contoh copywriting yang menarik

Contoh Copywriting Yang Menarik: Iklan Produk Lain Dari Yang Lain

Kali ini kami akan membawa contoh copywriting yang menarik dan berbeza dari artikel yang pernah kami siarkan sebelum ini. Anda boleh lihat artikel berkaitan contoh copywriting yang kami pernah tulis untuk panduan menulis copywriting yang lebih berstruktur.

Contoh-contoh dibawah kali ini adalah berbeza dari kebanyakan iklan dan copywriting yang berada didalam pasaran Malaysia kini. Perbezaan tersebut boleh dilihat dari segi cara penulisan, metod, teknik dan pengalaman dalam menghasilkan copywriting.

Comfort Republic – Apollo Trunk & Apollo+ Brief

contoh copywriting menarik - comfort republic
Iklan Facebook dan Instagram Comfort Republic
Video dari iklan Facebook dan Instagram Comfort Republic

Iklan diatas merupakan iklan dari Comfort Republic. Produk yang dijual ialah seluar dalam untuk lelaki.

i. Kekuatan Iklan

Fokus Pada Manfaat Produk

Mesej iklan adalah jelas tentang produk untuk lelaki, dengan model lelaki dan produk ditunjukkan dalam thumbnail.

Fokus pada kelebihan produk, selesa, tidak terlalu ketat, boleh bergesel tanpa menwujudkan rasa tidak selesa pada lelaki, juga tidak berbau jika dipakai dalam tempoh lama.

Kesemua kelebihan produk dan manfaat yang pembeli akan dapat diterangkan dalam iklan dalam ayat yang ringkas dan mudah difahami.

Mesej Dan Lakonan Yang Unik

Video yang kelakar dan bersahaja juga sesuai dengan citarasa majoriti lelaki yang menjadi target produk tersebut.

ii. Kelainan

Sangat Berbeza

Tiada jenama seluar dalam yang berani tampil buat iklan video beserta model yang sesuai dengan sasaran produk tersebut.

Ini masalah atau ‘mental gymnastics’ yang dilalui lelaki sebelum membeli seluar dalam:

  • Tak mahu beli di kedai secara fizikal.
  • Jenama tidak penting kerana ia adalah pakaian dalam, tidak dilihat orang luar.
  • Susah nak mencari seluar dalam yang bersaiz besar, atau susah nak jangka saiz apabila membeli di pusat beli belah.
  • Belian dalam kuantiti yang banyak dalam satu pembelian.
  • Harga juga bukan isu, asalkan kena dengan kualiti.
  • Sebaiknya berwarna gelap.
  • Keselesaan sebagai faktor utama.

Comfort Republic berjaya menyelesaikan masalah diatas dengan penjelasan dalam iklan dan juga video.

Produk boleh dibeli online, ada pilihan pek dan pelbagai pilihan saiz.

Iklan juga fokus aspek keselesaan dan kualiti yang dimahukan lelaki yang sangat jarang membeli seluar dalam baru.

Jika diperhati, produk berwarna gelap dan sangat kena dengan citarasa ramai lelaki terutama di Malaysia.

Comfort Republic berjaya mencipta iklan yang jarang dilihat dalam media, dengan tulisan yang jelas dan video testimoni yang dipercayai.

Satu iklan yang lain dari yang lain, juga terbaik dari segi penawaran.

My ENT Doctor – Rawatan Keluarkan Lipas Dari Dalam Telinga

contoh copywriting menarik - ent doctor
Iklan Facebook & Instagram My ENT Doctor

Iklan ini dihasilkan oleh klinik My ENT Doctor. ENT merujuk kepada Telinga, Hidung dan Tekak (Ear, Nose and Throat) dan jenama ini menunjukkan yang mereka pakar dalam menyelesaikan masalah berkaitan tiga organ tersebut.

i. Kekuatan Iklan

Idea Yang Berbeza

Iklan ini menunjukkan proses mengeluarkan lipas yang tersangkut dalam lubang telinga.Walaupun proses agak jijik, bagi prospek yang mungkin ada kerisauan berkaitan, video ini dapat membantu mereka rujuk kepada doktor yang berkenaan.

Faktor Rasa Ingin Tahu

Bagi prospek yang tiada kerisauan tersebut, ada golongan yang ingin tahu penghujung cerita dan akan tengok hingga akhir dan kongsi kepada kenalan rapat.

Kredibiliti

Lipas dapat telinga adalah perkara yang jarang berlaku tetapi video ini dapat mewujudkan kesedaran yang ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Doktor dalam iklan menunjukkan kepakaran dalam menguruskan pesakit dengan kes sebegini. Ini dapat meningkatkan kepercayaan prospek kepada jenama ini.

ii. Kelemahan iklan

Terlalu Banyak Hashtag

Tanda pagar (hashtag) yang digunakan juga tidak membantu post tersebar. #driqbal dan #earnosethroat tidak melambangkan jenama atau servis secara terperinci. Kebanyakkan hashtag yang digunakan tiada manfaat.

