Tips Pilih Media-Buying Agency

3 Tips Untuk Pilih Media-Buying Agency Yang Berkualiti

Bila berniaga ni, semua orang nak yang terbaik dalam semua benda. Jadi, ini termasuk juga dengan agensi media-buying yang terbaik. Agensi media-buying ni penting bagi bisnes sebab agensi ni membantu kita capai target bisnes.

Media-buying juga membantu perkembangan bisnes, jadi, memang elok kalau bisnes startup kecil dan medium nak upah agensi media-buying yang ada kat Malaysia ni. Tapi, nak hire agensi ni kita kena pandai pilih, tak boleh suka-suka hati saja nak hire.

Jadi, post kali ini nak mengajar macam mana nak pilih agensi media-buying yang bagus.

Sebelum tu, kita kena tahu juga agensi media-buying ni apa dan untuk apa?

Media-buying ni akan bantu iklan dan marketing bagi bisnes kita. Jadi, agensi media-buying ni adalah orang dan juga agensi yang bertanggungjawab bantu bisnes kita untuk buat iklan dan marketing. Nama media-buying ni datang sebab agensi akan beli ‘space’ di social media untuk kita letak iklan kita. Itulah tujuannya.

Jom kita mula pilih agensi media-buying yang berkualiti dengan tips ni.

Cari agensi yang strategik

Cari agensi yang strategik? Macam mana tu?

Kalau agensi tu guna satu template plan yang sama untuk bisnes anda yang startup dengan bisnes orang lain yang besar dan established, sila cari agensi lain.

Media-buying ni perlu tahu bisnes kita. Daripada macam mana kita buat produk, jenis customer kita, lokasi customer kita, perangai customer kita, apa yang customer kita suka.

Sebab tu tak boleh ambil mana-mana agensi media-buying. Kena pilih yang betul-betul bertanggungjawab dan strategik.

Strategik ni dari segi dia punya kepakaran tu. Kita nak agensi media-buying yang pandai setup ads, boleh kaji data, boleh adjust budget, tengok performance ads, cari customer baru, semua la.

Kalau di Monocal, sebelum anda jumpa kami lagi kami dah ambil tahu tentang bisnes anda. Jadi bila ada partnership memang senang untuk run ads sebab dah ada knowledge tentang bisnes tertentu.

Contoh agensi yang strategik dia akan consider jenis customer dan bisnes. Bisnes jual tudung dan bisnes jual bateri kereta sangat jauh bezanya.

Jadi, kalau agensi gunakan plan yang sama untuk semua jenis bisnes, kan susah bila nak tarik customer kedai tudung dan kedai bateri kereta?

Jadi, pilih agensi yang strategik yang akan ambil tahu segala detail kecil pasal bisnes anda dan boleh guna detail tu untuk media-buying.

Cari agensi konsultan

Agensi yang kita pilih perlu buat lebih banyak dari beli ruang di media sosial je. Agensi tu sepatutnya bantu bisnes kita berkembang.

Berkembang ni termasuk dalam jelaskan macam mana media campaign tu berfungsi untuk first-timer, explain audience yang mereka akan cari untuk campaign, perlu jelaskan juga macam mana nak buat budget bagi media-buying tu, apa goals yang kita patut target dan capai.

Agensi tu juga patut explain rates campaign dengan jelas sampai kita sebagai bisnes owner faham secara mendalam, perlu juga offer marketing tactics yang mereka rasa akan berguna sebab kita upah agensi media-buying mesti untuk kembangkan bisnes dan orang dalam bidang media-buying ni mesti tahu tactic growth yang mantap.

Paling penting, pelu cari agensi yang rajin educate kita sebagai bisnes owners tentang media-buying ni.

Dan bukan setakat kita owner saja yang mereka educate, tapi termasuk juga dengan internal marketing team yang kita ada supaya team kita tak ketinggalan dalam bisnes dan marketing. Educate sampai kita dan team mampu juga cuba buat media-buying.

Team marketing internal kita patut tahu apa peluang media-buying yang ada yang boleh bantu bisnes, supaya tak bergantung marketing sepenuhnya pada staff agensi media-buying yang kita upah tu.

Bila both internal team dan outsource team dapat buat benda sama, kan bagus untuk bisnes sebab nama bisnes makin dikenali.

Jadi, itulah maksudnya bila perlu cari agensi konsultan. Pastikan anda boleh tanya agensi dan agensi boleh bagi penjelasan yang memuaskan.

Cari agensi yang pentingkan customer

Call agensi media-buying yang anda dah consider nak hire. Kalau mereka tak angkat call atau call balik, better untuk pilih agensi lain.

Agensi yang bagus patutnya pentingkan customer. Setiap soalan ada jawapan dengan penjelasan yang cukup.

Agensi yang bagus juga sentiasa cakna dengan performance ads account, jadi, memang sangat penting untuk kita cari agensi yang utamakan customer.

Agensi tu mesti juga bantu bisnes kita untuk capai target goals. Perlu ada kerjasama yang elok la antara agensi dengan bisnes, baru bagus.

