Facebook Ads Policy: 3 Tips Tulis Ads Mengikut Polisi Facebook

Penat-penat tulis copy, susun creatives, buat ads, tiba-tiba ads kena reject. Mesti geram, kan? Nak buat apa kalau ads kena reject? Ads kena reject bila ads langgar Facebook Advertising Policy. Dan untuk buat ads kita diterima, kita perlu amend ads tersebut. Tapi kalau kita tak tahu nak betulkan apa, macam mana nak amend? 😭

Published on:

Penat-penat tulis copy, susun creatives, buat ads, tiba-tiba ads kena reject. Mesti geram, kan? Nak buat apa kalau ads kena reject?

Ads kena reject bila ads langgar Facebook Advertising Policy. Dan untuk buat ads kita diterima, kita perlu amend ads tersebut.

Tapi kalau kita tak tahu nak betulkan apa, macam mana nak amend? 😭

Jom baca sini, post kali ni pasal tips menulis ads mengikut polisi Facebook 🚀🚀🚀


Facebook ada banyak polisi, dan kebanyakkan kita yang buat Facebook ads pun tahu benda basic macam, tak boleh promosi dadah, judi, arak dan benda haram yang memudaratkan.

Dan ada juga perkara lain yang memang semua tahu macam tak boleh letak grafik yang tunjuk kemalangan atau grafik yang racist, sexist, classist dan sewaktu dengannya.

Kebanyakkannya common sense. Jadi, Facebook ads jadi isu bila kita tak tahu ada salah yang kita buat. Lagi-lagi bila iklan yang kita buat tu bukan dalam bahasa Inggeris. Lagi pelik kenapa Facebook reject. Facebook tak faham ke point iklan kita? 😭

Facebook ads review akan tengok ad kita dan landing page. Walaupun ad bukan dalam bahasa Inggeris, Facebook akan machine translate ad tersebut dan akan review. Di sini sebabnya ada ads rejection.

Antara point yang menjadi sebab rejection ni ada 3.

1 – Personal Attributes

Dalam bahagian Personal Attributes ni ada banyak perkara kita perlu ambil tahu. Setiap ads tak boleh ada content tentang apa-apa yang personal pasal pembaca. Dan ini termasuk:

  • Kaum
  • Agama/Kepercayaan
  • Umur
  • Sexual Identity
  • Gender Identity
  • Keadaan Kesihatan
  • Parti Politik
  • Rekod Jenayah
  • Nama

Kita mesti rasa macam “Ads aku takde semua ni, tapi kenapa rejected?”

Mungkin bila kita baca kita rasa ads tu tiada masalah. Tapi, ads akan rejected bila kita buat anggapan atau assumption pada pembaca. Contohnya macam copy ni:

Ada kerisauan tentang bulu mata pendek? Jom guna eyelash extension jenama XYZ! Dijamin bulu mata akan panjang, lentik, lebat dalam masa 10 hari 👀

UNKNOWN

Sakit pinggang menggangu aktiviti harian? Tak boleh nak duduk dan solat lebih dari 10 minit? Jom dapatkan rawatan di ABC sekarang.

UNKNOWN

Muka tak berseri kerana kulit kusam? Mekap EFG boleh bantu lembapkan kulit. Kulit bersinar awet muda dalam masa 5 hari dengan set EFG. Klik sekarang untuk pembelian.

UNKNOWN

Nampak macam copy ni tiada mention personal attribute secara specific, tapi ayat-ayat ni semua akan jadikan ads anda rejected. Walaupun ayat ni hanya mention secara implisit, kita perlu juga betulkan supaya ads ni tak rejected sekali lagi.

Dan tambah runsing lagi bila bisnes tu memang jual produk kecantikkan, jual produk kesihatan, lagi susah nak buat ads yang diterima. Tapi, ada jalannya.

2 – Sexually Suggestive Content

Untuk bahagian ni juga perlu berhati-hati supaya ads tak rejected. Facebook akan reject ads yang ada content suggestive dalam bentuk creative mahupun ayat.