Hashtag digunakan untuk tingkatkan ‘reach’ post media sosial, tetapi ini adalah iklan media sosial, jadi hashtag tidak diperlukan.

Tiada Elemen Pujukan Atau Penyelesaian Masalah

Ayat iklan boleh diperbaiki dengan mengajak prospek terus buat tempahan servis, konsultasi atau pemeriksaan berkaitan. CTA juga sepatutnya membantu prospek buat tindakan, bukan hanya ke profil Instagram.

iii. Kelainan

Anda tak akan nampak orang menggunakan lipas yang tersangkut didalam telinga sebagai fokus iklan.

Fokus iklan agak jijik tetapi masih dapat menarik perhatian prospek yang tertanya-tanya. Idea berbeza untuk mendapatkan perhatian pengguna media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Ayat thumbnail dan elemen kejutan (lipas) sangat unik dalam membantu prospek berhenti dan lihat serta baca iklan hingga akhir.

Video dari iklan Facebook & Instagram My ENT Doctor

Cyber Craft Cosplay Shop V2 – Storm Trooper Helmet

contoh copywriting menarik - star wars helmet
Iklan Facebook & Instagram Cyber Craft Cosplay Shop V2
Video dari iklan Facebook & Instagram Cyber Craft Cosplay Shop V2

Iklan ini merupakan iklan untuk produk helmet Storm Troopers buatan tangan. Produk seperti ini merupakan produk berasaskan hobi.

Cyber Craft Cosplay Shop menyasarkan lelaki muda yang ingin membeli helmet Star Wars yang sememangnya popular dalam golongan lelaki.

i. Kekuatan iklan

Variasi Produk

Video pendek menunjukkan pelbagai variasi produk yang dipakai oleh model perempuan. Setiap prospek pembeli akan membeli helmet yang berbeza dari orang lain. Oleh itu, mempamerkan banyak variasi helmet adalah penting.

Muzik Catchy

Muzik yang catchy dan kuat untuk menarik perhatian pengguna media sosial untuk menontonnya.Musik yang ceria untuk buat prospek berhenti dan lihat video.

ii. Kelainan

Model Yang Cantik

Model yang ditunjukkan juga adalah perempuan kerana dapat lebih menarik perhatian pembeli yang rata-ratanya datang dari golongan lelaki.

Produk berasaskan hobi Star Wars seperti ini mengaitkan elemen ‘sex sells’ dengan menggunakan perempuan yang berpakaian seksi untuk menjual produk.

Pemikiran luar kotak yang mengaitkan model perempuan seksi bersama Star Wars dengan plot tentang revolusi dan perang angkasa.

Kebanyakan produk Star Wars menggunakan penjenamaan Star Wars itu sendiri, kerana Star Wars adalah satu jenama yang sangat kuat dikalangan peminat-peminatnya apabila filem Star Wars Episod 9 yang ditayangkan pada 2019 berjaya mengutip USD1.074 billion.

Iklan ini tidak mengambil kesempatan tentang penjenamaan Star Wars yang popular, sebaliknya cuba sesuatu yang baru. Penggunaan model seperti ini menunjukkan bahawa pemilik jenama tahu dengan jelas kumpulan sasaran (target market) pembeli-pembeli helmet ini.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

superwoman_damansarakl – Bengkung Viral

contoh copywriting menarik - bengkung viral
Iklan Facebook & Instagram superwoman_damansarakl
Video dari iklan Facebook & Instagram superwoman_damansarakl

Iklan ini merupakan iklan berbentuk video ‘packing’ produk Bengkung Viral. Ia dipasarkan oleh akaun Instagram superwoman_damansarakl.

i. Kekuatan iklan

Muzik Menarik

Muzik yang menarik digunakan untuk menarik pengguna media sosial menontonnya. Muzik yang menarik akan menarik prospek untuk berhenti.

Video Ringkas Dan Padat

Keseluruhan video menunjukkan proses pembungkusan yang menarik dan sesuai dijadikan hadiah. Juga memaparkan manfaat bengkung untuk pengguna.

Prospek dapat lihat rupa akhir produk sebelum sampai ditangan pembeli. Bagus untuk membantu mengawal jangkaan pengguna yang mungkin ada permintaan yang pelik terhadap produk.

Tiada elemen copywriting yang unik, tetapi idea yang ringkas dan terus (direct to the point) menyebabkan iklan ini bagus dan kami jadikan contoh copywriting yang menarik.

ii. Kelainan

Zul Ariffin Sebagai Model

Kami tidak pernah menyangka, Zul Ariffin, seorang model dan aktor di Malaysia, boleh menjadi seorang model untuk produk bengkung.

