Content Marketing

Rahsia Content Marketing Yang Padu Untuk Bisnes Owners

Blog yang Monocal post mingguan ni salah satu cara content marketing. Ramai influencer yang gunakan content marketing ni, contoh macam Khairulaming. Sebelum beliau jual produk, beliau hanya post content memasak waktu puasa, dan lepas beberapa tahun, baru keluarkan produk sendiri. 

Dalam bisnes, content marketing ni penting. Audience nak tahu content apa yang kita boleh beri pada mereka, kalau mereka follow, like, dan komen pada content, apa yang mereka dapat? 

Jadi, post kali ni pasal teknik content marketing. Ada banyak cara untuk kita mula buat content marketing ni. Post ni nak cuba dedahkan rahsia content marketing sebanyak yang boleh pada anda semua.

Jom baca sini 👇🏻👇🏻👇🏻

#1 Kenali audience anda

Nak buat content marketing ni bukan boleh senang-senang je. Kita kena tahu juga audience kita suka content macam mana. Mungkin ada sebahagian brand yang audience suka tengok gambar. Gambar produk, gambar material produk, gambar model dengan produk. Contohnya macam untuk hasil seni lukis, mesti audience nak tengok final produk apa. 

Tapi kebanyakkan audience suka tengok video. Macam hasil seni lukis tadi, walaupun audience nak tengok produk akhirnya jadi apa, ramai juga yang suka tengok video orang melukis dan mengecat.

Jadi, kita sebagai brand perlu tahu apa yang audience kita nak. Kalau jual produk makanan, mesti audience nak tahu macam mana kita sediakan bahan, macam mana kita masak, macam mana kita hidangkan, nak makan dengan apa. 

Kalau kita brand baju atau tudung, mesti audience nak tahu macam mana nak menggayakan tudung atau baju tu dengan gaya semasa, kasut, event macam raya, majlis formal atau casual.

Jom baca di sini untuk tentukan audience kita macam mana. 

Jadi, penting untuk kita kenali audience kita supaya kita tahu content marketing macam mana yang kita nak buat. Macam mana nak tahu cara paling cepat? Buat je QnA di instagram atau facebook. Peminat setia brand anda mesti nak brand kesukaan mereka improve 🥰

#2 Gunakan content tu sebaik boleh 

Gunakan content sebaik boleh macam mana? Bila kita dah ada content, mungkin content tu hanya ada pada satu tempat, contohnya website brand kita.

Tapi, kita nak audience kita tahu kita ada bagi banyak content for the public. Jadi, untuk pastikan content marketing yang kita buat itu berjaya dengan jayanya, kita kena berada ditempat mana audience kita berada, dan bawa mereka ke website kita. 

Contohnya, kalau audience kita banyak di tiktok, kita pun kena ada di tiktok. Kalau mereka di instagram, kita juga kena ada di instagram. 

Kan dah ada content di website, hanya perlu repurpose content tu ke bentuk media lain je. Yang penting kita juga perlu ada content di tempat audience kita. Bila mereka nampak content kita, dan mereka berminat, mereka akan terus ke website.

Boleh baca di sini dan sini untuk tahu lebih lanjut tentang repurposing content. 

Jadi, penting untuk kita gunakan content yang ada tu sebaiknya supaya content marketing kita berhasil.

#3 Buat kalender editorial  

Satu aspek penting untuk buat content marketing adalah consistency. Kalender editorial ni sangat penting untuk pastikan kita sentiasa konsisten dengan pengedaran content. 

Daripada list yang panjang berjela, lebih jelas kalau kita tengok content yang kita nak edarkan dalam bentuk kalender. 

Macam tu baru kita tahu content yang ini untuk tarikh yang spesifik. Mungkin setiap minggu atau bulan content kita ada tema yang berbeza. 

Boleh juga guna software berkaitan macam Zlappo dan Socialbee untuk jadualkan post supaya tak perlu post secara manual. Baca di sini untuk lebih banyak software yang boleh jadualkan post di social media. 

