Dengan Ubah Angle Copywriting Brand Fesyen Ini Berjaya Gandakan 100% Jualan Di Website

Ini adalah sebuah case study klien Monocal.

“Sebelum ni sale banyak masuk melalui personal shopper sahaja. Sale melalui website sangat rendah,”

PEMILIK BISNES

1 – Latar Belakang

Jenama ini adalah jenama fesyen tempatan dengan lebih 10 koleksi fesyen dan kategori yang pelbagai; dari pakaian budak, ke pakaian lelaki, hingga ke pakaian sedondon waktu perayaan.

Jenama ini terkenal kerana mengetengahkan corak bunga dan menjaga kesopanan wanita Islam. Bagi pakaian wanita seperti baju kurung paling murah bermula RM200 sehinggalah RM400++.

Wanita mesti kenal punya lah jenama ini. Sebelum Monocal bantu klien ini merangka strategi digital marketing, majoriti jualan mereka datang daripada personal shopper.

Cerita case study kali ni adalah bagaimana klien kami dapat berkembang lebih besar, melebihi kebergantungan pada personal shopper, dan menggandakan jualan lebih sekali ganda… hanya dengan copywriting!

2 – Masalah

Walaupun jualan klien kami memuaskan; banyak pelanggan tetap yang repeat order, banyak juga jualan daripada personal shopper, tapi kami percaya klien kami ini boleh pergi lebih jauh dari itu.

Sebelum kedatangan Monocal, jualan klien kami memang bergantung sepenuhnya pada personal shopper dan trafik organik ke laman web mereka.

“Sebelum ni sale banyak masuk melalui personal shopper sahaja. Sale melalui website sangat rendah,”

PEMILIK BISNES

Dan perkara ni tiada masalah pun sebenarnya, tapi agal rugi kalau sudah ada peluang nak tingkatkan ‘reach’ jenama tapi tidak buat.

Jualan klien kami rata-rata bergantung pada pelanggan setia dan pelanggan yang memang sudah kenal dan tahu pasal jenama tersebut.

Tapi bisnes mana yang nak berada di takuk yang sama, betul? Bisnes mana yang tidak inginkan pelanggan baru? Mesti nak tingkatkan reach. Kalau boleh nak tengok lebih ramai yang pakai baju keluaran mereka.

Maka klien kami pun buat keputusan untuk tidak bergantung sepenuhnya pada personal shopper dan trafik organic dari laman web dan luaskan sayap dengan mengambil peluang untuk cuba digital marketing.

Secara spesifiknya, cuba manfaatkan Facebook Ads sepenuhnya.

Macam mana Facebook Ads boleh selesaikan masalah klien kami? Jom baca case study ni lebih lanjut.

3 – Penyelesaian

Bagi yang rasa Facebook Ads akan selesaikan semua masalah anda, akan bawa prospek berkualiti berduyun dan jualan mencanak naik dengan ajaib, ini bukan case study untuk anda.

Sebab dalam case study kali ini, Monocal bantu klien kami dengan taktik rahsia yang perlukan usaha dan disiplin padu dari semua pihak. Monocal bantu klien kami dari segi copywriting.

Bukan sahaja kami bantu dari segi setup account Facebook ads klien kami, run ads untuk klien kami (sebab memang tu kerja Monocal pun kan), kami juga bagi sesuatu yang lebih penting iaitu copywriting.

“Ehhh, copywriting je. Tu bukan rahsia,”

PEMBACA

Ya, copywriting dari Monocal bukan rahsia klien kami dapat tingkatkan reach pada cold audience, tapi dari segi ‘angle’ copywriting.

Bagi yang masih baru belajar copywriting, angle merupakan aspek penting untuk pastikan orang baca iklan kita. Dan copywriting yang hebat dengan angle yang betul dapat convert banyak pelanggan walau dari kalangan cold audience!

Angle ni penting untuk kita tahu apa yang paling dekat dengan keinginan dan kemahuan pelanggan. Jadi, marketer Monocal memang kaji secara menyeluruh untuk tahu kenapa orang minat dengan fesyen, apa yang mendorong mereka untuk beli dan lain-lain.

Dan hasilnya, marketer Monocal dapat jawapan untuk bantu klien hasilkan 2 angle penting untuk tarik pelanggan baru.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]

Angle 1 – Self-reward

Disebabkan Monocal baru bekerjasama dengan klien sejak pertengahan bulan April tahun ini, waktu tu memang banyak bisnes yang lingkup disebabkan COVID dan keadaan ekonomi yang teruk.

