Customer Avatar : 4 Cara Mudah Buat Marketing

Marketing sepatutnya mudah, tapi kadang-kadang boleh jadi tricky. Rahsia untuk berjaya dengan strategi marketing yang powerful adalah dengan customer avatar.

Apa itu customer avatar?

Customer avatar adalah salah satu cara termudah untuk kita personifikasi dan imaginasikan customers kita dan berikan semua yang mereka perlu dan mahu supaya kita boleh buat marketing yang hebat.

Target bisnes kita adalah customer kita. Avatar akan membantu kita imagine apa yang customer kita suka, minat, macam mana perangai mereka, apa yang mereka nak dalam kehidupan seharian dan apa yang mereka perlu untuk hari yang lebih mudah dan riang.

Post kali ni adalah tentang customer avatar.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Cutomer avatar kita perlu ada kesemua 4 elements ni. Jom tingkatkan prestasi bisnes kita dengan cipta marketing material yang bersesuaian dengan customer menggunakan customer avatar.

Apa yang kita perlukan untuk buat customer avatar? Ada 4 aspek yang perlu kita pertimbangkan bila buat customer avatar, jom baca sini 👇🏻👇🏻👇🏻

Matlamat dan nilai

Goals and Values of Customers

Bila mula cipta customer avatar, kita perlu tahu apa matlamat hidup mereka.

Mereka pelajar? Mungkin matlamat mereka berkait dengan perkara ilmiah dan mak ayah di kampung.

Mereka suri rumah? Matlamat mereka mesti ada kaitan dengan kebahagiaan keluarga.

Mereka guru? Mungkin matlamat mereka adalah untuk beri yang terbaik bagi pelajar.

Jadi, penting untuk anda cipta customer avatar yang tersangat amat terperinci.

Matlamat customer anda penting sebab matlamat mereka akan membantu kita buat marketing material yang bersesuaian, dan untuk kita tonjolkan nilai produk yang sesuai dengan matlamat mereka.

Bila dah tahu matlamat mereka, kita boleh promote produk daripada angle yang boleh menarik minat mereka.

Penting juga untuk kita sebagai brand owner tahu nilai apa yang customer kita pentingkan?

Ada orang pentingkan masa untuk dapatkan produk, nak yang cepat dan senang. Ada orang lain pula lebih pentingkan kualiti daripada masa untuk dapatkan produk tu.

Jadi, apa yang customer kita utamakan? Efisyen? Konsisten?

Nilai ni membantu kita tahu apa yang mereka cari dalam sesuatu produk yang mereka guna.

Bila brand ada nilai yang mereka cari, meraka akan lebih percaya dan beli produk dari brand tersebut. Jadi untuk bahagian ni, in contoh customer avatar yang anda perlu buat:

Nama: Abu bin Bakar
Pekerjaan: Guru disiplin
Matlamat: Berikan yang terbaik untuk sekolah dan murid
Nilai: Mementingkan masa berkualiti dengan orang yang ditemui

Jadi, kalau bisnes yang jual buku latihan, boleh terus iklankan pada En Abu. Mungkin ada juga produk seperti alatan tulis sekolah, yang boleh iklankan dari aspek belas ihsan.

Mungkin En Abu nak bantu anak murid yang susah sepanjang COVID-19. Atau bisnes alatan elektronik yang menggunakan aspek online class supaya En Abu sentiasa bersedia untuk mengajar murid walaupun secara online.

Inilah pentingnya customer avatar.

Sumber maklumat

Kini anda mempunyai matlamat dan nilai mereka. Nak buat apa lepas tu? Cari tahu dari mana mereka mendapat maklumat mereka. Dari surat khabar tempatan? Dengar radio semasa memandu? Dari TV semasa tengok berita?

Tentukan dari mana avatar anda mungkin dapat sumber maklumat. Kalau dari berita, buat iklan yang disiarkan di berita waktu perdana, pukul 8 malam.

Kalau mereka dengar radio, sewa pelakon suara untuk promosikan produk anda! Kebanyakkan orang sekarang mendapat sumber maklumat dari Facebook, jadi, pastikan anda ada juga buat promosi produk di Facebook.

Sumber maklumat mereka penting untuk bisnes kita, ini membantu kita memastikan info tentang produk kita sampai pada mereka bila kita buat marketing, dan kita boleh juga check sama ada pesaing kita buat marketing cara yang sama atau tak.

Bila dah tahu mana mereka dapat maklumat, senang la kita nak buat marketing material yang bersesuaian. Contoh kalau info mereka daripada facebook, buat iklan di facebook pasti sampai ke avatar. Jadi, avatar anda yang tadi perlu tambah sedikit info macam ni:

Sumber maklumat: 1. Facebook
2. Berita TV
3. Surat khabar

Cabaran dan masalah

Cabaran dan masalah adalah kerisauan dan insecurity customer kita, dan merupakan peluang bagi bisnes kita.

