7 Perkara Penting Untuk Founder Rekrut Ejen Berkualiti 2021

Kini di Malaysia pasca 2021 dan 2022, pelbagai produk dan servis ditawarkan di pasaran banyak menggunakan sistem ejen. Apa ada dengan sistem ejen? Apa yang penting untuk rekrut ejen?

Sistem ejen berkesan untuk banyak produk dan servis kerana syarikat mampu menambah kekuatan sistem jualan melalui orang ketiga yang tidak terikat dengan kontrak dan jawatan

. Sistem ejen menekankan sistem berasaskan prestasi, dimana mereka yang lebih rajin dan lebih bagus, dibayar dengan setimpal dengan usaha mereka.

Pelbagai rupa dan jenis sistem ejen boleh didapati di Malaysia kini. Dari ejen berdaftar, berkumpulan, multi-level-marketing (MLM) dan pelbagai lagi.Bahkan, ekonomi gig (gig economy) yang digunakan oleh penyedia servis seperti Grab, Foodpanda, J&T sebenarnya adalah variasi kepada sistem ejen. 

Tetapi sangat sukar untuk pesaing-pesaing baru hendak mencabar ‘abang-abang besar’ yang sudah bertapak di dalam industri masing-masing.

Apa yang boleh dilakukan oleh founder-founder dan pemilik-pemilik produk dan servis untuk merekrut ejen-ejen yang berkualiti?

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Kedudukan Jenama Didalam Pasaran Penting Untuk Rekrut Ejen

Jenama adalah suatu nama yang terkait dengan syarikat, produk atau servis. Sebagai contoh, Maggi adalah satu jenama untuk produk mi segera.

Maggi dikeluarkan oleh Nestle, sebuah jenama syarikat pengeluar makanan yang terbesar didunia.

Petronas mampu membina jenama dengan iklan-iklan yang diulang siar berkali-kali di televisyen setiap hari di waktu kemuncak, selain waktu-waktu perayaan. 

Nike menggunakan promosi silang (cross promotion) dengan Apple melalui aksesori untuk Apple Watch.

Anda yang berlari menggunakan Apple Watch, akan melihat jenama Nike di Apple Watch dan aplikasi yang anda gunakan.

Nike menggunakan pendekatan bawah sedar (subconscious approach) untuk anda sering melihat nama Nike, lalu apabila anda perlu beli peralatan sukan seperti kasut larian dan seluar larian, anda akan pilih Nike. 

Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk membina jenama. Perkara ini sangat bergantung kepada cara anda meletakkan produk atau servis anda di dalam pasaran.

Unique Selling Point (USP) Untuk Rekrut Ejen

USP adalah satu perkara utama yang memberi dua manfaat:

I. Nilai utama yang diberikan kepada pelanggan

Ii. Nilai utama ini tidak ada pada pesaing-pesaing anda.

Contoh yang selalu kita lihat adalah dimana AirAsia menggunakan pakej tiket penerbangan harga rendah berbanding pesaing-pesaing lain. Akan tetapi, harga rendah ini didapati dengan mengorbankan banyak perkara seperti jumlah berat muatan yang boleh bersama anda ketika penerbangan, kerusi kapal terbang yang lebih kecil, dan tempat duduk sempit.

Beberapa tahun lepas, satu produk tempatan, Aurawhite popular sebagai produk pemutih yang boleh dimakan tanpa aplikasi kepada kulit. Mereka anda yang pertama menawarkan ciri tersebut di dalam pasaran, selain menggunakan Amyra Rosli dan Izzul Islam sebagai duta untuk jenama mereka. 

Aurawhite menawarkan USP mereka dengan:

I. Produk yang terbukti memutihkan kulit

Ii. Kaedah mengambil produk, serta duta yang digunakan mereka, tidak digunakan pesaing lain.

