Facebook Ads : Learning Limited & Last Significant Edit

Kalau anda pernah jalankan iklan menggunakan Facebook, pasti anda pernah nampak label “Learning Limited” di bahagian Ad Set. Ramai yang confuse apabila mereka nampak Learning Limited ni – apa nak buat, bagaimana nak elak, perlu naikkan bajet ke, perlu tutup ad set ke?

Dalam post kali ni, saya akan cuba terangkan isu Learning Limited ni dengan mendalam dan sebelum kita pergi kepada actionable tips bagaimana nak elak learning limited ni, kita kena faham apa yang di maksudkan dengan learning limited. Oleh itu, kita akan mulakan  dengan status-staus yang ada semasa kita lancarkan kempen kita.

Pada interface Ads Manager, ada column “Delivery”. Column ini menunjukkan status campaign, ad set atau ads anda. Penerangan mengenai status adalah seperti gambar di bawah.

Learning Phase

Sebelum kita masuk topik learning limited, kita perlu faham dulu learning phase ni. Apakah learning phase ni?

Selepas kita lancarkan kempen iklan, bergantung kepada targeting dan objektif kempen, Facebook akan mula belajar dan mencari audience yang sesuai dengan objektif kita. Kalau kita membuat kempen Conversion – Purchase, maka Facebook akan mula mencari audience yang mempunyai potensi untuk melakukan pembelian secara di atas web. Kalau anda menggunakan kempen Message misalnya, Facebook akan mencari audience yang ada potensi atau gemar untuk berinteraksi di platform Messenger.

How to Use Facebook Custom Audiences and Make Them Work for You | ManyChat

Harus kita ingat, setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza.

Ada yang suka beli di WhatsApp, ada yang suka beli di Web, ada yang tak suka baca tapi suka tengok video. Berdasarkan jutaan data point yang Facebook ada, Facebook akan menggunakan data yang mereka ada untuk mencari bakal pelanggan seterusnya.

Kalau anda nak lagi faham bagaimana Facebook buat keputusan untuk memaparkan iklan anda kepada audiece, anda boleh baca lebih lanjut disini.

facebook learning limited - How Does Facebook Use Machine Learning to Deliver Ads

Di ringkaskan, semasa learning phase, Facebook akan menggunakan bajet yang anda untuk mencari “kelompok” audience yang akan bertindak terhadap iklan anda. Berdasarkan input, feedback, respond audience, Facebook akan terus mencari orang yang sesuai dan yang akan convert.

Mungkin semasa awal learning phase, tiada result yang sesuai. Facebook akan terus cari dan mencari. Sehinggalah Facebook nampak pola atau pattern audience yang akan bertindak terhadap iklan anda, barulah iklan anda akan menjadi lebih stabil dan lebih convert.

Persoalannya, apa akan terjadi semasa learning phase?

Prestasi dan cost per action (CPA) tidak stable. Fluctuate. Tengok gambar di bawah.

Saya terlupa terus dekat mana ambil gambar ni. Download dulu then cari-cari tak jumpa source. Maafkan saya!

Sekarang ni kita dah faham, apakah learning limited dan apakah impak terhadap kempan yang kita nak jalan ni.


Sebelum kita masuk topik – apa nak buat kalau learning limited ni, kita fahami dulu “Last Significant Edit”

Last Significant Edit

Okay – last significant edit ni apa benda?

Last significant edit adalah sebarang perubahan “besar” yang kita lakukan pada campaign, ad set atau ads. Perubahan apa yang besar sangat ni?

  • Perubahan pada iklan (ads)
  • Perubahan pada targetting
  • Perubahan pada optimization event – Contoh tukar daripada Link Click kepada Landing Page View misalnya
  • Pertambahan iklan pada ad set
  • Memberhentikan (pause) ad set lebih daripada 7 hari
  • Tukar strategi bidaan – Contoh tukar daripada Lowest Cost pada Cost Cap atau Bid Cap misalnya.

Ramai yang confuse pada perubahan pada iklan. Perubahan macam mana?

Sebarang perubahan pada iklan ni termasuk lah tambah satu huruf dekat ads body, tukar headline, tukar button, tukar headline.

Facebook Ad Creation: the 5 Steps For a High Performing Ad

Ada juga edit atau perubahan yang tertentu tapi ianya bergantung kepada magnitud perubahan yang kita lalukan baru dia akan jadi last significant edit. Edit apa tu?

  • Budget
  • Ad Set Spending Limit
  • Bid Control, Cost Control dan ROAS control

Pernah tak anda mempunyai satu winning campaign pada bajet yang kecil dan anda kata.. why not. Scale la kan? Baru cepat pakai lambo! (Just joking folks)

So winning campaign anda yang bajet RM100 sehari tu anda terus tekan sampai RM1000 sehari. So ini yang di katakan magnitud. Sebarang edit yang bermagnitud besar ni akan trigger Last Significant Edit. Last Significant Edit trigger apa?