Editorial calender ni juga membantu kalau team content marketing kita ada ramai. Bila guna calender ni, senang semua orang nak tengok content mereka akan diedar hari dan tarikh apa, jadi nak susun jadual kerja sendiri pun senang. 

Itulah pentingnya kalender editorial ni bila kita buat content marketing. 

#4 Bina engagement dalam space anda sendiri 

Mungkin brand anda dah ada ramai peminat di instagram atau facebook. Setiap kali post, ada saja beribu likes dan komen. Dan anda sebagai brand juga ada buat engagement dengan audience, ada balas komen dan mesej. 

Tapi, untuk pastikan content marketing anda berjaya, anda perlu buat engagement di space anda sendiri, di website official brand anda. 

Segala engagement yang berlaku di facebook atau instagram bukan berada di ruang anda sendiri. Engagement anda diganggu pihak ketiga seperti facebook dan juga instagram. 

Jadi, sebaiknya, bina engagement di website anda sendiri. Mungkin boleh perbanyakkan pemberian voucher supaya audience lebih ramai di website. Atau pemberian giveaway, atau discount bila banyak engagement di website. 

Content marketing yang terbaik membawa engagement ke ruang brand sendiri, ke website brand tersebut.

#5 Buat content seperti professional

Ada banyak cara untuk pastikan content marketing kita berjaya, dan mengedarkan content secara professional adalah salah satu caranya. 

Bila kita memilih content, kita perlu pertimbangkan beberapa aspek:

1 – Ambil content dari website yang berkualiti. Contohnya kalau anda website menjual perabot, mungkin boleh cuba cara IKEA buat content marketing. Kalau anda jual telefon, boleh ambil iktibar dari website Apple. 
2 – Kekal relevan. Content yang anda guna untuk content marketing perlu relevan dengan hal semasa. Lagi-lagi bila hidup dalam waktu bersejarah sekarang, content anda perlu relevan dengan kehidupan sekarang yang penuh dengan penjarakkan sosial dan pelitup muka. 

Setiap perkara yang anda nak masukkan dalam kalender editorial perlu relevan dengan hal semasa. 
3 – Buat content macam yang audience nak.Sebagai brand, kita juga pentingkan keyword dalam content supaya lagi ramai orang akan jumpa, tapi, untuk content marketing yang berjaya, kita perlu fokus pada audience sedia ada. 

Utamakan fokus content terhadap audience sedia ada, dan kemudian baru optimize content untuk sesuai dengan SEO atau keyword lain. 

#6 Bagi audience behind-the-scene experience 

Audience sebenarnya penuh dengan perasaan curiosity. Cuma, mereka tak tahu apa yang mereka tak tahu. Macam mana mereka nak tahu pasal behind the scene produk syampu yang mampu lebatkan rambut, kalau syampu tu sendiri pun mereka tak pernah dengar. 

Sebab tu, ramai audience yang suka tengok video behind-the-scene. Macam kita sebagai movie watcher, mesti suka bila dapat tengok behind-the-scene movie tu. Sebab rasa included in the proses. 

Jadi, brand-brand, jangan lepaskan peluang ni. Inilah caranya untuk kita serlahkan produk melalui content marketing dengan cara behind-the-scene experience. 

Mungkin bagi brand yang jual tudung boleh buat content macam mana boleh dapat inspirasi design atau cara jahitan tudung tu. 

Atau bagi produk elektronik mungkin boleh cuba buat content pasal spesifikasi produk dan penghantaran produk ke rumah customer. 

Content marketing dengan behind-the-scene videos memang sangat powerful, jadi jangan lepaskan peluang untuk cuba ni.

If we face the truth, we know that content marketing is about making money.

JAMES ALLEN

Itu saja rahsia yang dapat kongsi dalam post kali ni. Untuk dapat notification bahagian 2, jom drop emel anda supaya kami boleh hantar tips bisnes dan marketing terus ke inbox anda! 

Berminat nak tau lebih banyak tentang marketing? Jom baca di sini

Leave a comment