9 Tips Berguna Bagi Business Owners Uruskan Bisnes Semasa Pandemik

9 Tips Berguna Bagi Business Owners Uruskan Bisnes Semasa Pandemik

Published on:

Pandemik COVID-19 semestinya sesuatu yang bukan kita jangka bila bercakap tentang Wawasan 2020. Ini bukan Wawasan 2020 yang rakyat Malaysia impikan, tetapi inilah realiti yang harus kita tempuhi bersama.

Dengan masalah ekonomi yang berlarutan hingga tahun 2021. Jadi, syarikat di Malaysia tiada pilihan lain selain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi dan persekitaran yang baru yang penuh dengan sanitasi, pelitup muka dan penjarakkan sosial.

Post kali ini khas untuk business owners, tentang cara menjaga kesihatan sahsiah, jasmani dan rohani staf dan syarikat semasa pandemik.

Jom baca apa langkah untuk berikan staf yang terbaik supaya pelanggan dapat produk dan servis yang terbaik 👇🏻👇🏻👇🏻

1 – Bina Daya Tahan Staf

  • Bina norma, protokol dan tujuan syarikat yang baru

Norma baru yang sememangnya dah sebati sejak awal 2020 semestinya memakai pelitup muka, sanitizer dan juga memastikan penjarakkan sosial berlaku.

Tetapi, bagi bisnes di Malaysia, satu lagi norma baru adalah ‘Work From Home’ (WFH) yang mana banyak dipraktikkan sejak PKP pertama 2020 yang lalu.

Jadi, penting untuk pastikan majikan dan pekerja tahu apa protokol yang ditetapkan oleh bos semasa WFH. Untuk bina daya tahan staf terhadap keadaan ekonomi baru, majikan perlu sediakan protokol yang jelas dan mudah difahami pekerja.

Majikan juga boleh cuba untuk bina tujuan syarikat baru yang lebih dekat dengan staf dan pelanggan. Contohnya, mungkin bisnes yang jual baju atau tudung boleh fokus lebih untuk hasilkan produk yang berkaitan pandemik seperti pelitup muka fabrik atau kain tudung dan baju yang lebih sejuk.

  • Pupuk 7C dalam diri pekerja

Confidence – pupuk sifat yakin dalam kalangan staf, lagi-lagi musim COVID dimana banyak keadaan mental staf yang merosot. Pastikan mereka yakin dengan diri sendiri dan kerja yang mereka buat untuk bina daya tahan yang lebih tinggi dan suasana kerja yang lebih ceria.

Communication – sebabkan WFH, komunikasi sangat penting. Jadi, perlu pupuk staf untuk ada komunikasi sihat antara satu sama lain supaya tiada salah faham berlaku. Dan kalau berlaku salah faham dalam komunikasi, masih boleh cari jalan penyelesaian.

Collaboration – pastikan staf anda mampu bekerjasama. Walaupun ada bisnes yang boleh bekerja dari rumah, masih ada kerja yang perlu dibuat secara kerjasama. Jadi, pastikan staf dapat bahagi tugas dengan adil.

Community – pastikan antara staf dan termasuk juga majikan ada semangat komuniti yang tinggi. Kita nak suasana kerja yang muhibbah dan supportive! Barulah bersemangat nak kerja hari-hari dengan kawan kerja yang baik 🤩

Compassion – bos perlu pastikan ada sifat kasih sayang antara staf, dimana staf ada belas ihsan pada rakan sekerja. Mungkin ada sikit bantuan bagi mereka yang pernah close contact dengan pesakit COVID, atau sediakan mask dan sanitizer di tempat kerja, atau berikan setiap staf mask setiap bulan. Perlu sayang staf, baru staf sayang syarikat dan layan pelanggan dengan hebat.

Cash – bos juga perlu jaga aliran duit bisnes macam biasa walaupun dalam pandemik dan keuntungan mungkin kurang dari biasa. Kalau cukup-cukup untuk bayar pekerja, bagus. Tapi kalau ada lebih untuk bonus bagi pekerja, juga bagus.

