Pengenalan SEO

Pengenalan SEO: 3 Sebab Anda Perlukan SEO

Alang-alang dah buat content, why not buat content betul-betul. Betul-betul? 🤔 Buat content dengan Search Engine Optimization (SEO) baru betul!

Published on:

Alang-alang dah buat content, why not buat content betul-betul?

Betul-betul? 🤔

Buat content dengan Search Engine Optimization baru betul!

Ramai yang tertanya, apa pentingnya SEO? Kenapa kita perlu cuba SEO? Kenapa perlu fokus SEO? Untuk content saja ke perlu buat SEO?

Tapi, soal yang lebih penting, takkan dah buat content tapi taknak pentingkan SEO sekali? 🤯

SEO adalah Search Engine Optimization, jadi, bila kita ada content, kita nak content tu dah optimized supaya ada ranking di search engine ( seperti yang kita selalu guna sekarang, Google).

Jadi, sebab kita perlu fokus SEO ni adalah:

  • 1 – Buat SEO adalah PERCUMA. Ya, tak perlu bayar pun. Hanya perlu spend masa dan research saja untuk buat content bersesuaian dengan SEO.
  • 2 – Content yang dah optimize untuk search engine akan bawa consistent visitor ke website kita, berbanding macam social media dimana akan ada fluctuation orang yang akan ke website kita.
  • 3 – Lebih besar peluang untuk kita capai bigger audience, dan bukan dari dalam negara saja, dari luar negara pun boleh sebab search engine yang worldwide.

Tapi, macam mana Google berfungsi untuk buat SEO ni? 🤔

Google ada sejenis spider online yang dipanggil “site crawlers” dan akan bantu dua aspek optimization.

  • 1 – Crawling & Indexation: Spider ni akan merayau ke webpage kita dan ambil tahu semua info dari webpage kita. Bila spider tu dah tengok habis keyword dan content kita, dia akan kembali ke Google untuk proses indexation. Dengan info yang site crawlers dah dapat, Google akan buat record mereka sendiri.

Indexation adalah proses dimana Google akan buat macam library dengan kesemua info yang dia dapat dari webpage lain untuk disimpan di Google.

  • 2 – Ranking Algorithm: Bila webpage kita dah masuk dalam indexation Google tu, Google akan check content kita ada tiga benda ni atau tak;

i – Backlinks: dimana ada orang lain yang refer webpage kita atau tak? Banyak atau sikit? Makin banyak orang refer webpage kita dan mention webpage kita di webpage mereka, makin tinggi ranking webpage kita. Website yang banyak backlinks akan jadikan website tu lebih dipercayai, sebab orang banyak refer website tersebut.

ii – Search intent: dimana content kita perlu sepadan dengan niat orang yang search keyword di search engine dan keyword yang ada di webpage kita. Mungkin orang akan search keyword yang general macam “jenis bank” dan content kita pun tentang jenis-jenis bank, maka, content website kita sepadan dengan search intent. Dan akan naik ranking setiap kali ada traffic pada website kita.

iii – Content depths: dimana content kita perlu terperinci dan dapat bantu searchers selesaikan masalah secara in depths. Bila content ada depths, baru rank makin tinggi. Dan content depths ni tak bermaksud perlu panjang, yang penting perlu terperinci dan senang faham.


Untuk post kali ni, sampai sini saja perkongsian tentang SEO. Mungkin post akan datang akan cerita lebih lanjut, jadi jangan terlepas tau! Jom subscribe di stg.monocal.io/subscribe

Kalau nak Monocal buatkan optimization pula, jom isi detail di sini dan kami akan hubungi anda sepantas kilat ⚡⚡⚡

Anda Mahu Kempen Marketing Dengan Copywriting Yang Berkesan?

Monocal mahir menghasilkan copywriting untuk pelbagai jenama terkemuka di Malaysia.

Leave a comment

Explore
Drag