Cara Naikkan Bajet Facebook Ads

Dua Cara Naikkan Bajet Facebook Ads Untuk Beginner

Cara untuk naikkan bajet Facebook ads ni ada dua yang kami guna di Monocal. Semua bisnes nak scale up; nak naikkan bajet iklan supaya sales boleh naik juga. Tapi apa cara yang berhati-hati untuk scale up? Apa cara naikkan bajet secara considerate supaya tak rugi?

Jom belajar dengan Monocal. Kalau anda nak Monocal buatkan pun boleh, jom isi details di sini.

Ini post pendek tentang cara naikkan bajet FB ads untuk beginner 🚀

1 – Tengok patut scale up atau tak

Untuk scale up, kita perlu consider performance ads yang ada. Tengok Cost per Lead, Cost per Sale, ROAS. Kalau semua cantik, baru kita boleh consider scale up. Kalau ada yang masih tak cantik, kita perlu usaha untuk buat winning ads.

Bila dah ada winning ads, copy mantap, creatives perform, baru selesa nak scale up.

2 – Tengok nak scale up vertically atau horizontally

Cara naikkan bajet ads ni juga ada dua. Horizontal atau vertical ni adalah mengikut Facebook Business Manager kita. Kalau horizontally maksudnya kita scale up secara ad set level. Vertically pula kita scale up melalui bajet.

Scale up horizontally dengan adjust settings pada ad set level ni banyak yang kita boleh buat. Duplicate ad set dan;

  • Cuba audience baru
  • Cuba interest baru
  • Tambah creatives baru

Scale up vertically pula adalah dengan cara naikkan bajet. Digital marketer di Monocal bila nak scale up akan naikkan 30-40% sebab bila data pada poin (1) tadi dah cantik, scale up memang tiada masalah.

Tapi, kalau anda takut-takut nak naikkan banyak sangat bajet, boleh cuba 10-30% dulu.

Tips dia, kalau ada campaign yang perform lebih dari yang lain, tengok campaign tu.

Kalau ada ad set yang kurang perform, tutup dulu ad set tu, baru naikkan bajet. Dan tengok-tengok juga ad set yang paling perform tu, mungkin boleh duplicate dan buat juga horizontal scale up.

Bila dah ikut dua langkah ni, jom tunggu leads dan sales masuk 😁🚀


Dah pandai scale up, senang la nak dapatkan sales. Tapi kalau belum pandai pun takpe, anda hanya perlu isi details di sini dan Monocal boleh scale up bisnes anda.

In the meantime, jangan terlepas post menarik pasal Facebook ads dan marketing dengan subscribe newsletter Monocal di sini atau join channel Telegram kami.

Jangan lupa follow Monocal di Instagram, Twitter dan like page kami di Facebook. Jom join komuniti Digital Marketing di sini.

Leave a comment