7 Strategi Digital Marketing Yang Terbukti Mampu Bantu Bisnes Untuk Berjaya

Monocal adalah agensi digital marketing. Tapi, berapa ramai antara anda yang membaca tahu apa itu digital marketing?

Published on:

Monocal adalah agensi digital marketing. Tapi, berapa ramai antara anda yang membaca tahu apa itu digital marketing?

Digital marketing adalah salah satu cabang marketing, tetapi secara online, digital. Berbeza dengan marketing tradisional yang ada print iklan dan banner, digital marketing tiada buat print. Semua marketing berlaku secara digital dan selalunya boleh kita nampak di social media seperti Facebook, Instagram, Google, Twitter dan sebagainya.

Tapi apa yang agensi ni buat secara detail? Sama macam marketing biasa, agensi akan tolong dari segi branding, cari customer baru, bina website, buat iklan; dan banyak lagi! Banyak kepakaran yang diperlukan untuk menjayakan kerjasama antara agensi digital marketing dengan sebuah bisnes.  

Dan bukan kepakaran saja yang diperlukan, pengalaman dan toleransi juga penting. Tetapi, yang paling penting adalah strategi yang digunakan. Jadi, post kali ni adalah tentang strategi digital marketing yang banyak bisnes dah gunakan dengan jayanya.

Digital marketing perlukan strategi dan digital marketers akan jalankan strategi untuk bisnes dan brand. Jom baca jenis-jenis strategi dan sedikit sebanyak tentang macam mana nak jalankan strategi ni! 👇🏻👇🏻👇🏻

  1. Search Engine Optimization (SEO)
  2. Paid Search Advertising
  3. Paid Social Advertising
  4. Social Media Marketing
  5. Content Marketing
  6. Email Marketing
  7. Conversion Rate Optimization (CRO)

1. Search Engine Optimization (SEO)

Teknik Search Engine Optimization (SEO) dapat digunakan untuk meningkatkan visibility bisnes anda yang berkaitan dengan apa yang orang search di Google, contohnya. SEO sangat penting dalam meningkatkan brand awareness dengan hasil carian dan ciri carian yang sinonim dengan brand atau produk anda. Ini contoh macam mana SEO membantu jenama.

Bila kita search ‘seo’ hanya website yang optimize tiga perkataan ni akan muncul di result search page pertama. Jadi, bagus untuk brand yang ada optimize keywords supaya bila pelanggan search keywords niche bisnes anda, terus boleh jumpa bisnes anda 🤩

2. Paid Search Advertising

Paid search, atau strategi pay-per-click (PPC), merujuk pada result yang sponsored pada search page. Kalau anda ada guna strategi ni, anda hanya perlu bayar bila ada orang tekan iklan anda. Dan iklan ni akan keluar bila orang search keywords yang berkaitan dengan bisnes anda. Contohnya macam ni:

Iklan ni boleh berubah kedudukan dan dia bergantung pada search history gajet yang pelanggan guna. Kalau audience tu memang selalu cari tentang digital marketing, maka iklan yang muncul tu akan berkait dengan digital marketing dan makin banyak iklan muncul (macam dalam gambar atas ni). Jadi, ni pun strategi yang bagus juga untuk tingkatkan brand awareness supaya lebih ramai orang tahu tentang bisnes kita.

Kalau nak tahu lebih detail jom baca sini.

3. Paid Social Advertising

Untuk paid social advertising pula, iklan ni akan muncul di social media dan akan target spesifik audience. Antara jenis paid social advertising ni macam PPC tadi, influencer-generated content, dan display ads (yang bila kita baca blog tiba-tiba ada iklan). Kita boleh tahu itu paid social advertising sebab kat iklan tu ada tag ‘sponsored’ atau ‘promoted’.

4. Social Media Marketing

Social media marketing pula iklan yang kita bayar pada social media macam Instagram atau Facebook. Ini pun bergantung pada algorithm. Kalau orang tu suka tengok baju, selalu like gambar baju, komen gambar baju, share post berkaitan baju, maka iklan yang keluar juga berbentuk post baju. Contohnya macam ni:

Jadi, ini pun bagus sebab sambil orang scroll Instagram, Facebook, masih boleh nampak iklan produk kita. Walaupun mereka tak beli, bisnes boleh tingkatkan brand awareness. Bila mereka ada masalah yang produk kita boleh selesaikan di hari lain, mereka akan cari balik produk kita.

5. Content Marketing

Content marketing pula antara salah satu marketing yang tak perlukan digital marketing agensi, tapi masih boleh hire agensi kalau nak. Kebanyakkan bisnes memang dah buat content marketing bila mereka upload content yang berkaitan dengan niche bisnes. Contoh macam blog Monocal ni 😁✨ Dan content marketing ni cuma perlu disiplin dan tenaga dari bisnes tu sendiri untuk sentiasa hasilkan content di website dan social media.

6. Email Marketing

Walaupun dah dua dekad kita guna email, email masih lagi antara cara terpantas untuk kita sebarkan info penting pada pelanggan. Kempen emel memang antara yang berjaya tarik minat pelanggan untuk beli produk. Tapi, emel marketing ni perlukan copywriting yang hebat, dimana anda boleh baca artikel pasal copywriting di sini. Bila copywriting power dan emel anda dibaca, barulah sales boleh meningkat dan pelanggan boleh bertambah. Tapi anda mesti pastikan emel tu berguna, relevan, dan strategik.

7. Conversion Rate Optimization (CRO)

Conversion rate optimization (CRO) pula antara strategi untuk tingkatkan pelanggan buat perkara yang kita nak pada satu website spesifik. Antara perkara tu macam add-to-cart, like produk, isi borang feedback di website, atau klik link saja pun dah dapat tingkatkan CRO. Ini adalah cara untuk kita optimize apa yang kita ada supaya pelanggan akan ‘convert’ dan beli produk kita.


Di Monocal, kami ada marketer yang berpengalaman untuk bantu anda mula dengan digital marketing. Kami ada strategist yang memang akan memahami bisnes anda sebelum mula buat plan digital marketing yang spesifik untuk bisnes anda. Ada juga marketer yang sentiasa akan bantu dari segi buat ads, pantau performance ads dan repair apa yang patut dengan ads.

Dan kami juga ada artikel yang boleh bantu anda secara umum macam ini dan ini.

Jadi, jom tinggalkan email anda supaya kami boleh terus emel tips marketing dan bisnes ke inbox anda!

Leave a comment