Masuk learning phase semula.


Yang winning tadi berkemungkinan kelaut dalam. Ya – ramai yang kena dan terciduk.

Macam mana nak scale Afif? Bukan dalam post ni. Nanti saya cerita.

Kalau anda scale dari RM100 ke RM105 tu tidaklah dia trigger last significant edit ni. Praktis yang baik adalah untuk naikkan bajet secara berhemah – kenaikan sebanyak 20-30% dalam 24 jam. Walaupun perkara ni tidak di tulis di mana-mana dokumentasi dari Facebook, daripada pengalaman dan bacaan, memang ini lah range nya.

Again, bab scaling ni lain kali ya 🙂

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Kalau tak nampak column Last Significant Edit ni, boleh edit dan tambah column ni. Salah satu cara lain adalah dengan tengok history edit.

Kenapa kena faham last signficant edit ni? Sebab saya nak elak daripada winning campaign atau ad set anda yang dah perform tu masuk learning phase semula. Memang haru.

Jika kita dah faham bab last significant edit ni, kita masuk bab learning limited.

Learning Limited

Pada status delivery, jika anda hover mouse anda pada column delivery, ini yang anda akan nampak.

Kalau dalam gambar ni, Learning phase progress, 5 optimization event since last significant edit. Nampak tak.. since last significant edit.

Kenapa saya highlight benda ni? Sebab saya pernah terima soalan di mana ad set beliau sudah pun dapat purchase lebih dari 50 dan sepatutnya dah exit learning phase dan aktif. Tetapi kenapa Facebook masih tunjuk learning?

Ini disebabkan oleh Last Significant Edit tu.

Kenapa Learning Limited?

Facebook memerlukan 50 event di dalam 7 hari untuk menghasilkan kempen yang stabil. Stabil ni dari segi event setiap hari, stabil dari segi kos, stabil dari segi untuk mencapai objektif tu.

Apa akan terjadi kalau berdasarakan jumlah event yang ada sekarang ni tak nampak rupa untuk capai 50 event di dalam 7 hari? Learning limited. Ya, learning limited.

Saya bagi contoh dengan event yang kita maksudkan ni adalah Conversion – Purchase.

Kita buat Conversion – Purchase campaign.

Peraturan utama untuk keluar dari learning phase ni adalah Facebook memerlukan 50 purchase. 50 purchase di dalam berapa berapa hari? Dalam 7 hari. Bermaksud, kita memerlukan 7.14 purchase atau senang kata, 8 purchase sehari di atas satu ad set secara minima.

Learning phase ni dia berlaku pada setiap ad set yang baru dijalankan. Kalau anda ada 5 ad set dalam satu campaign, maksudnya, campaing yang anda jalankan mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya 5 x 8 purchase iaitu 40 purchase setiap hari. 1 ad set 8 purchase. 5 ad set 40 purchase.

Kenapa kena dalam masa 7 hari? 14 hari tak boleh? 28 hari?

Untuk faham kenapa 7 hari, ini dah masuk topik attribution yang mana kita takkan sentuh dalam post ni. Ini adalah perubahan yang berlaku apabila Apple mengetatkan “app tracking” untuk “menjaga privasi” pengguna mereka. Iainya di perkenalkan bermula dari iOS 14.5 ke atas. Ketika post ini dibuat, iOS 14.6 baru sahaja dilancarkan.

Anda boleh baca lanjut di sini dan di sini.

Gambar di bawah adalah perubahan yang berlaku di mana pengguna akan di tanya untuk membenarkan aplikasi menjejaki aktiviti mereka atau tidak.

Facebook and Google-backed ad firms are objecting to Apple's new warnings  on user tracking | TechSpot

Apa reaksi Facebook? Mereka membeli satu surat penuh di dalam akhbar untuk menyatakan pendirian mereka dan membuat kenyataan perubahan terbaru ni akan membunuh perniagaan kecil.

Facebook hits back at Apple with second critical newspaper ad - The Verge

Portal-portal lain juga membuat liputan mengenai perkara ini.

Facebook Ads iOS 14 Changes: Updates & Effect on Ecommerce

Bila Facebook secara terus menerus menyatakan perkara ini akan membunuh perniagaan kecil, Tim Cook (Apple CEO) hanya membalas dengan satu tweet yang bersahaja di bawah.

Di mana beliau menyatakan “Facebook tidak mempunyai masalah untuk menjejak aktiviti pengguna mereka. Cuma kami tanya sahaja kepada pengguna kalau mereka tidak mahu di jejak. Awat kalut sangat. Itu saja”

Okay – habis bab cerita panjang lebar ni. So apa kita kena buat?

Bagaimana Untuk Pastikan Ad Set Tidak Masuk Fasa Learning Limited atau Boleh Keluar Dengan Jayanya dari Fasa Learning?