Kita nak ads berjalan dengan lancar, sebab tu perlu cari agensi yang pentingkan masa kita sebagai customer dan aset kita yang mereka jaga.

Tak cukup dengan tiga tips ni? Jom baca tips lebih lanjut kat sini dan sini.

Dan, bukan sampai situ saja, anda sebagai business owners juga perlu consider kita cukup budget untuk upah agensi atau tak?

Dan ada yang kita perlukan dari media-buying agency tu? Tanya soalan-soalan ni sebelum buat keputusan untuk cari agensi media-buying atau tak.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

1. Servis media apa yang kita nak?

Kita nak pakar strategi atau pakar planning?

Atau pun search specialist?

Untuk cari agensi media-buying yang boleh bantu bisnes kita sebaik boleh, kita kena apa yang kita nak secara jelas.

Nak cari customer baru?

Nak ada orang tolong run ads dan pantau?

Baru nak mula buat digital marketing?

Anda kena tahu apa yang anda nak, baru senang untuk cari agensi spesifik.

2. Apa ‘kuasa’ media-buying agensi tu?

Kita kena tentukan nak beri berapa banyak kuasa pada agensi media-buying tu. Ada bisnes yang berani bagi 100% kuasa marketing dan ads account.

Tapi ada juga bisnes yang tak percaya agensi luar dan hanya bagi 25% media-buying power.

So, sebelum cari agensi media-buying, tentukan dulu agensi yang kita akan hire tu, berapa banyak media-buying power yang kita nak serahkan?

3. Apa kepakaran yang kita perlu?

Ada banyak jenis kepakaran dan kita perlu tentukan bisnes kita perlu yang mana satu?

Channel planner, digital strategist, Search strategist, Social strategist, Consumer specialist.

Jadi, bila nak cari agensi, pastikan apa kita perlu dan tak perlu bayar apa servis yang kita tak perlu.

4. Apa skill tambahan yang agensi ada?

Kita nak upah perlu pastikan agensi tu ada skill tambahan yang boleh bantu bisnes kita bergerak lancar.

Mungkin skill tu dalam bentuk web developing, design kreatif, sebab kita perlukan orang yang ada skill bersesuaian dalam industri kalau kita nak berjaya dalam industri.

5. Apa kemahiran orang yang akan bekerja dengan bisnes nanti?

Ada sesetengah agensi media yang ada internal flow yang specific bagi sesuatu kategori atau industri dan orangnya berbeza.

Jadi, yang paling ideal untuk bisnes kita perlu cari pengalaman yang basic media-buying dan teknologi digital supaya bisnes kita dapat dibantu secara kohesif dan matang, dengan kreativiti yang baru.

6. Macam mana management bisnes nanti?

Agensi media adalah bisnes unit yang berjaya dengan management yang mantap dan teratur.

Kebanyakkan agensi ni diketuai orang yang pakar dalam kerjanya dan kepakaran mereka tu yang akan membawa kejayaan bisnes kita yang upah mereka.

7. Ada ‘chemistry’ atau tak dengan agensi?

Kalau kita nak partnership yang long-term dengan agensi dan ada toleransi, kefahaman dan hormat antara satu sama lain, kita perlu ada chemistry yang bagus dengan agensi tu.

Adakah agensi yang kita nak tu memang betul betul berminat nak bantu bisnes kita atau dia buat yang cukup-cukup saja?

Kita perlu pupuk kepercayaan dan kejujuran antara bisnes dan agensi supaya tiada salah faham atau isu lain.

8. Kita ada masa dan kepakaran tak untuk consider semua ni?

Owner atau founder bisnes mainkan peranan yang penting untuk putuskan sama ada bisnes tu perlu media-buying agency atau tak.

Jadi memang perlu ada kefahaman dan masa yang cukup untuk pilih agensi yang betul betul bagus dan juga bersesuaian dengan bisnes, niche bisnes, lokasi bisnes.

Jadi, kalau tiada masa untuk ambil semua hal ni into consideration, jangan risau.

Boleh juga contact Monocal. Kamu sentiasa sedia membantu anda pilih servis media-buying yang sesuai dan berpatutan untuk bisnes.

Kami ada kepakaran yang diperlukan untuk sediakan servis yang terbaik untuk anda.

Anda juga digalakkan untuk bagitau kami apa concern yang anda ada untuk bisnes, apa goal short-term dan long-term bagi bisnes anda? Jom komen post ni atau tinggalkan emel anda ❤

Secara keseluruhannya, memilih agensi media-buying ni memang banyak perkara perlu diambil kira.

Dari aspek orang dan kemahiran, ke goals dan bajet, ke nilai dan kerjasama semua pihak. Semua membantu kita memilih agensi media-buying yang terbaik.
Banyak yang Monocal boleh bantu. Nak tahu lebih lanjut? Jom tinggalkan emel anda di https://www.monocal.com/contact/ dan kami akan hubungi anda secepat mungkin!

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Leave a comment

  1. 10 Tips Copywriting Untuk Sales Yang Lebih Mantap | Monocal
    Permalink