Case Study 3

Contoh FB Ads: Rahsia Medical Face Mask Laris Walaupun Banyak Saingan

Kali ini kami hendak berkongsi satu case study mengenai jualan medical face mask menggunakan FB Ads.

Penjual medical face mask ini adalah salah satu klien Monocal.

“Alhamdulillah .. so far so good… 8/8 haritu 200 parcel sekali kena post,”

PEMILIK BISNES

1 – Latar belakang

Klien menjalankan perniagaan dalam industri pakaian sukan wanita berhijab yang sudah menembusi pasaran global.

Namun, walaupun klien ini terkenal dengan penjualan pakaian sukan wanita, mereka mencuba produk baru sesuai dengan keperluan dalam situasi pandemik ini. Mereka hasilkan cloth mask yang bergaya.

Cloth mask yang direka klien kami bukan biasa-biasa.

Keselesaan material yang luar biasa, corak mask yang pertama kali cantik dan teknologi mask yang sejuk sentiasa. Jadi, klien kami memang tiada masalah menjual produk mereka pada peringkat awal pengeluaran produk.

Hari ini mask sudah menjadi satu barang keperluan.

Dan tambahan pula dengan gesaan untuk ‘double masking‘ yang disarankan oleh kementerian baru-baru ini yang menggabungkan surgical mask dengan cloth mask, ia memudahkan lagi jualan mask kepada pelanggan.

Ini adalah case study bagaimana penukaran sudut kreatif dan sudut copywriting dapat bantu peningkatan jualan cloth mask.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

2 – Masalah

Keadaan ekonomi yang merosot dan PKP silih berganti, produk klien kami ada masalah mendapatkan order yang banyak sejak pengeluaran.

Iklan mask sebelum ini fokus pada aspek keselesaan mask. Tapi, disebabkan lebih ramai orang berada di rumah, tak ramai orang nak beli mask.

Selain fokus pada keselesaan, iklan lain ada juga fokus pada keselamatan kulit dengan mask yang lebih lembut. Fokus iklan bercerita tentang aspek kulit breakout hasil mask yang tak sesuai dengan kulit juga tak meraih banyak engagement.

Pelik, bukan? Biasanya wanita sangat pentingkan hal kulit

Engagement iklan yang fokuskan pada keselesaan semasa pakai mask boleh dikatakan agak sendu.

Share iklan tak sampai 20, dan komen tak sampai 50 walaupun iklan produk terkenal!

Klien kami perlukan bantuan untuk raih lebih banyak jualan produk.

Di mana silapnya dengan iklan yang sedia ada?

Kenapa iklan yang mengetengahkan keselesaan mask khas untuk wanita tidak mendapat sambutan, walaupun keselesaan adalah antara faktor utama bila membeli sesuatu?

Jadi, macam mana Monocal bantu klien? Jom baca kajian kes ini!

3 – Penyelesaian

Disebabkan Monocal yang putuskan untuk fokus iklan tersebut terhadap keselesaan, jadi padanlah Monocal juga yang perlu tukar fokus iklan tersebut.

Puas digital marketer Monocal fikirkan cara untuk bantu klien kami, akhirnya kami berjaya cari sudut baru untuk menjual pelitup muka ini.

Penyelesaiannya adalah dengan menukar fokus dari aspek keselesaan kepada kecantikkan dan gaya.

Kenapa tukar dari keselesaan kepada gaya dan cantik?

Sebab Monocal sudah uji dan ternyata iklan yang fokus pada kecantikkan dan gaya cloth mask tersebut lebih banyak engagement berbanding iklan dengan fokus keselesaan.

1 – Sudut Copywriting

Mungkin wanita Malaysia tak peduli tentang keselesaan mask sebab dah biasa pakai mask sepanjang hampir dua tahun.

Jadi bila aspek gaya dan kecantikkan diketengahkan, lebih ramai wanita yang suka dengan iklan tersebut. Sudut iklan yang ditukar berbentuk macam ni:

  • Sebelum: “Tak Selesa Bila Bertudung Guna Mask Biasa…”
  • Selepas: “Wah, [influencer] pun guna mask [klien kami] masa pergi ambil vaksin!”

Dengan mengusik sentimen ambil vaksin yang memang dekat dengan rakyat Malaysia sekarang, kami kaitkan dengan mask yang klien kami jual.

Bukan selalu ambil vaksin, dan bukan selalu keluar rumah, kan?

Jadi mestilah nak berhias bila keluar. Itulah kisahnya.

2 – Sudut Kreatif

Tak cukup dengan tukar sudut copywriting saja, digital marketer Monocal juga ada tukar fokus kreatif.

Daripada iklan dengan gambar dan video produk, kreatif yang menyelesaikan masalah klien kami adalah jenis iklan User Generated Content (UGC), di mana beberapa orang influencer rakam video mereka menggunakan mask tersebut; sama ada untuk ambil vaksin atau kegunaan harian.

  • Sebelum: Iklan hanya tunjuk gambar produk dan video produk yang menunjukkan warna dan ciri produk.
  • Selepas: Melalui iklan UGC, pelanggan dapat tengok produk tersebut digunakan untuk kegunaan harian.

Disebabkan iklan UGC juga ada menunjukkan influencer, kepercayaan pelanggan terhadap produk juga meningkat.

Jadi, apa hasil kajian kes ini?

4 – Hasil

Hasilnya, alhamdulillah, engagement meningkat! Dan bukan saja dari segi likes, shares, dan komen, Click Through Rate (CTR) juga meningkat!

Iklan UGC (influencer). Bahagian komen dan share.
Iklan UGC (influencer)
Iklan UGC (influencer)

Bila kita bandingkan data di atas, di mana fokus produk dah ditukar dengan data sebelum sudut ditukar… Jom tengok!

Iklan produk
Iklan produk

Nampak ketara kan perbezaan sebelum dan selepas menukar sudut copywriting dan sudut kreatif?

Jadi inilah caranya klien kami hingga perlu post 200 parcel dalam satu hari minggu, hasil iklan yang berkesan dengan perubahan sudut iklan.

Bisnes anda ada masalah nak tingkatkan jualan? Jom hubungi Monocal sekarang dan kami akan bantu sebaik boleh. Mungkin anda boleh jadi kajian kes kami yang seterusnya.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Leave a comment

  1. Contoh Copywriting: Jenis, Cara, Langkah Dan Formula Lengkap Membina Copywriting Berkesan
    Permalink