“Boleh guarantee result kalau outsource kepada agensi?”

"Boleh guarantee result kalau outsource (marketing) kepada agensi?" Ya, outsource TAK BOLEH menjamin result.

Published on:

“Boleh guarantee result kalau outsource (marketing) kepada agensi?”

UNKNOWN

Ramai yang masih tertanya-tanya, outsource ni boleh guarantee result atau tak? Sebelum kita pergi lebih jauh, jom pastikan kita semua faham konsep outsource ni apa.

Outsource adalah konsep dimana kita akan beri workload bisnes kita kepada bisnes lain. Dengan konsep outsource ni, kita akan buat agreement dengan bisnes luar untuk kerjasama menghasilkan sesuatu yang kita nak.

Sama macam McDonalds’ ada outsource frozen food mereka, dalam digital marketing juga ada konsep yang sama. Sebagai bisnes, kita boleh ambil agensi luar bekerja dengan kita untuk bahagian marketing.

Tapi, yang jadi keraguan adalah sebab kita tak tahu adakah dengan outsourcing ni, marketing akan lebih berjaya atau tak.

Ya, outsource TAK BOLEH menjamin result.

“Outsourcing marketing ni macam pelaburan, tidak semestinya kita akan untung,”

ANONYMOUS

Dalam bisnes sendiri pun kita tak boleh dapat jaminan yang akan ada orang sentiasa beli produk kita, akan ada pelanggan setia yang tak lekang tunggu produk baru. Sentiasa ada turun naik. Begitulah juga dalam pemasaran ni.

Tidak kiralah anda bayar mahal sekali pun untuk agensi luar buat marketing, ia masih tak menjamin sebarang pulangan.

Tetapi, di Monocal, kami akan usaha sedaya upaya untuk buat heavy testing sehinggalah kami dapat hasilkan iklan yang memberikan pulangan tinggi kepada bisnes klien kami.

Walaupun pulangan tidak dijamin, anda boleh melihat portfolio satu-satu agensi tersebut. Tengok siapa klien mereka sebelum ini. Tengok hasil kerja mereka yang lepas, baik atau tidak. Apakah kaedah yang agensi itu gunakan.

Contohnya anda boleh baca case study klien Monocal dan nilaikan sendiri.

Bila dah tengok, anda boleh nilai sendiri sama ada berbaloi atau tak untuk serahkan marketing kepada agensi luar.

Mungkin ada yang rasa tak berbaloi, dan tak yakin yang agensi luar akan kenal produk kita sebaik mana yang kita nak. Dan mungkin ada yang rasa outsourcing berbaloi sebab memudahkan kerja. Dua-dua pendapat betul.

Tapi kalau ada yang masih berbelah bahagi, jom baca apa kebaikkan anda outsource marketing.

Dan kalau anda nak tingkatkan jualan dengan memanfaatkan digital marketing sepenuhnya, Monocal boleh bantu anda capai impian tersebut. Jom hubungi kami di sini.

Leave a comment