Return of Investment (ROI): Kepentingan, Kegunaan, Kiraan Dan Kekurangan

Untung atau rugi? Dalam dunia bisnes, semua orang nak untung. Tiada siapa yang berniaga dan nak rugi. Tapi sejak COVID bermula, lebih banyak bisnes yang rugi dari yang untung. Jadi, untuk kira untung rugi ni memang sangat penting semua orang tahu. Tak kira bisnes besar ataupun baru nak mula bisnes.

Antara cara paling senang kita nak kira untung rugi ni dengan kiraan Return of Investment (ROI), atau bahasa melayunya pulangan pelaburan.

Post kali ni nak cerita tentang ROI, kepentingan, cara dan juga formula mengira ROI! Jom baca di sini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Apa itu ROI? Apa Kepentingan ROI?

Bagi bisnes yang bukan dalam niche pelaburan, antara bahagian yang banyak investment termasuk marketing dan branding.

Bila niche macam food & beverage ke, fashion ke, skincare ke, mesti banyak lagi bahagian untuk spent duit, macam quality dan quantity produk, delivery, kilang dan macam-macam.

Jadi, spending untuk marketing dan branding ni perlu dibuat betul-betul, bukan main bayar je kan. Disebabkan ROI ni antara Key Performance Indicator (KPI) yang dah banyak bisnes gunakan di Malaysia dan luar negara, kita dah ada bentuk standard untuk fahamkan metrik ROI ni.

ROI diwakilkan dalam bentuk peratus (%) sebab mudah difaham oleh semua pihak, dan boleh ada nilai positif dan negatif. Bila nilai positif, maksudnya bisnes untung, dan bila negatif pula bisnes rugi.

ROI penting untuk kita kekalkan cash flow yang optimum bagi bisnes, supaya bisnes tak bankrupt, pelanggan puas hati, pekerja gaji cukup dan semua pihak puas hati.

Dan bukan itu saja, bila kita dan ada nilai ROI, kita boleh tengok bahagian mana yang perlu kita improve. Mungkin ada bahagian yang overspent, jadi, untuk spending yang akan datang kita boleh buat lebih baik.

Tapi, macam mana nak kira ROI ni?

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Kiraan ROI

Untuk kira ROI, ada 2 cara.

  • #1 ROI = (Net Return of Investment รท Cost of Investment ) x 100%
  • #2 ROI = ((Final Value of Investment – Initial Values of Investment) รท Cost of Investment) x 100%

Kita perlu ingat yang ROI selalu dalam bentuk peratus, supaya lebih mudah nak faham dan ROI boleh jadi dalam bentuk positif (+) dan negatif (-).

Bila ROI dalam bentuk positif, maksudnya return lebih besar dari kos. Kiranya untung. Tapi, bila kira-kira ROI dan nombor yang keluar tu negatif, maksudnya return kurang daripada kos. Bila negatif bisnes rugi.

Contoh, kita beli 1,000 saham syarikat XYZ, RM10 satu saham. Setahun lepas tu, kita jual semua saham tu RM13 satu saham.

Dan selama setahun kita pegang saham, dividen sebanyak RM500. Dan kita ada spent sebanyak RM123 untuk komisen beli dan jual saham tersebut.

Jadi, kiraan ROI tu akan nampak macam ni;

ROI = ([(RM13 – RM10 ) x 1000 + RM500 – RM123] รท (RM10 x 1000)) x 100 = 41.31%

Kiranya kita untung sebab return tu ada 40 peratus bertambah.

Dan kiraan ROI ni ada kebaikan dan kekurangan juga. Yang baiknya, senang nak kira dan metrik ni senang kita nak track dalam bisnes.

Sebabkan kiraan yang simple, kiraan ni universal bagi banyak bisnes kira untung atau rugi, dan tak senang salah faham sebab peratus tu sama dalam semua konteks.

Tapi, ROI ni juga ada kekurangan ๐Ÿ˜ฅ

Kekurangan ROI

Untuk kekurangan pula, ROI tiada masukkan faktor masa. Contohnya kalau ada ROI 14% dan 25%, mesti kita terus rasa 25% lagi banyak. Cuma mungkin 14% ROI tu untuk setahun, tapi yang 25% ROI tu untuk 5 tahun.

Bila masuk faktor masa macam ni, baru nampak yang 14% ROI dalam setahun lagi elok berbanding 25% ROI dalam 5 tahun (5% saja ROI setahun).

Macam di website Omni Calculator, mereka boleh bantu kita kira ROI, annualized ROI pun ada! Annualized ROI ni adalah untung rugi tahunan, bagus kita guna untuk buat bajet awal tahun.

ROI ni juga hanya fokus pada keuntungan atau kerugian dari segi kewangan. Kiraan ROI takkan masukkan faktor macam risiko dan kebaikan sosial atau alam sekitar.

Kiraan ROI ni juga tak ambil berat faktor macam kesihatan pekerja ke, faktor keadaan ekonomi ke. Kita sendiri yang perlu buat analisis, teori atau inferens bila ROI tu positif atau negatif.

Bila nak guna ROI?

Banyak masa yang perlukan kita untuk kira ROI ni. Antaranya macam;

  • Beli peralatan baru: Tak kira untuk kilang atau pekerja, alatan baru yang selamat dalam industri memang perlukan kita kira ROI, sebab semua peralatan tu investment kita.
  • Ambil pekerja baru: Bukan alatan untuk pekerja saja perlu kira ROI, bila ambil pekerja pun perlu kira sebab nak bahagi cash flow bisnes pada pekerja yang bertambah.
  • Tambah department baru: Bila tambah department baru, kerja bertambah dan peluang untuk besarkan bisnes pun bertambah. Tapi yang juga bertambah adalah spending, jadi perlu buat juga kira ROI.
  • Strategi sales: Mungkin bisnes anda ada guna banyak strategi sekaligus, jadi ROI boleh bantu kita track strategi mana yang paling sikit kos dan return tinggi

Tapi, secara keseluruhannya, ROI adalah metrik yang digunakan hampir satu dunia untuk track keadaan investment kita, sama ada invest saham ke, invest untuk bisnes ke diri sendiri ke.

Ada juga cara lain untuk track spending dan return, macam Internal Rate of Return (IRR), Return on Equity (ROE), atau Return on Assets (ROA), tapi mungkin akan cerita pada post lain pula. Kalau taknak terlepas post akan datang, jom subscribe di sini sekarang.

In the meantime, kalau anda nak kira ads spending untuk capai sales tertentu, boleh tekan sini!

Dan, kalau anda nak Monocal kirakan ROI dan buat ROI bisnes anda sentiasa meningkat, jom isi detail di sini dan kami akan hubungi anda segera ๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€

Jom baca tentang PPC Marketing dan Google Ads pula ๐Ÿคฉ๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€

Jangan lupa follow Monocal di Twitter, Facebook dan Instagram untuk lebih banyak info dan tips marketing dan bisnes menarik!

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

    Monocal โ€“ Digital Marketing Agency
    14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
    40170 Shah Alam,
    Selangor