Jenama Pasukan (Team Branding) Dalam Rekrut Ejen

Kini, pelbagai jenama dan produk yang menggunakan sistem ejen, sangat mementingkan jenama pasukan (team branding). Mengapa kita perlu jenama untuk pasukan selain jenama untuk produk?

Jenama untuk produk akan dikaitkan dengan kualiti dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut. Apabila menyebut produk, mudah untuk dikaitkan dengan pengeluaran besar-besaran. Adakah ejen-ejen suka dilayan seperti ‘produk besar-besaran’ juga? Tidak sama sekali.

Oleh itu, jenama pasukan penting untuk memberikan bakal-bakal ejen beberapa kualiti:

I. Layanan yang diberikan dan ‘sense of belonging’.

Melalui jenama pasukan, kumpulan pasukan ini selalunya dalam jumlah yang kecil; tidak sampai 200 orang. Dengan kumpulan yang kecil, mereka akan lebih fokus dalam membimbing ejen-ejen untuk mencapai sasaran.

Selain itu, rasa keberadaan (sense of belonging) adalah elemen pemasaran penting dalam memposisikan pasukan-pasukan dan kumpulan-kumpulan. 

  • Anda pernah lihat kumpulan-kumpulan peminat kereta Myvi dan Alza?
  • Anda pernah lihat geng konvoi motor berkuasa tinggi?
  • Anda pernah lihat geng mat rempit bermaharajalela di jalan raya?
  • Anda pernah lihat kumpulan-kumpulan yang berpakaian pelik 

Semuanya ada persamaan yang sama iaitu sense of belonging. Anggota kumpulan tersebut rasa mereka terdiri dan sebahagian dari kumpulan-kumpulan tersebut.

Kumpulan ini memberi identiti kepada ahli kumpulan dan mereka akan terus setia kepada kumpulan tersebut.

Di dalam bisnes, manfaat dalam bentuk kewangan dan fizikal tidak lagi cukup untuk para pekerja. Mereka mahu rasa mereka sebahagian dari jenama tersebut, dan rasa menyumbang kepada pembinaan jenama dan syarikat. 

Amat penting untuk sistem ejen mempunyai jenama pasukan yang mempunyai sense of belonging yang memberi identiti kepada ahli kumpulan tersebut.

Kumpulan yang mempunyai jenama yang kuat, akan mempunyai ahli ejen yang kuat juga.

Pemantauan Aktiviti Rekrut Ejen

Setiap jenama, produk dan servis yang menggunakan sistem ejen, pasti mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) untuk merekrut ejen-ejen baru.

Tetapi, dengan munculnya pesaing-pesaing baru dengan amat kerap, selain dari pelbagai perubahan terhadap teknologi dan sosial seperti pandemik COVID-19 yang melanda kita dari 2020 hingga kini, turut memberi kesan kepada SOP yang sudah dibuat.

Amat perlu untuk para pemilik jenama, produk dan servis untuk menyemak SOP dalam merekrut ejen setiap tiga bulan.

Mereka harus melakukan analisis dan kajian terhadap penawaran terhadap produk dan ejen mereka. Apa yang bagus enam bulan lalu, belum tentu boleh digunapakai sekarang.

Dulu segala komunikasi dilakukan melalui Whatsapp.

Kini, Whatsapp hanya menjadi medium untuk berinteraksi dengan bakal pelanggan atau servis khidmat pelanggan. Terdapat pelbagai servis seperti Telegram, Asana, Slack dan sebagainya boleh digunakan untuk menguruskan pasukan ejen.

Taktik pemasaran juga berubah dengan cepat.

Sepuluh tahun lepas, kita sering kali dengar tentang flashmob dilakukan pelbagai jenama di merata-rata tempat. Kini, TikTok dan pemasaran digital menjadi pilhan nombor satu kepada majoriti jenama, produk dans ervis diluar sana.

Seminar dan Bengkel Rekrut Ejen

Latihan dan bimbingan berterusan untuk sangat penting untuk membina ejen berkualiti, disamping merekrut bakal ejen-ejen baru.

