Instagram Marketing: 4 Panduan Social Media Marketing Untuk Business Owners

Instagram Marketing: 4 Panduan Social Media Marketing Untuk Business Owners

Baru-baru ni ada berita sensasi berkait dengan penyalahgunaan Instagram oleh ibu kepada selebriti Malaysia. Jadi, harini, Monocal nak cerita sedikit sebanyak tips guna Instagram bagi brand, sama ada kecil atau besar.

Instagram Monocal ada buat post mingguan, tapi Monocal pun baru je mula nak buat social media marketing. Instagram sangat mantap untuk kita tingkatkan audience sebab algorithm yang sama dengan Facebook. Untuk bisnes owners, memang takkan rugi kalau buat account untuk bisnes.

Jadi, jom kita belajar sama-sama tips untuk buat marketing di Instagram! 👇🏻👇🏻👇🏻

1 – Cipta Business Profile Anda di Instagram

Kebanyakkan bisnes di Malaysia mesti ada page Facebook. Jadi, dah ada Facebook tu, hanya perlu buat business account Instagram dan pastikan dua page tu bergabung.

Pastikan page anda tu dalam bentuk business profile! Jom baca sini untuk lebih banyak tips.

2 – Optimize Instagram Profile

Antara cara untuk pastikan ramai datang ke profile Instagram kita, like gambar dan komen di post kita adalah dengan optimizing profile. Untuk optimize page ni ada beberapa cara.

  • I: Pastikan account ada warna tema. Kita kena pastikan account ada ✨ Aesthetic ✨ yang konsisten. Jadi, warna yang masuk tema ni selalunya warna yang satu family dengan logo bisnes kita. Macam ni:

Pastikan gambar juga jelas, HD dan menarik. Dan yang paling penting, perlu post secara konsisten. Perlu post paling kurang seminggu sekali, supaya audience kita tahu kita aktif di Instagram.

Dan bukan kekerapan saja yang perlu kita konsisten, tapi tema profile kita tu pun perlu konsisten. Kalau kita selalu post gambar bertema hitam-putih-kelabu, tiba-tiba post gambar warna-warni, kan agak pelik dan tak masuk tema. Barulah tak rugi follow 🤩

  • II: Guna User Generated Content (UGC) Untuk Monocal belum cuba lagi buat content guna UGC, tapi untuk bisnes lain yang ada niche fashion, pastikan anda repost story atau gambar yang pelanggan tag! Kita sebagai pelanggan mesti suka kalau brand repost gambar kita, jadi gunakan peluang ni untuk tambah content di Instagram anda. Macam ni:
  • III: Manfaatkan Instagram Highlight. Highlight Instagram ni berguna untuk pelanggan baru. Kalau kita sebagai pelanggan dan baru first time pergi account Instagram bisnes, mesti nak tengok pakej apa yang kita boleh dapat, produk apa yang boleh beli, ada kombo atau promosi tak, apa feedback dari pembeli lain.

So, guna highlight tu untuk letak semua ni di account anda. Baru senang pelanggan baru nak check dan terus beli 😉

3 – Strategi Content Instagram

  • I: Pastikan sentiasa post gambar. Paling mantap setiap hari ada pos tapi kalau tak mampu, boleh mula dengan satu post berkualiti seminggu.
  • II: Bagi bisnes yang memang dah lama ada Instagram, boleh la cuba buat video post. Video post selalunya dapat lagi banyak engagement sebab orang lagi suka tengok. Tambah pula kalau video tu pasal tips yang berkaitan dengan niche bisnes, lagi la orang suka like, komen dan share.
  • III: Yang memang menjual produk boleh cuba buat shopping post. Shopping post ni macam ni:

Bila orang tengok gambar dan ada ‘tag’ produk dengan harga, lagi senang untuk shopping dan beli terus. So, jangan malu untuk buat shopping post.

  • IV: Selain dari buat post yang menggalakkan orang beli produk, boleh juga kita share tentang aktiviti internal company. Mungkin kita ada hari keluarga atau program luar dengan semua staff, jadi, buat post gambar atau video pasal tu.

Lagi banyak orang luar tahu tentang company, lagi ramai audience suka tengok. Sebab content macam tu lebih ‘genuine’ dan nampak kemanusiaan. Bukan semata-mata brand tanpa ada orang disebalik nama brand.

4 – Plan Jenis Content

  • I: Buat content yang up-to-date. Dengan content yang terkini, algorithm akan lebih mantap dan reach audience yang memang mencari berita pasal isu semasa. Lebih bagus kalau ada tag yang berkait dengan isu tersebut.
  • II: Pastikan cover photo guna gambar yang menarik. Untuk tarik perhatian audience berhenti scroll di Instagram dan baca serta like gambar yang kita post. Lagi lagi kalau post tu ada lebih dari satu gambar dimana orang perlu swipe.
  • III: Jangan bergantung pada audio untuk tarik perhatian audience. Ramai orang scroll Instagram on mute, bila dah tekan video baru dengar bunyi, jadi pastikan video anda menarik walaupun tengok ‘on mute’.
  • IV: Pastikan video ada subtitle. Macam point yang tadi, ramai tengok video di Instagram tanpa suara, jadi, kalau ada subtitle, atau perkataan dalam video, mesti orang akan tengok walaupun tanpa audio.
  • V: Pastikan video tu dah menarik perhatian dalam 3 saat pertama sebab waktu tu saja yang kita ada untuk pastikan audience berhenti scroll dan tengok content kita.
  • VI: Pastikan video yang kita post tu tak terlalu panjang atau terlalu pendek. Walaupun Instagram dah bagi video sampai 60 saat, tak semestinya kita perlu sentiasa post video 60 saat. Video 15 saat pun dah cukup kalau isi yang berguna ataupun content berkualiti dan cantik.

Okay, untuk post kali ni, cukup sampai sini saja. Jom drop emel anda untuk dapat tips marketing dan bisnes dari Monocal terus ke inbox anda! Untuk artikel yang berkaitan, jom tekan sini.

Boleh juga follow Twitter, Instagram dan Facebook kami 🚀🚀🚀

Leave a comment