3 Cara Chatbot Menguntungkan Bisnes Anda

Ini bermaksud penggunaan chatbot akan lebih meluas dan prospek anda juga akan menyesuaikan diri dengan chatbot.

Published on:

Menurut Business Wire, penggunaan chatbot dijangka berkembang sebanyak 34.64% dari USD 946.55 juta pada tahun 2017 kepada 5638.4 juta pada tahun 2023.

Ini bermaksud penggunaan chatbot akan lebih meluas dan prospek anda juga akan menyesuaikan diri dengan chatbot.

Terdapat kekeliruan antara chatbot dan bot. Apa beza chatbot dengan bot?

Menurut Techpedia, chatbot adalah program Artificial Intelligence (AI) yang mensimulasikan perbualan manusia dengan menggunakan frasa terpilih pengguna yang tertentu dan isyarat pendengaran atau berasaskan teks.

Maksudnya, chatbot menggunakan ‘machine learning’, dilengkapi dengan Neuro-Linguistic Programme (NLP) dan akan cuba memahami perbualan yang berlaku serta berperilaku seperti yang diharapkan (seperti manusia).

Manakala bot pula agak sederhana – kita programkan bot untuk menghasilkan A bila inputnya B. Di luar perbualan yang diprogramkan, bot tak akan faham.

Jadi macam mana caranya chatbot boleh mendorong lebih banyak jualan?

Mahu Gandakan Jualan Ecommerce Anda?

Monocal berpengalaman menggandakan jualan bersama-sama jenama terkemuka di Malaysia.

1 – Chatbot Bantu Interaksi Pertama Prospek Dan Mendorong Jualan

Berdasarkan kajian yang Monocal lakukan, 21% prospek berpendapat bahawa chatbot adalah cara termudah untuk menghubungi bisnes. Perkara ini logik kerana chatbot tiada masa rehat, mereka sentiasa bersedia 24/7 dan selalunya anda akan dapat jawapan tepat berdasarkan soalan.

Salah satu kajian yang kami di Monocal berjaya laksanakan adalah dengan melibatkan prospek yang ada dan mendorong mereka untuk berinteraksi dengan chatbot.

Berdasarkan kategori prospek, chatbot akan dapat berunding atau beri nasihat kepada prospek dan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang prospek ada.

Penyelesaian dibuat khusus untuk keperluan prospek dan bukannya cadangan yang umum.

Sekiranya prospek ada sedikit keberatan, kami akan follow up dengan sedikit informasi lanjut dalam bentuk pendidikan kepada prospek untuk menangani keberatan mereka.

Jadi, kami berjaya mendidik prospek dan mengalakkan prospek membeli dari kami melalui pendidikan tentang masalah yang mereka hadapi dan penyelesaian yang produk kami sediakan.

Dengan Chatbot, kami juga dapat simpan informasi prospek yang ada dan melakukan tindakan lanjut secara sistematik yang membawa kepada lebih banyak penjualan.

Sekiranya anda mempunyai laman web e-commerce, dengan padanan prospek melalui Facebook, kami boleh kirim kupon khas untuk mereka bagi memulakan kembali perbualan dan mendapatkan lebih banyak penjualan.

Contohnya, anda dah beli baju, kan lebih baik kalau ada seluar atau skirt untuk dipadankan dengan baju tersebut? Anda dah tambah seluar atau skirt dalam cart, tapi masih belum checkout. Jadi kami akan beri kupon seluar atau skirt.

Dengan chatbot, kami dapat berinteraksi kembali dengan prospek dan memotivasikan mereka untuk check out dengan memberikan kupon.

2 – Membantu Pelanggan Mencari Jawapan

Berdasarkan Laporan Chatbot yang dilakukan oleh SproutSocial, hampir 1/3 kes penggunaan chatbot berkaitan dengan mendapatkan jawapan atau menangani masalah. Ini tidak mengejutkan.

Dengan penyediaan chatbot yang betul, chatbot dapat menyelesaikan masalah ketika kami merancangnya.

Anda nak beri ruang baikpulih restoran atau kedai anda pada pelanggan? Boleh.

Nak berikan voucher atau kupon pada pelanggan yang beri komen tentang restoran atau kedai anda? Boleh.

Nak beri ruang pelanggan cari barang yang hilang atau tertinggal di kedai anda? Boleh.

Nak pastikan pelanggan anda dapat buat tempahan meja makan, atau produk anda pada bila-bila masa? Juga boleh.

3 – Sejajarkan Proses Penjualan Dengan CRM

Penjualan dan Customer Relationship Management (CRM) bergantung pada bisnes anda.

Ini mungkin melibatkan prospek mengisi borang dan selalunya ditugaskan kepada jurujual anda dimana mereka akan menghubungi prospek dan menunggu untuk mendapatkan jawapan untuk beberapa soalan.

Bergantung pada jumlah sales funnel yang betul, anda mungkin dapat banyak prospek dari laman web anda. Sekiranya anda mendapat banyak prospek, maka prospek mesti dijejaki dengan betul.

Siapa mereka, apa yang mereka perlukan, bekerja sebagai apa, penyelesaian apa yang mereka perlukan, siapa yang membuat keputusan dll.

Dengan chatbot, semua prospek dari laman web, atau Facebook anda dapat diselaraskan ke CRM.

Dengan bantuan Integromat, menghubungkan beberapa aplikasi lain, anda boleh menyambung ke Hubspot atau Pipedrive dan mendaftarkan semua prospek yang masuk ke bisnes anda melalui bot, dan akan didaftarkan ke CRM berdasarkan penetapan anda.

Funnel yang betul, prospek yang berdaftar di CRM, anda tidak akan kehilangan satu pun prospek – jika anda mengesan dengan betul. Tiada pembaziran. Semudah itu dengan chatbot.

Sebagai pemimpin atau founder perniagaan, anda akan dapat melihat prospek masuk ke funnel anda dan anda akan melihat apa aktiviti jurujual anda dengan prospek tersebut.


Ada banyak strategi yang dapat digunakan bergantung pada keperluan bisnes – kita dapat teroka lebih banyak peluang perniagaan yang luar biasa dengan menggunakan chatbot.

Inilah cara adaptasi bisnes kepada zaman sekarang dan mungkin ada keberatan, tetapi percayalah, anda tidak akan kehilangan apa-apa dengan integrasi chatbot dalam perniagaan anda.

Jadi, jom gunakan chatbot. Boleh belajar sedikit tips bina chatbot, baca case study klien Monocal yang melibatkan penggunaan chatbot atau boleh dapatkan terus servis Monocal.

Mahu Gandakan Jualan Ecommerce Anda?

Monocal berpengalaman menggandakan jualan bersama-sama jenama terkemuka di Malaysia.

Leave a comment