Walaupun bengkung kebanyakkannya dipakai oleh perempuan, jenama ini menggunakan model lelaki untuk menarik perhatian sasaran.

Iklan ini menggunakan konsep yang sama seperti iklan helmet Star Wars diatas tadi. Idea ‘kenapa tidak’ (why not) oleh pemilik jenama untuk memasarkan produk tersebut. Dua elemen yang tidak sepadan, bila digabungkan menimbulkan tanda tanya dan persoalan kepada orang yang melihat.

Sekaligus, ia menjadikan produk ini satu buah mulut orang (word of mouth) yang mungkin berkesan untuk memasarkan produk seperti ini.

‘Goodwill’ Zul Ariffin yang popular dikalangan penggemar dunia hiburan Malaysia. Peminat Zul Ariffin rata-rata terdiri dikalangan perempuan kerana rupa, wajah kacak dan penampilan yang kerap dalam pelbagai drama.

Zul Ariffin merupakan seorang selebriti yang dikenali dengan badan yang sasa. Manakala bengkung merupakan produk untuk mengempiskan perut.

Kumpulan sasaran (target market) produk bengkung ini juga adalah sama dengan kumpulan peminat Zul Ariffin. Maka langkah pemasaran seperti ini adalah tepat untuk menarik perhatian pengguna.

Rlb_Marshall – Peria Crispy Cheese

contoh copywriting menarik - popia cheese
Iklan Facebook & Instagram Rlb_Marshall
Video dari iklan Facebook & Instagram Rlb_Marshall

Iklan ini merupakan iklan yang dihasilkan akaun rlb_marshall, seorang pengguna Instagram.Beliau menjual kerepek Peria Crispy Cheese didalam iklan ini.

i. Kekuatan iklan

Menggunakan muzik (jingle) yang popular dikalangan pengguna media sosial. Muzik yang menarik akan menarik prospek untuk berhenti dan lihat iklan.

ii. Kelemahan iklan

Tiada Teks Copywriting

Tiada langsung teks copywriting terdapat didalam iklan ini. Agak tidak menepati ciri-ciri contoh copywriting yang menarik yang kami perlukan.Prospek perlu lihat video untuk memhami isi iklan, tetapi tidak semua orang akan tengok video.

Tiada CTA Yang Betul

CTA yang tidak tepat, hanya membawa pengguna iklan ke profil Instagram, walaupun keseluruhan mesej iklan adalah untuk mejual secara hardsell.CTA yang lebih baik adalah yang mengajak prospek terus membeli produk. Mungkin link WhatsApp, direct message Instagram, Shopee dan sebagainya. Mudahkan prospek buat pembelian.

iii. Kelainan

OKU Sebagai Tarikan Utama Iklan

Iklan ini dihasilkan oleh seorang orang kurang upaya (OKU) untuk menjual produk beliau. Kemungkinan besar beliau tidak mempunya sebarang ilmu berkaitan marketing dan membina iklan.

Keseluruhan iklan kedengaran dan kelihatan pelik… untuk menjual produk Peria Crispy Cheese, produk kerepek berasaskan peria.

Kami tidak berani komen sama ada iklan ini sebenarnya berjaya atau tidak, kerana terdapat kemungkinan bahawa iklan yang pelik sebegini lebih digemari orang ramai dan berkesan membawa jualan, berbanding iklan lain yang lebih normal dan berstruktur.

Walau bagaimanapun, iklan ini merupakan satu contoh yang baik dalam membuat iklan.

Kreativiti dalam menghasilkan iklan tidak semestinya bergantung pada inspirasi dari jenama-jenama terkemuka.

Malahan idea-idea biasa seharian juga boleh dijadikan iklan jika ianya menarik.

Penutup

Walaupun dari segi copywriting ada iklan yang perlu penambahabikan, iklan-iklan ini mempunyai idea-idea yang menarik yang boleh dijadikan inspirasi oleh anda ketika proses untuk memikirkan idea baru untuk iklan anda.

Kami mahu menunjukkan kepentingan idea dalam artikel ini. Walau anda ada ayat memukau yang paling hebat didunia ini, tidak semestinya iklan anda akan berjaya. Contoh copywriting yang menarik diatas menunjukkan anda tidak perlu ‘copywriting sempurna’ untuk beriklan.

Ini hakikat yang anda perlu sedari:

Anda tidak bersaing dengan produk-produk orang lain ketika menjual di media sosial. Anda bersaing untuk mendapatkan perhatian pengguna untuk melihat tawaran dan produk anda.

Semakin cepat anda faham dan bertindak atas hakikat ini, semakin cepat kempen pemasaran iklan di media sosial anda akan berjaya.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29732″]

Leave a comment