Bagaimana McDonald Menjual Pengalaman Keseronokan

Kita mungkin rasa Mcdonald hanya penjual makanan fast food semata, tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Mereka menjual pengalaman keseronokan bersama keluarga.

“A child who loves our commercials and brings her grandparents to a McDonald’s gives us two more customers”

– Ray Kroc

Tarik satu pelanggan dapat 2 pelanggan tambahan. Inilah strategi McDonald meningkatkan AOV mereka. Kalau anak dah beli Happy Meal, takkan lah parent nak tengok saje kan? Mestilah akan beli makanan mereka juga.

McDonald sedar ibu bapa hari ini semakin sibuk dengan kerjaya, kurangnya family time. Jadi mereka cuba menjadikan McDonald sebagai tempat berkumpulnya ahli keluarga. Keluarga boleh berkumpul untuk makan, bermain dan berehat dalam satu masa yang sama. Win-win situation.

Menyedari hakikat ini, McDonald meletakkan kanak-kanak sebagai salah satu sasaran pelanggan mereka dan menyediakan pelan pemasaran khas untuk kanak-kanak.

Apa kelebihan bila kita iklankan kepada kanak-kanak walaupun kanak-kanak tiada kuasa membeli?

1. Anak-anak mampu mempengaruhi ibu bapa dengan kuasa memujuk mereka

2. Menjadikan kanak-kanak pelanggan sepanjang hayat dengan menerapkan pengalaman positif daripada brand mereka. Kalau dari kecil mereka dah suka satu-satu produk, ada kemungkinan besar mereka akan setia dengan produk tersebut.

Bagaimana McDonald menarik lebih ramai kanak-kanak?

1. Sediakan taman permainan

McDonald sediakan taman permainan di dalam restoran mereka. Sementara anak-anak bermain, ibu bapa boleh berehat dan berehat sebentar dengan kopi. McDonald merupakan operator taman permainan terbesar di Amerika Syarikat dengan lebih 8,000 taman permainan.

mcdonald menjual
Kredit: McDonald

Kalau di Malaysia, antara restoran Fast Food lain yang menggunakan konsep yang sama adalah A&W.

2. Memberikan permainan percuma

Anak-anak juga seronok bila mereka dapat mainan percuma dalam Happy Meal. McDonald merupakan antara pengedar mainan terbesar dengan lebih 1.5 bilion mainan dijual setiap tahun di seluruh dunia dan 1/3 daripada semua mainan di Amerika Syarikat. Happy Meal menyumbang 15-20% daripada jumlah jualan.

Kanak-kanak tak kisah sangat pun dengan makanan dalam Happy Meal, mereka tak kisah pun dapat Double Cheeseburger atau Chicken McDeluxe. Naluri mereka kuat bermain. Kalau disuruh pilih antara main dan makan, mesti mereka akan pilih untuk main.

happy meal

Teknik ini juga yang digunakan Kinder Joy, Jojo dan Tora datang lagi. Contoh mudah Tora, mereka pilih waktu yang tepat untuk keluarkan iklan mereka. Ketika kanak-kanak di Malaysia duduk di depan TV menonton Dragon Ball. Tora kenal siapa pelanggan mereka.

3. Packaging yang menarik

Kanak-kanak suka melihat bila tengah makan, sesuatu yang buatkan mereka jadi leka. Berbeza dengan orang dewasa yang lebih suka berbual ketika makan. Sebab itu packaging makanan memainkan peranan yang sangat penting bagi kanak-kanak.

Cuba tengok kotak cereal, meriah kan? Ada gambar kartun, ada puzzle dan lain-lain. Begitu juga dengan kotak Happy Meal. Kadang-kadang ada kotak Happy Meal yang boleh digunting dan dilipat. Kanak-kanak suka berimiginasi, tengok kotak yang meriah begini pun dah macam-macam aktiviti mereka boleh buat.

Ini contoh iklan happy meal yang pertama:

4. Menggunakan warna yang ceria dan terang

Disebabkan kanak-kanak kurang kemahiran membaca dan berfikir berbanding orang dewasa, warna memainkan peranan yang sangat penting. Sebab itu McDonald menggunakan warna yang ceria dan terang.

Dina Borzekowski daripada Johns Hopkins Bloomberg School of Health melakukan satu kajian kepada 63 kanak-kanak prasekolah di Maryland Amerika Syarikat. Dina memberikan mereka 2 kotak makanan. Setiap kotak mengandungi nugget ayam, hamburger, kentang goreng, 2 baby carrot dan secawan susu.

Walaupun kedua-dua kotak adalah daripada McDonald, satu kotak dibungkus semula tanpa sebarang logo McDonald dan design yang plain, manakala satu bungkusan lagi adalah bungkusan asal McDonald.

Majoriti kanak-kanak memberitahu rasa makanan adalah berbeza bagi kedua-dua bungkusan dan mereka lebih suka makanan dalam bungkusan McDonald.

Begitulah strategi bagaimana McDonald menarik lebih ramai-ramai kanak-kanak ke Restoran mereka dan seterusnya menjadikan McDonald sebagai tempat yang lebih mesra keluarga. Bila ingat McDonald, kanak-kanak akan ingat keseronokan.

Lihat semula kepada bisnes anda, kenal siapa pelanggan anda dan apa pengalaman yang anda mahu pelanggan ingat tentang brand anda.

Baca juga: Bagaimana Michelin Gunakan Content Marketing 100 Tahun Yang Lalu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

    Monocal – Digital Marketing Agency
    14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
    40170 Shah Alam,
    Selangor