Dikala dunia pasca-COVID-19 ini, hampir kesemua latihan dan bengkel dijalankan melalui sesi video dalam talian melalui Zoom atau Google Meet. 

Pendekatannya mudah untuk seminar merekrut ejen. Anda boleh lakukan seminar dalam talian secara percuma melalui insentif, seperti penyertaan melalui pembelian produk anda, atau penyertaan minima 2 peserta.

Naratifnya, anda fokuskan kepada produk dan kelebihan-kelebihan PASUKAN EJEN anda. Disini anda menggunakan USP produk dan USP jenama pasukan anda sehabis-habisnya. 

Anda mula menggunakan emosi dengan menggunakan U-Curve Story Telling, dimana anda bermula dengan sekecil-kecil wang yang bersama keazaman, hingga membawa ke tahap anda sekarang.

Penceritaan dengan emosi sangat penting untuk menangkap ‘jiwa’ para peserta untuk menyertai pasukan ejen anda.

Setelah itu, baru lah anda bermula sesi pitching sistem ejen yang anda tawarkan kepada mereka, kerana kebanyakan dari mereka sudah ‘dibeli jiwanya’ dengan emosi penceritaan anda.

Database untuk Rekrut Ejen

Tidak syak lagi kebanyakan ‘rahsia’ produk-produk dan servis yang berjaya adalah menggunakan data pelanggan mereka, atau popular dikalangan founder-founder sebagai ‘database’.

Database terdiri secara asas dari nama, nombor telefon dan emel pelanggan. Lebih komprehensif jika anda mempunyai maklumat jantina, alamat, umur dan sebagainya.

Melalui database lah anda boleh hubungi semula (follow-up) pelanggan-pelanggan anda, mendapatkan maklumbalas, dan boleh mengajak mereka untuk menyertai pasukan ejen anda.

Kebanyakan dari ejen-ejen yang berjaya adalah terdiri dari pelanggan-pelanggan asal produk-produk tersebut.

Pastikan segala pengurusan data anda mestilah mematuhi undang-undang Malaysia dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Rekrut Ejen Menggunakan Facebook Ads

Merekrut menggunakan Facebook Ads adalah senjata yang paling hebat yang anda boleh gunakan untuk merekrut ejen ketika ini di tahun 2021.

Kelebihan dengan menggunakan Facebook Ads ini adalah kehebatan dalam mengenal pasti mesej yang tepat yang boleh disampaikan kepada prospek-prospek ejen, disamping proses automasi dalam merekrut yang menjimatkan masa dan kos.

Apabila anda sudah ada mesej yang tepat, peringkat seterusnya adalah untuk mengembangkan (scaling up) kempen Facebook Ads anda dalam merekrut tadi melalui menaikkan bajet.

Medium Facebook Ads tidak terhad kepada pemasaran di Facebook sahaja.

Platform-platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, dan juga aplikasi-aplikasi telefon pintar yang dijana Facebook juga adalah capaian iklan-iklan di dalam Facebook Ads.

Akan tetapi, Facebook Ads kini agak sukar dan teknikal terutamanya untuk mereka yang tiada pengalaman dengan suasana digital dan analitikal.

Terbaik kami katakan, cara yang paling berkesan adalah melalui agensi pemasaran seperti Monocal yang berpengalaman merekrut ejen untuk sebuah syarikat tempatan, dengan pencapaian merekrut 7000 ejen dalam masa tiga bulan sahaja menggunakan Facebook Ads dan automasi.

Kami berharap anda dikalangan founder dan pemilik produk dan servis, mendapat manfaat dari catatan kami ini. Semoga terdapat beberapa ilmu yang boleh anda praktikkan untuk memajukan lagi bisnes anda.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

    Monocal – Digital Marketing Agency
    14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
    40170 Shah Alam,
    Selangor