Untuk memudahkan,

Berbalik kepada keperluan untuk keluar dari learning phase – 50 event di dalam 7 hari atau 8 purchase sehari. Oleh itu, perkara pertama yang anda perlu sediakan adalah bahan-bahan utama dalam kempen:

  • Iklan yang boleh menghasilkan jualan
  • Audience (ad set) yang “kena” dengan iklan
  • Bajet yang mengcukupi.

Iklan dan ad set ni, semua orang tahu. Tapi apa yang di maksudkan dengan bajet yang mengcukupi?

Katakan cost per purchase setiap jualan adalah RM7 dan mengikut praktis yang Facebook mahukan, anda memerlukan bajet 8 purchase sehari. Berapakah minima bajet untuk ad set tersebut?

Bahasa mudah – ambil cost per purchase RM7 x 8 = RM56. Katakan RM7 ni memang kos nya tidak berubah, dalam masa 7 hair, ad set anda akan aktif dan keluar daripada learning phase.

Persoalannya disini, kita tahu, cost per purchase ni berubah-rubah. Katatkan ada hari RM7, RM8, RM12 dan kita ambil average cost per purchase kita adalah RM10. Maksudnya, bajet minima ad set tersebut dalah RM10 x 8 = RM80 sehari.

Apa berlaku kalau anda tetapkan bajet ads hanya RM50 sehari? Tentulah purchase anda tidak akan mengukupi 8 dan seterusnya, anda tidak akan on track untuk capai 50 purchase di dalam 7 hari. Kecuali, cost per purchase anda tiba-tiba menurun daripada RM10 per purchase kepada RM5 per purchase.

Faham setakat ni? Maksudnya apa?

Maksudnya kalaulah ad set anda untuk di beri bajet yang kecil, RM40 sehari, dan cost per purchase anda adalah RM10 misalnya. Amatlah susah untuk anda keluar fasa learning ni.

3 Faktor Penting Yang Beri Shell FuelSave 95 “Ekstra Kilometer, Ternyata  Berbeza” | Gempak

Ibarat anda dari Johor nak ke Bangkok tapi isi minyak RM30 sahaja. Mana mau cukup der. Memang takkan sampai.

Minyak Shell pun tak dapat nak sampai kalau takat isi RM30 je.

Mesti anda terfikir – kalau macam tu, letak jelah terus bajet ad set RM500 sehari. Mesti cukup bajet.

Ingat lagi pada last significant edit? Kalau terus scale up bajet dari RM30 ke Rm500 walaupun cost per purchase anda pada masa tu RM10, ad set anda akan masuk kembali ke fasa learning dan akhirnya, cost per purchase anda meningkat, ROAS anda drop it like it’s hot.

Okay macam tu, saya set terus RM500 per day masa mula-setup ads. Cun? Sama juga. Buat ad set baru wajib masuk learning phase.

Complicated? Nak buat apa ni?

Kena ingat – apa-apa pun, profit yang penting. Tak kisah lah learning limited ke, learning no signal ke apa, selagi ianya mennguntungkan, anda boleh biarkan sahaja dalam fasa learning limited.

Tetapi dalam kepala anda, anda tahu, potensi ada dan kalau boleh, anda nak tengok dia betul-betul aktif dan memberi pulangan yang sesuai.

Di sini lah kita akan sentuh bab scaling Facebook ads cuma dalam post ni kita tak bincang lah.

Kalau nak tahu, subscribe! Confirm tak terlepas kan.

Kalau anda tengok gambar di atas, walaupun purchase dah 64, masih lagi learning. Kenapa? Ada dua sebab:

  • Purchase 50 melebihi 7 hari
  • Ada perubahan yang berlaku dan trigger last significant edit dan learning phase

Tips

Saya dah explain dengan panjang lebar mengenai learning phase, last significant edit, dan apa yang diperlukan untuk elak dari ad set kita “stuck” pada fasa learning limited.

Dah banyak kali juga duk bersembang dengan Facebook Marketing Expert (FME) dari Facebook yang bertanggugjawab ke atas beberapa akaun yang Monocal jaga ni, recommendation yang mereka bahagi adalah seperti berikut:

  • Gabung ad set
  • Tingkatkan bajet
  • Tingkat bid atau cost control
  • Tukar kepada optimization event yang lebih banyak atau mudah. Dari Purchase kepada Initiate checkout kepada Add to Cart

Tips ni sesuai ke nak guna semua? Nanti saya share lebih lanjut lagi. So setakat sahaja perkongsian saya. Hopefully ianya membantu anda untuk lebih faham lagi mengenai Learning Limited dan seterusnya tahu apa nak buat – terutamanya bab bajet ni.

Orait – so jangan lupa untuk subscribe ya! Terima kasih!

P/S : Adakah berminat untuk dapatkan “ecommerce calculator”? Ianya Google Sheet yang membolehkan anda utk kira berapa bajet yang diperlukan secara keseluruhan untuk capai angka jualan tertentu. Klik sini.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

    Monocal – Digital Marketing Agency
    14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
    40170 Shah Alam,
    Selangor