Jenis Kempen Iklan Facebook

6 Jenis Kempen Iklan Facebook Ads

“Masalah saya adalah tak tahu nak buat campaign mana satu dulu sebelum buat campaign jualan. Masih keliru,”

UNKNOWN

Bagi yang dah tahu cara nak buat Facebook ads, mesti agak keliru nak buat kempen iklan Facebook apa dulu. Tak tahu nak prioritize kempen untuk produk kita.

Jom baca post kali ni.


Untuk buat kempen iklan Facebook ni ada beberapa perkara perlu kita consider.

Pertama kita perlu consider audience kita di Facebook adalah cold atau warm audience? Kalau cold, kita perlu consider pula mereka di peringkat kesedaran yang mana, boleh rujuk di sini.

1 – Education/Awareness Campaign

Jadi, bila dah fikir masak-masak, kita ada lima cara untuk buat kempen iklan Facebook Educate/Awareness tu.

Kempen Educate/Awareness ni lebih kepada kita nak mengajar audience.

Maksudnya disini, kita nak kasi orang kenal produk/service kita dulu. Mengajar dan juga pastikan prospek sedar kewujudan masalah mereka, atau produk kita.

Contoh iklan untuk kempen ini:

[Bagaimana Mengatasi Kulit Bermasalah]

Jenis kempen iklan Facebook pertama ni kita boleh pilih audience dari lima peringkat kesedaran.

5 Peringkat kesedaran;

  • Unaware (Contoh Kulit Bermasalah)
  • Problem Aware (Sebab Kulit Bermasalah)
  • Solution Aware (Cara Rawat Kulit Bermasalah)
  • Product Aware (Ciri Produk Merawat Kulit Bermasalah)
  • Most Aware (Produk XYZ Mampu Rawat Kulit Bermasalah)

2 – Traffic Campaign

Lepas kita dah pastikan audience tahu kewujudan produk kita, baru kita mula buat kempen traffic. Tujuan kempen traffic ni kita nak bawa orang ke page atau website kita. Kita boleh pilih nak buat kempen ni di Facebook atau Instagram.

4 Bentuk iklan kempen traffic;

  • Gambar
  • Video
  • Carousel
  • Koleksi

Dengan empat jenis iklan ni, kita boleh pilih untuk buat Website Click dimana kempen iklan Facebook tu fokus untuk buat orang klik link dan pergi ke page atau website, atau kita boleh buat App Engagement dimana iklan akan buat orang pergi ke mobile app atau desktop kita (kalau ada).

3 – Engagement Campaign

Kempen engagement ni fokusnya untuk dapat lebih banyak engagement dari audience. Lebih banyak likes, comment atau share pada post atau page kita.

3 Jenis kempen engagement;

  • Post Engagement (Jom like dan share post ni dengan rakan-rakan anda!)
  • Page Likes (Jangan lupa like page XYZ untuk lebih banyak tips jaga kulit!)
  • Event Responses (Jom daftar sekarang untuk join larian ABC!)

4 – Video View Campaign

Untuk kempen Facebook video view ni bagus kalau kita ada teaser untuk launch product baru. Facebook akan target orang-orang yang rajin tengok video untuk tengok iklan yang kita buat tu.

5 – Retargeting Campaign

Untuk kempen retargeting pula, supaya orang yang dah pernah nampak dan click iklan kita tapi tak beli, nampak iklan sekali lagi dan akan terus beli! Facebook akan bantu cari orang yang dah pernah engage dengan kita dan akan retarget pada audience yang dah ada tu.

Selalunya bila retarget ni memang banyak sales atau leads sebab orang dah tahu pasal kita dan cuma perlukan push sikit je untuk beli produk.

6 – Conversion Campaign

Kempen conversion ni kita buat supaya orang terus beli. Dan tips dari Monocal sendiri, kalau kita ada nak buat product launching, lebih baik kita buat seeding atau traction campaign supaya orang aware akan ada sales atau product launching berlaku tak lama lagi.

Selalunya campaign seeding ni akan masuk ke landing page atau pun form. Bila buat macam ni, kita boleh cuba funnel marketing untuk audience yang ada tu.

Sebaiknya juga seeding ni kita buat seminggu sebelum sales atau launching.

Lepas seminggu tu, kita terus buat conversion campaign, insyaAllah banyak lead masuk!


Untuk beginner, boleh cuba buat kempen iklan Facebook yang 6 ni dulu. Kalau nak terus buat conversion campaign pun boleh tapi akan bakar duit sikit awal-awal 🔥

Terpulang nak run campaign apa dulu, asalkan bajet cukup dan sentiasa pantau.

Kalau nak Monocal buatkan kempen iklan Facebook anda 👇🏻

Jangan terlepas tips menarik dari Monocal, jom subscribe newsletter dan channel Telegram sekarang dan follow Instagram, Twitter serta like Facebook page Monocal!

Monocal juga ada komuniti untuk digital marketers dan business owners yang nak belajar pasal digital marketing!

Leave a comment