  • Lindungi matlamat syarikat dan jangan lepaskan peluang baru

Dalam pandemik ni, makin banyak bisnes yang dah ada matlamat baru. Mungkin sebelum pandemik matlamat bisnes adalah untuk buat keuntungan sebanyak boleh, tapi sejak COVID, matlamat dah berubah untuk taknak rugi saja.

Jadi, lindungi matlamat syarikat yang asal dan cuba untuk ambil peluang baru. Mungkin cuba cara marketing yang berbeza, atau luangkan masa untuk beri latihan lebih pada staf supaya dapat bina daya tahan pekerja yang lebih baik semasa pandemik.

2 – Respond Terhadap COVID Perlu Cekap

  • Pastikan kesihatan mental dan fizikal terjaga

Ini antara perkara paling penting majikan perlu buat. Kesihatan mental dan fizikal staf tak boleh diganti, jadi, pastikan mereka sentiasa sihat.

Make sure mereka tak datang tempat kerja kalau sakit. Make sure juga mereka jaga kesihatan mental dan tak overwork.

  • Jaga hubungan yang elok dengan staf

Walaupun dalam pandemik dan banyak bekerja dari rumah, majikan masih perlu jaga hubungan yang elok dengan staf. Tanya khabar staf dari semasa ke semasa. Beri panduan kerja kepada staf yang memerlukan.

Pantau kerja staf dan tanya khabar mereka yang bekerja dari rumah apa suasana di rumah. Mungkin ada pekerja yang lebih selesa bekerja di tempat kerja berbanding dirumah.

  • Pastikan marketing lebih realistik

Dengan keadaan pandemik yang makin mempengaruhi ekonomi, marketing perlu jadi lebih realistik. Mungkin perlu kaitankan dengan cara-cara kuarantin, atau tips untuk mengambil vaksin. Apa-apa yang berkaitan dengan pandemik supaya bisnes kita tak nampak terasing dari realiti yang sebenar.

3 – Amalkan Sikap Telus

  • Gunakan masa PKP untuk muhasabah

Mungkin ada aspek bisnes yang dah lama nak revise balik, tapi sentiasa tiada masa. Jadi, jom gunakan waktu PKP untuk revise balik perkara tu. Mungkin boleh kaji balik macam mana latihan pekerja yang baru masuk, memadai atau tak.

Atau latihan komunikasi antara staf, atau susunan dokumen-dokumen penting bisnes perlu disusun semula. Jadi, gunakan masa ni untuk muhasabah dan kaji semula SOP kerja yang perlukan revision.

  • Pastikan staf dilatih untuk uruskan perkara tak dijangka

Walaupun bekerja dalam pandemik, perkara seperti perlu jumpa klien atau ambil stok masih berjalan seperti biasa. Jadi, pastilaj staf terlatih untuk uruskan perkara ni. Macam mana nak sanitize stok, atau apa etika jumpa klien, perlu sanitize tempat berjumpa atau tak, perlu sediakan mask atau scan suhu ke.

  • Dapatkan informasi baru dari sumber dipercayai

Dengan kes yang makin meningkat, pastikan anda sentiasa cakna dengan informasi yang baru dari sumber dipercayai. Macam berapa banyak kes COVID di kawasan industri, atau apa langkah keselamatan yang patut pekerja amalkan macam double masking, swab test dan sebagainya.


Untuk post kali ni, itu saja tips yang boleh dikongsi untuk pastikan kesejahteraan staf, bos dan bisnes terjaga supaya dapat beri yang terbaik pada pelanggan dan klien.

Kalau anda nak Monocal uruskan marketing semasa pandemik, jom tinggalkan emel di stg.monocal.io/subscribe/ sekarang. Atau mungkin nak tingkatkan content marketing bisnes, jom baca sini dan sini!

Jom sama-sama kita menjaga kesihatan dan dapatkan vaksin demi imunisasi sejagat!

Leave a comment