Launching, Peringkat Kedua Framework Facebook Ads

"On testing level kita nak identify error tu apa dan kita nak avoid dan kita nak test as much as possible,"

Published on:

Dalam framework Facebook ads ada 4 peringkat; planning, launching, optimization dan juga scaling up. Untuk post kali ni, jom kita belajar lebih lanjut tentang launching dan execution.

Ini adalah sedikit ringkasan daripada webinar Monocal tentang Framework Facebook Ads.

Perkara penting dalam launching adalah kita perlu tahu yang kita ada hierarki testing. Hierarki testing adalah urutan untuk kita buat testing. Tujuan kita buat hierarki testing ni adalah untuk elak kesilapan besar yang mungkin merugikan bisnes kita.

“On testing level kita nak identify error tu apa dan kita nak avoid dan kita nak test as much as possible,”

SPEAKER

Testing adalah perkara wajib dalam digital marketing, terutama dalam launching.

Walaupun kita yakin yang teknik marketing kita, offer kita, creative kita, copy kita, dah cukup untuk tarik minat pelanggan sebab memang itu yang kita buat selama ni, bila kita nak execute plan baru atau produk baru, kita masih perlu buat testing.

“Kalau jumpa mana-mana marketer pun memang akan cakap tu je, ‘it depends’ dan ‘kena test’,”

SPEAKER

Jadi, jom kita mulakan.

Launching hierarchy

1 – Budgeting

Pertama sekali kita mesti pastikan kita dah set budget yang betul untuk testing. Mungkin budget kita untuk marketing adalah sebanyak RM5,000 sebulan. Jadi, kita mungkin boleh letak untuk testing 10% (RM1,000) daripada marketing budget kita.

“It always start dengan budgeting,”

SPEAKER

Tak perlu banyak-banyak sebab kita taknak rugi, dan testing ni adalah sesuatu yang sepatutnya membantu kita elak kerugian.

Apa yang kita nak test?

2 – Creative & Offer/Positioning Testing

“Sometimes we might have a best practice but it only work for your product,”

SPEAKER

Benda pertama sekali kita perlu test adalah creatives.

Creatives antara faktor utama orang klik iklan, jadi kita perlu cari winning creatives yang orang sentiasa suka tekan, tengok dan share. Tak kisah dari segi gambar ataupun video.

“We want to test, we want to reduce error,”

SPEAKER

Mungkin gambar produk lebih banyak engagement atau conversion dari gambar model dengan produk. Atau mungkin video cara guna produk lebih bagus dari video produk sahaja.

Kita tidak akan tahu mana satu lebih berkesan kalau kita tak test.

Kemudian kita test offer. Apa offer yang kita boleh bagi pada pelanggan? Buy 1 free 1? Free shipping? Discount code? Referral code? Kita test satu-satu dan tengok mana yang pelanggan paling minat.

Bila dah ada creative dan offer yang orang paling suka, kita gunakan itu untuk Facebook ads kita yang seterusnya. Anda boleh juga baca lebih lanjut tentang winning ads di sini.

Lepas test creative dan offer nak buat apa?

3 – Audience Testing

Lepas creative dan offer, kita perlu test audience pula. Banyak sebab untuk kita test audience, dan banyak faktor yang kita boleh test.

Antaranya macam demografi, kesukaan, umur, pekerjaan dan banyak lagi. Jadi kita perlu test; mungkin audience yang berumur 30-an lebih suka produk dan offer berlainan dari audience 20-an.

Mungkin ada audience yang bekerja suka tengok gambar daripada tengok video.

Untuk cari angle sesuai bagi audience berbeza kita kena rajin tanya “why, why, why,”. Kenapa umur 20-an suka tengok video? Kenapa umur 30-an lebih suka gambar? Kenapa orang semenanjung Malaysia suka tekan link?

Kenapa, kenapa, kenapa.

Bila kita dah dapat jawapan untuk semua tu, barulah iklan kita berkualiti sebab kita dapat sesuaikan iklan dengan audience.

Jadi iklan kita akan ada pelbagai jenis untuk sesuaikan dengan audience berbeza. Kita boleh target secara spesifik; audience yang ini perlu bagi gambar dan offer macam ni, dan seterusnya.

Dah test audience, kita kembali semula pada budgeting.

4 – Budgeting

“Paid marketing is basically kita punya ‘fuel’ kat sini adalah duit, kita letak duit and then keluar duit,”

SPEAKER

Disebabkan kita bermula dan berakhir dengan duit, lebih baik untuk kita berhati-hati dengan macam mana kita spend duit untuk Facebook Ads.

Bila kita dah elok budgeting untuk testing, dan testing kita dah cantik untuk creatives, offer dan juga audience; kita boleh beralih pada budgeting untuk marketing sebulan terus.

Sebab apa yang kita dah test pada skala kecil tu kita dah elakkan kerugian dan kesilapan besar seperti salah guna creatives atau offer yang tidak menarik.

Jadi, dengan testing, kita dapat buat iklan yang lebih bagus pada skala besar.

“What are the hypothesis, ekperimen apa yang kita nak try, and what kind of error yang kita boleh minimize,”

SPEAKER

Inilah perkara penting dalam fasa launching. Jom subscribe newsletter Monocal untuk dapat update akan datang tentang fasa seterusnya.

Nak Monocal buatkan launching? Boleh, tiada masalah.

Leave a comment