Tapi kita sebagai rakyat Malaysia masih gagah bekerja untuk pulihkan keadaan ekonomi; ada yang buat hingga dua, tiga kerja dalam satu masa, ada yang mula bekerja dari rumah, ada yang mula berniaga.

Jadi Monocal putuskan untuk gunakan angle self-reward dalam copywriting.

“Aku dah kerja penat-penat bulan ni, rasanya takpe kot kalau self-reward dengan beli baju cantik,”

RAKYAT MALAYSIA YANG GAGAH BEKERJA SEMASA PANDEMIK

Nah… Bila orang yang memang bersusah payah kerja siang dan malam baca iklan macam tu, mesti terdetik hati nak beli hadiah untuk diri sendiri kan? Itulah salah satu rahsia yang Monocal kongsi dengan klien kami.

Angle 2 – Keselesaan bekerja dari rumah

Angle seterusnya pula adalah dari sudut keselesaan. Disebabkan klien kami menjual produk fesyen, majoritinya adalah pakaian wanita, memang sesuai sangat untuk sentuh isu keselesaan.

Dan dalam keadaan PKP tidak menentu ini, keselesaan adalah perkara utama yang wanita fikir sebelum beli apa-apa pun. Sama juga dengan pakaian yang dipakai untuk ‘work from home’.

Klien kami dapat tingkatkan jualan bila pelanggan baca tentang produk yang selesa dan cantik walaupun untuk kegunaan di rumah.

“Pakaian paling selesa untuk online meeting dan juga berehat,”

WANITA YANG BEKERJA DARI RUMAH

Beli baju yang boleh guna untuk berehat dan bekerja dirumah, mahal pun okay je sebab puas dan selesa pakai! Angle inilah yang menyumbang kepada peningkatan jualan klien kami.


Bukan itu sahaja, Monocal juga bantu dari segi kepakaran kami:

Heavy testing.

Setakat copywriting dan cari angle, semua orang pun boleh buat kan? Tapi, dengan Monocal, kami test habis-habisan untuk cari winning ads klien, dan dari situlah terjadinya peningkatan jualan.

4 – Hasil

Klien kami yang mulanya tidak bagi perhatian pun pada Facebook ads, secara purata dah capai sekurang-kurangnya ROAS sebanyak 12x ganda.

Hasil bantuan Monocal pada bulan May 2021

Dan dalam bulan yang sama juga, klien kami berjaya capai ROAS tertinggi mereka sebanyak 96X ganda!

Hasil bantuan Monocal pada bulan pertama, April 2021

Barulah senang hati tengok business manager bila spend lebih dari RM1,000 ada return lebih RM100,000.

Dan paling penting, klien kami berjaya buka channel jualan yang baru iaitu terus daripada laman web. Jadi tidaklah bergantung kepada satu channel sahaja.

Lebih mengejutkan, jualan di laman web kini lebih tinggi berbanding jualan personal shopper yang menjadi channel utama sebelum ini.

Lawatan laman web 28 hari lepas

Jadi begitulah jalan cerita bagaimana klien kami dapat capai ROAS tidak masuk akal, dapat kembangkan reach pada audience Facebook, dapat buka channel jualan yang baru; hanya dengan copywriting.

Best kan baca? Anda pun boleh dapat hasil yang sama. Jom dapatkan konsultasi Monocal hari ini. Jom follow Monocal sekarang.

[INSERT_ELEMENTOR id=”29737″]
  1. […] hanya meletakkan Myvi sebagai ikon Malaysia yang tidak boleh disangkal lagi sebagai ‘angle copywriting‘ untuk iklan edisi 2016 […]

  2. […] mempunyai beberapa variasi untuk tujuan ujikaji, dimana pengiklan akan mencuba beberapa sudut copywriting (copywriting angle) dan variasi video untuk mendapatkan varian mana yang paling berkesan untuk […]

  3. […] dengan case study copywriting di mana Monocal bantu mereka dengan angle copywriting yang pelbagai, klien P hanya menggunakan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Monocal is an established digital marketing and brand agency helping DTC brands resonate with their customers, scaling up and stand out as industry leaders.

Monocal – Digital Marketing Agency
14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor