Contoh Ayat Copywriting Power: Mitos Atau Realiti?

Published on:

Ramai peniaga yang baru memulakan bisnes, sama ada kecil atau besar mempunya satu tanggapan bahawa ada ‘contoh ayat copywriting power’ yang boleh mereka gunakan untuk melonjakkan jualan mereka.

Ini merupakan satu mentaliti silap yang dimiliki ramai orang.

Kami dah uruskan lebih dari 30 klien dari pelbagai industri. Kami juga ada menulis mengenai panduan contoh copywriting disini. Disini kami nak kongsi apa yang kami alami sendiri apabila mengurus pemasaran dan pengiklanan untuk klien-klien kami.

Jom kami ceritakan apa sebenarnya yang anda perlu buat bila nak bina copywriting.

1. Copywriting Power Tak Wujud Sebenarnya

Ini adalah hakikat yang anda perlu tanam dalam kepala.

COPYWRITING POWER TAK WUJUD.

Maksud saya disini adalah copywriting yang ‘power’, yang bila anda gunakan, tak kira apa situasi, sales anda akan meletup-letup. Macam silap mata, guna sekali terus menjadi.

Yang wujud hanyalah copywriting berkesan.

Apa itu copywriting berkesan? Copywriting berkesan adalah copywriting yang boleh menggerakkan emosi orang yang tepat dengan sasaran pasaran (target market) anda.

2. Kenalpasti Siapa Yang Nak Produk Anda

Silap pertama yang anda boleh lakukan adalah menjual kepada semua orang.

Sebagai contoh, anda ada menjual produk skincare. Spesifiknya, anda mencual pencuci berasaskan salicylic acid.

contoh ayat copywriting power salicylic acid
Diagram kimia salicylic acid. Kredit gambar dari Wikimedia Commons

Apa benda salicylic acid ini?

Dalam bahasa kimia, ia adalah asid beta hidroksi yang diekstrak dari tumbuhan. Fungsi utama salicylic acid adalah sebagai bahan anti-radang (anti-inflammatory).

Didalam industri kosmetik, salicylic acid berfungsi dengan mmembantu membuang sel-sel lama dari bahagian atas kulit, dengan mengurangkan kemerahan dan bengkak atau radang.

contoh ayat copywriting power dalam mennghasilkan copywriting untuk produk kecantikan

Bermacam-macam jenama yang mengeluarkan produk berasaskan salicylic acid dipasaran kini. Mesejnya mudah:

Membantu menghilangkan parut jerawat atau parut dibahagian muka

Jadi dari sini, berbalik pada siapa yang patut anda jual, adakah anda rasa, semua orang akan membeli salicylic acid?

Lelaki bujang yang baru bekerja akan belikah?

Pak haji yang sudah pencen akan belikah?

Kanak-kanak yang suka tonton Ejen Ali akan belikah?

Tidak bukan?

3. Kecilkan Siapa Yang Anda Sasarkan

Anda tak akan jual skincare kepada semua orang.

Malah, adakah anda akan jual kepada semua perempuan? Tidak.

Perempuan muda? Umur berapa?

Perempuan berumur 23 ke 45 tahun? Sudah bekerja atau masih belajar?

Perempuan berumur 23 ke 45 tahun yang dah bekerja? Tinggal dimana?

Perempuan berumur 23 ke 45 tahun yang dah bekerja dan tinggal di selangor? Boleh kecilkan lagi? Apa ciri-ciri pelanggan ideal?

Perempuan berumur 23 ke 45 tahun bekerja dan tinggal di selangor, suka akan produk-produk kecantikan?

kumpulan sasaran spesifik penting untuk mendapatkan contoh ayat copywriting power

Ini sasaran awal anda.

Anda boleh tambah baik target bila anda mula besarkan atau uji kempen-kempen iklan yang lain.

Dari sini anda boleh bina copywriting anda sendiri, tanpa perlu bergantaung kepada contoh ayat copywriting power.

4. Beri Penyelesaian Kepada Masalah Mereka

Anda sudah ada mesej kepada pelanggan untuk produk berasaskan salicylic acid tadi.

Mesej: Membantu menghilangkan parut jerawat atau parut dibahagian muka.

Itu adalah penyelesaikan yang anda boleh berikan kepada kumpulan sasaran produk anda.

Ini beberapa varian yang ada boleh guna, dan cuba:

Produk A boleh membantu menghilangkan parut jerawat atau parut dibahagian muka.

Dengan Produk A, parut jerawat dibahagian muka akan hilang dengan (tempoh penggunaan).

“Saya dah tiada parut jerawat lepas menggunakan Produk A!” – Cik Siti (pastikan testimoni yang sahih ya, jangan tipu!)

Ingat, produk atau servis yang bagus, boleh terjual dengan sendiri. Anda hanya perlu bawa manfaat produk atau servis itu kepada pelanggan.

5. Konklusi

Secara konklusi: copywriting power tidak wujud.

Yang wujud hanya copywriting berkesan, dimana kita perlu cipta copywriting berdasarkan sasaran yang spesifik.

Bagaimana cara untuk tahu copywriting berkesan atau tidak? Senang saja.

Jualan!

Asalkan ada jualan, bermaksud copywriting anda berkesan.

Selain itu juga, anda boleh bandingkan copywriting. Buat variasi dan uji mana satu yang paling berkesan.

Perhatikan copywriting mana yang bawa paling banyak jualan produk. Itulah copywriting berkesan untuk produk anda.

Anda boleh lihat panduan contoh copywriting yang kami pernah tulis sebelum ini.

Kuncinya dalam dunia pemasaran ini adalah….

contoh ayat copywriting power perlu diuji berkali kali

Uji, uji, uji dan teruskan menguji.

Anda percayakan Monocal untuk tulis copywriting berkesan bisnes anda? Jom dapatkan konsultasi percuma hari ini.

Anda Mahu Kempen Marketing Dengan Copywriting Yang Berkesan?

Monocal mahir menghasilkan copywriting untuk pelbagai jenama terkemuka di Malaysia.

Leave a comment