Marketing Checklist

Checklist Marketing Bisnes SME: 8 Perkara Penting

Dah lebih setahun kita bergilir PKP, PKPD, PKPP, dan sekarang masih ramai yang tunggu appointment first dose vaksin. Nak capai herd immunity? Tak tahulah sempat dalam tahun 2021 atau tak.

Jadi, dah setahun ni memang ramai yang mula adapt dengan norma baru ni. Ramai yang mula buat bisnes. Mungkin mula sebab nak kembangkan bakat terpendam, mungkin sebab kesempitan wang. Tapi apa pun sebab mula bisnes tu tak penting. Yang penting adalah macam mana nak kembangkan bisnes.

Post kali adalah pasal checklist marketing yang bisnes kecil-kecilan perlu tahu! 🚀🚀🚀

1 – Website design

Yang paling utama sekali dalam checklist mestilah perlu ada website yang kemas dan mudah digunakan. Website ni penting sebab dia sumber info utama bila kita mula buat bisnes online. Tambah penting lagi dalam zaman dimana tak boleh pergi kedai secara fizikal. Banyak jenis website designer yang free juga. Jom baca di sini.

Jadi, untuk design website ni, pastikan website tu:

  • Page cepat load
  • Ada font sesuai dengan heading, subheading, poin supaya mudah dibaca
  • Senang dibuka di semua tempat (Phone, laptop, PC, iPad)
  • Senang untuk navigate dengan butang yang jelas

2 – Mobile friendliness

Kena pastikan website kita nampak cantik bila buka di phone sebab phone sentiasa di tangan dan boleh bawa mana-mana. Jadi, content dalam website tu pun perlu mesra skrin phone. Jom baca tips copywriting di sini.

Mungkin size yang lebih kecil supaya cepat load. Mungkin headline yang pendek supaya senang baca, Font yang tak terlalu besar atau terlalu kecil. Dan paling penting, pastikan butang CTA jelas dan ada banyak di tempat bersesuaian. Baru senang orang nak beli barang atau servis!

3 – Blog activity

Blog juga penting untuk sebarkan kredibiliti sesuatu company. Banyak content penting yang boleh dikongsi melalui aktiviti blogging ni. Dan pastikan juga blog ni update secara konsisten. Blogging ni free, jadi, tak rugi pun buat.

Bila ada pelawat tengok website dan blog, mereka lebih mudah percaya kredibiliti brand dengan content yang banyak membantu masalah berkaitan dengan sesuatu niche. Dapat kongsi pengalaman dalam industri, dan pembaca pun dapat manfaat.

4 – Social networks

Social network ni kita perlu pandai pilih nak aktif di mana, dan pastikan social network yang kita pilih tu dimana pelanggan kita paling ramai. Contohnya kalau buat servis melukis, mungkin boleh guna Instagram atau Pinterest sebab lebih mudah bagi pelanggan nak tengok hasil lukis.

Social network ni perlu bersesuaian niche dan audience. Kalau fesyen dan makanan memang sesuai sangat guna Facebook dan Instagram sebab ramai orang sentiasa cari, dan kalau anda nak mula buat FB ads, Monocal boleh tolong. Jom baca pasal social media marketing di sini.

5 – Social sharing button

Pastikan content yang dah post di website, blog atau social media sekalipun, ada galakkan pelawat untuk share. Tak kisah lah share ke social media lain ke, share privately kepada ahli keluarga dan kawan ke. Checklist ni akan pastikan marketing senang berlaku walaupun dari pelanggan tu sendiri.

Asalkan ada butang yang dapat galakkan mereka share kepada orang lain. Bila ada butang untuk share yang lebih jelas dan senang digunakan, baru orang berminat dan senang hati untuk kongsi content, dan bukannya baca seorang diri macam tu saja.

6 – Relevant content

Content yang relevant dalam checklist bukan saja perlu konsisten, tapi perlu juga bermanfaat. Kalau bisnes anda dalam niche seni, mungkin boleh bagi content macam tips melukis atau pilih warna. Yang relevan dengan niche. Kalau niche fesyen mungkin boleh buat content fesyen yang trending sekarang.

Content macam ni akan buat orang luar percaya dengan bisnes anda, dan nampak kredibiliti dan consistency, jadi, bila mereka perlukan tips atau tools, mereka akan dapatkan dari bisnes anda. Jom baca pasal content marketing di sini.

7 – Email marketing

Penting juga bagi bisnes kecil, dalam checklist ni kita perlu dapatkan emel pelanggan anda! Mungkin dengan cara minta feedback atau delivery, tapi pastikan anda dapatkan emel pelanggan. Bila mereka dah beli sekali dengan bisnes, pastikan mereka akan tunggu pun untuk produk lain.

Dengan emel, anda berpeluang untuk buat emel marketing dimana anda boleh promote bisnes dan produk/servis anda terus ke inbox pelanggan! Dan proses ni juga boleh bantu kesetiaan pelanggan.

8 – Key metrics

Susah nak tengok kejayaan strategi marketing kita kalau kita tak tahu nak track macam mana. Jadi, pastikan anda dah tau nak track metrik macam mana sebagai KPI. Mungkin boleh juga guna tools macam Google Analytics. Apa yang penting untuk kita track?

Dengan guna Google Analytics mungkin boleh track

  • Jumlah lawatan website
  • Dari mana online traffic datang
  • Return on Investment
  • Ratio lead kepada closed

Bila anda dah buat macam checklist ni, barulah kita boleh slow-slow fokus untuk kembangkan bisnes jadi lebih besar! Dan jangan risau, kalau anda tak tahu nak mula marketing macam mana, Monocal boleh beri tunjuk ajar.

Jom tinggalkan details anda di sini dan kami akan hubungi anda sepantas kilat!

Jangan lupa drop emel anda di sini supaya kami boleh terus hantar info marketing dan bisnes terbaru terus ke inbox!

Jom juga follow Monocal di Instagram, Twitter dan like page Facebook! 🚀🚀🚀

Leave a comment