7 Cara Buat Copywriting Power (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Membeli)

Published on:

Pentingkah copywriting power? Untuk jawab soalan ni, anda perlu jelas satu perkara.

Bila anda buat iklan Facebook, anda bermain dengan 2 perkara ni:

  1. Teknikal FB Ads
  2. Psikologi

(Nota: Terima kasih kepada Ketua Copywriter Team FAMES, Tuan Faris Osman. Ini ajaran beliau)

Kita kuasai aspek teknikal Facebook Ads sebab nak pastikan iklan kita boleh disasarkan pada golongan yang betul.

Tapi, kita kena tahu, walaupun iklan yang disasarkan itu kena pada golongan yang tepat, ianya masih tidak menjamin iklan itu berkesan.

Apa yang penting adalah, aspek psikologi iklan itu sendiri; ayat iklan yang digunakan.

Tanpa ayat iklan yang menarik, prospek tidak akan ada perasaan teruja untuk dapatkan produk/servis yang anda tawarkan.

cara buat ayat copywriting power sampai pelanggan teruja

Jadi, penting atau tidak copywriting?

Ya!

Sangat penting!

Mari kita masuk ke isi sebenar.

#1 – Cara Copywriting Power 1: Masukkan Track Record

Track Record“?

Apa maksudnya?

Maksud “Track Record” adalah, apa yang telah dicapai oleh produk/servis anda.

Ada tak apa-apa kejayaan yang produk anda sudah capai?

Anda boleh nyatakan dalam copywriting berapa unit telah terjual.

Tetapi, ini tak cukup “power“. Masih belum berkesan.

Copywriting anda akan jadi lebih power bila anda cerita berapa orang telah berjaya dapat hasil positif lepas guna produk anda.

Contoh copywriting nya, anda jual ubat gemuk.

Anda boleh nyatakan berapa orang dah berjaya gemuk lepas guna produk anda.

“1,426 orang telah berjaya gemuk dengan amalkan Qu Gendut.”

Ini sekadar contoh, jangan ambil serius ya. 😉

Kalau nak masukkan track record dalam copywriting, pastikan anda guna angka yang tepat.

Contoh:

1,426 (jangan tulis 1,000)

Kalau anda tidak pasti angka yang tepat. anda boleh aplikasi cara ini:

“Lebih dari 1,426 orang telah berjaya bla bla bla dengan produk X,”

#2 – Cara Copywriting Power 2: Gunakan Elemen Authority

kajian copywriting power

Authority adalah elemen yang akan menguatkan kepercayaan prospek kepada produk anda.

Ada pakar yang iktiraf produk anda?

Atau, ada kajian dari saintis/pengkaji yang mengesahkan bahan yang ada dalam produk anda boleh bantu prospek anda untuk capai impian mereka?

Kalau ada, anda boleh masukkan dalam copywriting.

Tapi, kalau tiada, jangan pula reka-reka, ya?

Masih ada 5 lagi cara yang anda boleh ikut, teruskan membaca.

#3 – Cara Copywriting Power 3: Tonjolkan Kredibiliti

Macam mana nak tonjolkan kredibiliti produk anda?

Anda boleh kongsikan testimoni dalam iklan.

Selain tu, anda juga boleh jadikan kisah pelanggan anda sebagai ayat iklan.

Kalau nak gunakan teknik ini, anda boleh cuba temubual pelanggan yang pernah beli produk anda lebih dari 3 kali.

Cuba korek kisah pelanggan tu.

Anda boleh tanya mereka 4 soalan ni:

  1. Apa yang terjadi dalam hidup dia?
  2. Apa usaha yang dia pernah cuba tapi gagal?
  3. Macam mana dia jumpa produk anda?
  4. Apa perubahan yang ketara berlaku dalam hidup pelanggan lepas amalkan produk anda?

Catit setiap isi penting yang keluar dari mulut pelanggan setia anda.

#4 – Cara Copywriting Power 4: Pastikan Tajuk Menarik Minat Prospek

“7 dari 10 iklan gagal sebab tajuk tak cukup menarik,”

Pernah dengar kenyataan ini?

Ya, tajuk memainkan peranan yang besar dalam menentukan keberkesanan iklan anda.

Tajuk menarik tidak semestinya perlu panjang dan guna perkataan hebat dan susah difahami.

Saya pernah cuba tajuk pendek untuk iklan produk ubat gatal-gatal.

Ini tajuk yang saya guna:

“GATAL-GATAL CELAH KANGKANG”

Ya, hanya 3 perkataan.

Apa yang penting, tajuk itu boleh tarik perhatian prospek yang kita sasarkan.