Ini sebabnya ubat berkaitan memang tak boleh buat iklan di Facebook, tapi kadang-kadang ada juga iklan yang guna taktik tulisan dengan simbol supaya boleh diterima Facebook.

Taaaapi, kita nak buat iklan yang berkualiti dan akan tarik minat ramai, jadi tak boleh la buat iklan yang ayat dan simbol bercampur, atau buat iklan produk yang mencurigakan.

3 – Facebook’s Brands

Untuk ni mungkin kita selalu masukkan dalam copy tapi tiada ambil masa untuk tahu yang cara kita letak Facebook tu betul atau tak. Bila akhir copy ada kita bagitau:

Jangan lupa like page FB kami ✌🏻

UNKNOWN

Tapi sebenarnya tak boleh. Kita kena selalu type penuh “facebook” dan logo facebook dalam copy pun tak boleh guna semberono.

Jadi, apa tips menulisnya?

1 – Guna ayat penyata.

Ads kena reject sebab kita buat assumption pada sifat personal pembaca. Lagi-lagi bila kita guna ayat soal, itu nampak macam tuduhan walaupun sebenarnya kita nak cari orang yang memang ada masalah yang produk kita boleh selesaikan.

Jadi, guna ayat penyata instead of ayat soal. Bila kita guna ayat penyata, copy tersebut lebih kepada bentuk fakta dan kenyataan, jadi, tiada isu kita akan tertuduh personal attribute pembaca.

Rata-rata rakyat Malaysia ada bulu mata pendek. Jom guna eyelash extension jenama XYZ! Bulu mata impian, panjang, lentik, lebat dalam masa 10 hari 👀

UNKNOWN

Kebanyakkan rakyat senior Malaysia mengalami sakit pinggang yang menggangu aktiviti harian. Pusat rawatan ABC berpengalaman merawat sakit pinggang. Hubungi sekarang.

UNKNOWN

Muka berseri tanpa kulit kusam idaman semua gadis. Mekap EFG membantu lembapkan kulit dan sinar awet muda dalam masa 5 hari dengan penggunaan set. Klik untuk pembelian.

UNKNOWN

Bila copy dah tiada soalan, peluang untuk diterima lebih tinggi 🤩

2 – Guna statistik atau fakta.

Nak menarik perhatian pembaca ni bukan hanya dengan soalan. Tapi, rakyat Malaysia kan suka membaca dan sangat curious, jadi bila kita gunakan statistik, pun dapat menarik minat mereka membaca.

Lagi-lagi kalau statistik berkenaan niche yang jarang orang dengar, dan orang tak tahu. Ramai orang nak tahu = banyak klik.

Jadi, pastikan guna statistik dalam copy supaya lebih menarik dan tak kena reject oleh Facebook.

3 – Guna Google Translate.

Dah ada copy? Jom ke Google Translate. Contoh macam copy diatas yang kena reject sebab personal attribute, bila kita masukkan ke Google Translate akan jadi macam ni:

Google Translate: Facebook Ads Copy

Walaupun satu ayat dan ayat tu tiada secara spesifik kata “anda”, bila kita guna machine translate, tiba-tiba muncul kata “you”.

Bila ada “you”, maka terjadilah personal attribute dan ads ni akan rejected. Sebab tu kita perlu hati-hati bila buat copy, dna sebab ni juga penting untuk kita machine translate supaya boleh detect kesalahan.

Jadi bila amend boleh guna tips tadi (guna ayat penyata).

Google Translate: Facebook Ads Copy

Untuk post harini, sampai situ saja perkongsian. Untuk ads yang rejected sebab creatives, hari lain kami akan buat, jadi pastikan anda tak terlepas posting!

Jom subscribe sini, follow Instagram dan Twitter serta like page Facebook.

Dan kalau nak Monocal buatkan Facebook ads, jom isi details di sini 🚀🚀🚀

Leave a comment