GROWS Process

5 Cara Buat Experimen Growth Hacking Bagi Beginner Menggunakan G.R.O.W.S Process

Buat Growth Hacking dengan experimen yang menggunakan G.R.O.W.S Process.

Published on:

Jika anda sudah lama dalam industri marketing dan bisnes, anda mesti tahu tentang growth hacking. Growth hacking adalah cara memajukan bisnes dengan bajet paling sedikit. 

Orang yang buat growth hacking pula dipanggil growth hacker. Untuk kita buat growth hacking dan majukan bisnes, kita perlu buat uji kaji untuk cuba strategi dan tengok mana yang berkesan untuk bisnes, sebelum aplikasikan strategi tu secara besar-besaran. 

Proses G.R.O.W.S ni diperkenalkan oleh Growth Tribe pada tahun 2016 dan digunakan hingga sekarang. Post kali ni adalah cara buat uji kaji growth hacking dengan proses G.R.O.W.S. 

Jom baca 👇🏻 

Bagi growth hacker, penting untuk buat testing sebelum buat strategi skala besar. Untuk buat experimen ni, ada langkah-langkah pentingnya yang dikenali sebagai proses G.R.O.W.S. 

Anda Mahu Kempen Marketing Dengan Copywriting Yang Berkesan?

Monocal mahir menghasilkan copywriting untuk pelbagai jenama terkemuka di Malaysia.

#1 Kumpulkan Idea (Gather Ideas)

Senaraikan idea yang ada, strategi apa yang ada untuk bantu perkembangan bisnes. Letak perincian supaya anda dan team lebih senang paham. 

Antara cara nak cari idea ni: 


1.Tengok review produk anda dan apa pendapat pelanggan. Kalau pelanggan beritahu penghantaran lambat, mungkin strategi baru untuk tukar servis kurier lain

2.Tanya pelanggan terus. Boleh buka sesi soal jawab di media sosial tentang apa yang mereka mahukan daripada jenama dan produk anda. Daripada itu baru bina strategi.

3.Tengok strategi pesaing! Mungkin strategi mereka berbeza dari kita, jadi, boleh kita perbaiki dan tambah baik strategi. 

4. Fikirkan lagi idea lain dengan team dan staf. 

Untuk laman web yang membantu anda fikirkan dan uruskan idea, jom rujuk artikel tentang aplikasi yang membantu proses fikirkan idea.

#2 Nomborkan Idea (Rank Ideas)

Bila sudah ada senarai strategi untuk buat uji kaji, tengok dalam senarai itu, mana strategi yang anda rasa berguna, paling efisyen dan senang untuk dijalankan.

Cara nomborkan keutamaan boleh guna formula Potential, Importance & Ease (PIE):

  • paling banyak potensi
  • penting
  • paling senang

Atau boleh juga utamakan idea yang memenuhi formula Impact, Confidence & Effort (ICE):

  • paling banyak impak
  • anda yakin boleh cuba
  • tak perlu usaha banyak

Jom baca cara nomborkan idea anda mengikut keutamaan.

#3 Rangka Uji Kaji (Outline experiments)

Buat rangka experimen. Macam mana nak test, perlu tengok metrik apa, nak tengok hasil dan data macam mana. Pastikan rangka strategi yang dibuat itu boleh dijalankan terus. 

Untuk rangka ini, banyak juga benda untuk kita ambil kira. Tanya diri sendiri soalan ni:

i – Experimen nak buat berapa lama? Nak tengok experimen ni berjaya atau tak kena ambil masa lebih kurang 2-3 minggu baru nampak kesan macam trafik atau engagement bertambah atau berkurang. 

ii – Experimen kita mampu buat atau tak? Mampu itu dari segi growth hacking tools, kita ada kefahaman dan pakar yang boleh guna tools atau tidak? 

iii – Nak perhatikan experimen macam mana? Bila dah ada experimen tu kita nak tengok KPI mana satu? Nak tengok metric users, revenue, atau customer acquisition

iv – Berapa lama kita perlukan untuk buat experimen? Atau macam mana pastikan set up experimen ambil masa singkat?

Selalunya untuk experimen patut ambil masa 2 hari saja, sebab kalau lebih maksudnya itu plan skala besar dan sudah bukan jadi experimen untuk growth hacking (perlukan usaha lebih). 

#4 Amalkan (Work it!)

Dah ada idea, list keutamaan dan rangka, boleh buat experimen satu persatu atau sekaligus kalau boleh. Boleh juga buat papan aliran (flow board) macam ‘to do’, ‘in progress’ dan ‘done’ untuk lebih jelas. 

Bila ada aliran juga, senang nak tengok siapa yang bertanggungjawab dengan tugas tertentu (kalau kerja berkumpulan) dan kalau buat orang senang nak prioritize kerja. 

#5 Perhatikan Hasil (Study outcome)

Bila dah ada hasil, boleh kaji data dan tengok strategi mana satu yang paling berkesan untuk bisnes dan mana strategi yang elok digunakan bagi growth hacking yang berjaya dalam jangka masa panjang. 

Data ni mungkin akan dapat dalam bentuk peratusan pelanggan yang meningkat, engagement, atau revenue. Dan penting bagi growth hacker untuk pastikan data ini difahami oleh kumpulan Waktu ini penting untuk kita putuskan nak perhati metrik mana.

Pelanggan meningkat atau engagement meningkat ataupun melalui jualan yang bertambah.

Mungkin boleh tunjuk dalam bentuk carta atau video, supaya semua ahli boleh nampak yang experimen ni berjaya atau tidak, dan nak teruskan pada skala besar atau tidak. 

Anda Mahu Kempen Marketing Dengan Copywriting Yang Berkesan?

Monocal mahir menghasilkan copywriting untuk pelbagai jenama terkemuka di Malaysia.

Bagi yang nak mula buat growth hacking, bagus! Bagi yang nak buat growth hacking tapi risau bisnes kucar kacir, boleh hubungi Monocal atau baca di sini 🚀

Untuk yang berminat nak tahu tentang Growth Hacking, boleh juga muat turun buku elektronik Growth Hacking kami!

Paling penting, jangan lupa tinggalkan emel anda sekarang supaya kami boleh hantar lebih banyak info bisnes dan pemasaran yang up-to-date terus ke emel anda! 

Leave a comment

Explore
Drag