Kalau tengok tajuk yang saya guna tu, agak-agak orang yang ada masalah gatal-gatal celah kangkang akan baca atau tidak iklan itu?

Mulai hari ni, ubah mentaliti anda.

Kebanyakan masanya, tak perlu pun fikir terlalu “complicated”.

Kadang-kadang yang ringkas itu yang hebat.

#5 – Cara Copywriting Power 5: Cadangkan Masa yang Sesuai untuk Guna Produk Anda

Okay, tips #5 ni paling sesuai untuk iklan fesyen dan makanan.

Kalau anda jual jubah, cuba masukkan dalam copywriting, bila jubah tu sesuai dipakai?

masa sesuai pakai produk bile buat ayat copywriting power

Mungkin anda boleh cuba buat iklan yang target kepada perempuan yang nak jadi bridesmaid persandingan kawan baik dia.

Dalam copywriting, anda boleh cerita yang jubah itu sesuai untuk bridesmaid dan berikan sebab kenapa ianya sesuai.

Kalau anda jual snek makanan ringan, boleh juga bagi cadangan bila snek tu sesuai dimakan.

Tak semestinya cerita dalam copywriting, anda juga boleh gunakan gambar.

Contoh, gambar model makan snek anda masa tengah tengok wayang.

#6 – Cara Copywriting Power 6: Peratusan VS Orang

peratusan vs orang bila buat ayat copywriting power

Okay, tips #6 ni anda boleh gabungkan dengan tips #1.

Saya pernah juga guna teknik ni.

Berapa peratus pelanggan anda yang berjaya capai impian mereka lepas guna produk anda.

Katakan, dalam 100 orang yang beli ubat gemuk anda, 80 orang berjaya gemuk.

Anda boleh masukkan statistic ni dalam copywriting.

Tapi, jangan guna ‘peratusan’, tapi gunakan “ORANG”.

Tak faham?

Ini contohnya:

“8 dari 10 orang yang amalkan Qu Gemuk berjaya gemuk dalam masa 3 bulan.

Gunakan ‘8 dari 10 orang’, bukan ‘80%’.

Kenapa?

Sebab ianya akan mewujudkan visual yang jelas dalam kepala prospek yang baca iklan tu.

80% susah otak nak bayangkan, tapi kalau tulis ‘8 dari 10’ orang’  otak akan mudah bayangkan.

Prospek yang baca tu akan fikir macam ni:

“Eh… senangnya nak gemuk. Aku rasa aku pun boleh jadi salah seorang dari 8 orang tu”

Kalau perasan, iklan kempen kesihatan dari KKM suka guna teknik ni.

“2 dari 5 rakyat Malaysia ada sakit bla bla bla…”.

#7 – Cara Copywriting Power 7: Split Test Tawaran

split test copywriting offer

Biasanya, ramai yang buat split test audience.

Tapi, secara peribadi, saya berpendapat apa yang lebih penting untuk kita split test adalah tawaran.

Sebab, tawaran ini yang akan menentukan sama ada prospek rasa teruja atau tidak nak buat pembelian.

Jadi, pastikan anda sentiasa ada tawaran yang menarik untuk dimasukkan dalam iklan.

Kalau anda tidak tahu tawaran apa yang menarik, anda boleh cuba fikirkan 2-3 tawaran.

Kemudian, buat 3 variasi iklan dengan tawaran yang berbeza.

Letak bajet RM30 pada setiap iklan dan buat ‘Split Test’ selama 3 hari.

Lepas tu, kaji semula, tawaran apa yang berjaya dapatkan banyak pelanggan?

Tawaran mana satu yang berjaya naikkan closing rate?

Inilah 7 Cara untuk buat copywriting anda berkesan. 

Sebenarnya, ada 13 rahsia yang tersimpan.

Tapi, saya dedahkan 7 saja buat masa ni. Tapi, jangan risau!

Kalau anda amalkan betul-betul 7 cara ni pun, anda boleh buat iklan yang memukau.

Boleh juga baca pasal contoh copywriting yang kami pernah tulis sebelum ini.

Dan satu perkara lagi yang anda kena tau, 7 cara ini tak akan mengubah nasib bisnes anda kalau anda tidak amalkan.

Lepas dah berusaha, berdoa dan bertawakallah.

Kerja kita hanya berusaha, yang lain semua kerja Tuhan.

#DEEP 

Anda Mahu Kempen Marketing Dengan Copywriting Yang Berkesan?

Monocal mahir menghasilkan copywriting untuk pelbagai jenama terkemuka di Malaysia.

Leave a comment