Kita perlu ambil tahu apa jenis cabaran yang customer kita hadapi, supaya kita boleh salurkan produk kita yang membantu menyelesaikan masalah mereka.

Contohnya En Abu, avatar kita tadi, mungkin tak dapat kekal semangat di sekolah. Bisnes kita boleh promote minuman berkarbonat untuk hari yang lebih aktif.

Tunjukkan macam mana produk kita boleh bantu avatar kita menyelesaikan masalah harian mereka bila mereka pilih produk kita.

Bila kita dapat selesaikan masalah dan kurangkan cabaran harian customer, barulah mereka akan percaya dan setia dengan brand kita. Brand kita pun akan dikenali.

Jom baca lebih lanjut tentang kepercayaan customer terhadap brand di sini.

Jadi, sekarang kita tambah lagi detail pada customer avatar kita. Customer avatar yang kita buat buat guna En Abu tadi, ditambah info macam ni:

Cabaran dan masalah:
1. Susah kekal semangat di sekolah
2. Murid tak mementingkan ketepatan masa
3. Kerja sebagai guru terlalu banyak hingga mengganggu masa dengan keluarga.

Bila kita dah list semua masalah dan cabaran dalam kehidupan seharian customer kita, senanglah kita nak buat marketing material yang memang target masalah dan cabaran mereka ni.  

Contohnya kita sebagai penjual planner, boleh bantu En Abu mengurus masa dengan lebih teratur supaya kerja tak terlalu memeningkan. Kalau bisnes jual jam, boleh juga promosi pada En Abu untuk letakkan dalam bilik darjah supaya semua pelajarnya tepati waktu.

Nampak kan kepentingan buat customer avatar pada cara kita mengiklankan produk? 😉

Bantahan dan peranan

Bantahan dan peranan customer kita membolehkan kita tahu macam mana mereka akan react terhadap produk atau servis kita. Ada customer yang memang berminat dengan produk kita, tapi masih belum yakin untuk beli.

Sebagai owner bisnes, kita nak customer beli dan terus guna produk kita.

Jadi, kenapa mereka ada bantahan terhadap produk? Kenapa mereka ragu-ragu? Kenapa mereka masih terfikir-fikir dan tak beli?

Bila kita singkirkan bantahan mereka, customer tentu akan terus beli produk. So, penting untuk kita sebagai brand owner untuk ada counter-point bila ada customer yang masih ragu-ragu nak beli produk.

Kita perlu tahu cara pujuk customer dengan fakta.

Selain dari bantahan, penting juga untuk kita tahu apa peranan customer tu?

Mungkin peranan En Abu dalam keluarganya adalah sebagai ketua keluarga, jadi dia mesti nak yang terbaik untuk ahli keluarga dan beli produk yang paling berkualiti.

Sama juga dengan peranan En Abu di sekolah, beliau guru tapi mungkin bukan ketua guru, jadi peranannya berbeza dengan ketua guru yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan guru lain.

Tapi, En Abu sebagai guru kelas berperanan mengambil tahu masalah anak murid, jadi peranannya juga berbeza di sini. So, bila buat customer avatar, kita perlu tentukan apa bentuk peranan avatar tersebut?  

Bantahan dan peranan:
1. Produk mahal, jadi agak tak yakin untuk beli bagi pelajar/ keluarga
2. Tak perlukan produk tersebut untuk pelajar/ keluarga
3. Produk susah dicari kerana tiada di kedai atau Facebook

Jadi, bila kita dah senaraikan bantahan dan tahu peranan En Abu, kita buat buat iklan seperti; contohnya bagi produk pengambilan suhu yang sangat penting waktu COVID-19 sekarang, mesti En Abu perlukan thermometer elektronik yang berkualiti dan bagus untuk rumah sebab sebagai guru beliau berinteraksi dengan ramai murid dari pelbagai latar belakang.

Atau bagi produk hand sanitizer, mesti En Abu perlukan hand sanitizer yang mudah didapati dalam kuantiti yang banyak untuk keluarganya sebab itu benda yang diguna setiap hari. Itulah pentingnya kita tahu bantahan dan peranan avatar yang kita cipta.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Jadi, sekarang dah ada customer avatar. Nak buat apa? Jangan berhenti sampai customer avatar saja. Customer avatar bukan strategi marketing, tapi guideline untuk cipta strategi marketing yang berfungsi dan tak merepek.

Dengan customer avatar ni lah kita akan cipta banyak jenis iklan, yang menggunakan kreatif yang menarik dan copy yang mantap.

Kalau anda berminat nak cipta iklan yang bagus, jom contact Monocal dengan tinggalkan emel anda 😉 Selain tu, kami juga ada post berkaitan chatbot. Nak try buat chatbot? Jom baca di sini.

Sekarang dan ada customer avatar, bolehkan cipta marketing strategy yang paling sesuai untuk customer 🤩

Leave a comment