saja tak cukup. Digital marketer Monocal perlu lebih dari itu untuk pastikan iklan tersebut sampai kepada orang yang sepatutnya. Campaign video view yang Monocal buat telah dikhususkan kepada tempat sekitar butik. Itulah antara kebaikan Facebook Ads, kita boleh pastikan orang yang berkenaan akan tengok iklan tersebut dengan targeting lokasi geografi.

4 – Hasil

Hasilnya, melalui video view campaign yang Monocal jalankan untuk klien kami, video tersebut berjaya capai total view hingga 51K. Reach video juga mencecah 21K, di kawasan spesifik yang kami target; sekeliling daerah butik tersebut.

Hasil video views.

Dan berdasarkan survey yang pemilik butik buat pada customer, 30% dari yang singgah ke kedai mereka adalah pelanggan yang dari hasil iklan di Facebook dan Instagram, 50% pelanggan merupakan pelanggan tetap butik dan 20% lagi pelanggan yang pertama kali lalu dan singgah.

Kata-kata tuan butik.
Kata-kata puan founder.

Maksudnya, kalau ada 100 orang yang ke butik tersebut hari ini, 30 daripadanya datang hasil iklan video views!

Digital marketer monocal

Dengan video dan targeting yang betul, butik tersebut dapat raih perhatian dan tarik pelanggan ke butik walaupun dalam keadaan tak ramai orang nak keluar membeli belah. Dalam gambar dibawah ni, kita boleh tengok orang yang tengok video sampai habis ada sebanyak 25% ataupun lebih kurang 10K.

Nak Monocal tarik pelanggan anda ke kedai?

Jangan lupa subscribe ke newsletter Monocal untuk update yang lebih menarik!

Leave a comment