Messenger untuk Instagram

3 Cara Mudah Guna Facebook Messenger Untuk Reply DM Instagram

Facebook Messenger banyak fungsi yang kita lupa manfaatkan. Banyak small business yang mula buat bisnes melalui Facebook, WhatsApp dan Instagram, dan kebanyakkan bisnes ada tiga-tiga social media untuk pastikan audience dapat jumpa bisnes di semua platform.

Tapi, satu isu yang merisaukan bila ada customer yang private mesej dan kita tak sempat balas. Kita risau mereka hilang minat pada produk dan buatkan kita hilang potential customer. Jadi, Facebook ada usaha untuk mudahkan komunikasi antara potential customer dan small business owners.

Dengan Messenger, kita boleh hubungkan potential customer di Facebook dan juga Instagram.

Post kali ni nak ajar cara untuk gunakan Messenger sepenuhnya 🤩


Senang je, jom ikut step ni.

1 – Pergi ke profile dan tekan ‘Settings’ dan tekan ‘Privacy’.

2 – Tekan ‘Message Delivery’.

3 – Anda akan nampak tiga pilihan:

Facebook Friends or People You’ve Chatted With on Messenger (Yang dah pernah interact di Messenger)

People with Your Phone number (Orang yang ada nombor telefon kita)

Other on Facebook (Lain-lain orang di Facebook)

Dan tiga-tiga group ni anda boleh pilih;

  • Chat – Semua mesej terus jadi masuk dan jadi chat
  • Message requests – Semua mesej akan masuk di bahagian request, bila kita approve baru jadi chat.
  • Don’t receive requests – Chat takkan masuk ke bahagian request sebab kita taknak terima request

Lepas tu, pergi pula ke Instagram app;

1 – Tekan profile dan tekan ‘Settings’.

2 – Tekan ‘Privacy’

3 – Tekan ‘Messages’.

Sama macam di Messenger, anda akan jumpa 3 pilihan tadi, tapi kali ni ada bahagian tambahan;

4 – Tekan ‘Allow Access to Messages’.

Bila dah biru, macam yang ditunjuk dalam gambar, semua orang yang ada access pada tools Facebook boleh tengok mesej di Instagram dan balas mesej menggunakan account Instagram tersebut.

Jadi, bila dah enable feature ni, tak buka Instagram pun kita masih dapat access direct messages yang ada di Instagram, dan kita boleh reply menggunakan Facebook Messenger, Facebook Creator Studio, Facebook Business Manager dan lain-lain.

Yang paling mudah mestilah guna Messenger 🔥

Dengan ni, tak perlu risau terlupa reply DM sebab tak perasan. Semua DM Instagram akan masuk ke Facebook Messenger dan kita boleh jadikan potential customer kepada loyal customer, insyaAllah!


Rasa post ni berguna? Jom subscribe newsletter Monocal supaya tak terlepas tips mantap tentang Facebook ads, Instagram ads dan marketing.

Nak Monocal buatkan? Jom isi details di sini.

Jangan lupa follow Monocal di Instagram, Twitter dan like page Monocal di Facebook sekarang âš¡

Ada soalan lain yang berkaitan? Jom join komuniti Monocal untuk dapat penjelasan yang padu dari orang-orang dalam industri marketing.

Leave a comment