Sebab Kita Membeli

5 Sebab Kita Membeli; Panduan Berguna Untuk Pembeli Dan Penjual

Ada sebab kenapa kita semua membeli, tak kira produk ataupun servis. Semestinya kita guna produk dan servis yang sedia ada, dan dengan permintaan yang tinggi, produk atau servis yang tiada pun boleh wujud. Jadi, sebagai pelanggan, kita nak yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling; dan sebagai peniaga, kita nak berikan kualiti yang terbaik pada pelanggan kita.

Sebagai marketer, sebab-sebab orang membeli ni penting untuk tahu apa faktor yang menjadi ‘hook’ sampai kita dapat tarik pelanggan untuk bayar produk atau servis. Jadi, sebab ni memang utama untuk kita tahu, sebagai peniaga dan pembeli.

Bila kita faham sebab-sebab ni, barulah kita boleh jadi penjual dan pembeli yang efisyen.

Jom baca di sini apa sebab-sebab tersebut πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Harga

Ramai orang daripada golongan bekerja akan utamakan harga semasa buat pertimbangan pembelian produk. Siapa yang tak kan? Kita nak bayar harga paling ideal untuk manfaat paling berguna. Produk mana satu ada the best deal? Produk mana pula ada the better deal? Better tu macam mana pula? Adakah dia lebih murah? Atau harga sama dengan manfaat yang lebih? Tempat mana yang tawarkan harga paling rendah dengan manfaat yang sama?

Sebagai pelanggan mesti kita nak bayar paling sikit untuk kualiti paling banyak. Kalau ada harga produk yang terlalu tinggi dari biasa, mesti kita akan persoal.

Kalau ada sebuku roti harga RM50, kan tak masuk akal dan kita akan persoal.

Sebagai penjual roti tu, kalau nak letak harga mahal boleh saja, tapi sedia dengan bukti dan sebab kenapa roti tu layak dijual mahal macam tu. Ada emas? Permata?

Tapi, sebagai penjual, jarang boleh compete secara healthy melalui harga. Akan ada saja produk yang boleh jual lagi murah dari kita. Jadi, perlu cari faktor lain untuk bersaing.

Jom sambung baca apa jenis faktor lain tu.

Pilihan

Pwmbeli sukakan pilihan.

Walaupun sebelum membeli dah set dalam kepala nak beli satu spesifik produk, masih juga nak pilihan.

Contohnya, harini nak beli wangian kereta bau buah-buahan.

Bila sampai ke kedai, mesti nak tengok banyak jenis wangian buah-buahan. Takkan la satu jenis buah je. Mesti nak bermacam jenis, macam epal ke, mangga ke, peach ke.

Lagi banyak pilihan lagi pembeli suka sebab kalau tak beli sekarang, nanti lagi sebulan dua bila wangian kereta dan habis, boleh datang kedai sama balik untuk beli bauan lain pula.

Itulah kelebihan peniaga yang ada banyak jenis pilihan. Antara contoh yang berjaya macam Shopee.

Bukan saja banyak jenis benda yang dijual, tapi dari satu kategori pun banyak! Walau hanya nak cari charger, macam macam boleh dicari. Nak panjang 1 meter? 10 Meter? 0.3 meter? Ada. Nak yang ada glitter, jenis tali, jenis spring? Ada juga.

Jadi, pilihan banyak ni memang satu tarikan yang kuat bagi pelanggan.

Banyak pilihan dalam satu tempat. Peniaga boleh la ambil berat pasal ni πŸ˜‰  

Kualiti

/

Quality that can rival time,

UNKNOWN

Sebagai pelanggan atau pembeli, siapa yang taknak barang berkualiti kan? Produk yang boleh tahan berzaman, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, adalah satu pelaburan besar.

Kita nak beli produk yang beli sekali, tapi boleh guna berkali-kali. Hanya perlu beli sekali untuk bertahun, jadi jimatlah duit kan. Jadi, kualiti ni memang penting dan orang akan tengok setiap kali membeli.

Tapi jenis kualiti ni juga berbeza. Ada kualiti yang nampak dari segi keselamatan. Macam kasut but yang tebal dan berkualiti, pasti dapat menjamin keselamatan kita di bengkel atau tempat kerja.

Jenis kualiti lain pula macam baju. Yang berkualiti boleh tahan walau seberapa banyak kali pun kita pakai dan basuh.

Produk yang kita guna ni untuk kegunaan harian juga kan.

Jadi, sebagai peniaga pula, kita mesti nak hasilkan produk dengan kualiti tinggi, supaya bila sampai waktunya mereka nak produk baru, mereka akan datang ke kedai kita balik sebab kualiti yang mantap.

Kemudahan

Tak semua orang mampu luangkan masa yang banyak untuk beli barang. Ada orang masa terhad nak cari barang keperluan. Sebab tu kemudahan untuk dapatkan barang tu penting.

Sebab itu peniaga perlu juga pertimbangkan macam mana pelanggan akan beli produk kita?

Pilih kedai lokasi strategik dimana orang selalu lalu ke, atau buat servis delivery ke, servis drive through ke, servis pembelian online ke. Mana satu cara yang paling mudahkan pembeli?

Bukan setakat pembelian. Perlu juga kita sebagai penjual untuk cakna macam mana cara paling senang untuk pelanggan guna produk kita?

Contoh macam beli handphone. Bila rosak ada waranti atau tak? Ada bantuan online atau tak? Boleh buat servis penyengaraan dengan segera atau tak?

Kalau beli kereta lagi la banyak yang perlu kita pertimbangkan. Inilah soalan-soalan yang pembeli dan penjual perlu ada jawapan sebelum membeli dan menjual supaya kedua pihak senang buat urusan dengan yang lain.

Produk dan servis tu mestilah bantu pembeli untuk selesaikan masalah ataupun ‘pain points’ dan berikan kesenangan pada diri sendiri.

Personalisasi

Salah satu sebab lain orang membeli dari spesifik produk atau jenama adalah untuk personalisasi.

Pelanggan nak beli produk yang dibuat khas untuk dia. Jadi, produk mana yang boleh jadi precious pada pelanggan? Produk macam mana yang boleh jadi sentimental value pada pelanggan?

Selalunya bila kita pergi melancong mesti nak beli souvenir yang ada nama kita atau ahli keluarga lain.

Atau kita nak bertunang atau nikah dan ada ukiran nama pasangan pada cincin.

Itu salah satu contoh personalization dalam produk. Contoh lain pula macam orang yang nak renovate rumah jadi dia nak rumah tu ikut design sendiri, yang nak beli kereta dengan no plat khas, dan juga macam nama-nama kat tin air Coca Cola ni.

Bila pelanggan rasa jenama tu boleh buat servis atau produk yang khas untuk dia saja, dia akan datang banyak kali untuk beli produk atau servis lain. Jadi, pada peniaga, jom mula sediakan servis yang ada personalization.

Buat produk dan servis yang khas untuk setiap pelanggan.

Jadi, inilah aspek yang penting bila kita nak buat bahan marketing. Bila kita ada 5 aspek ni dengan kuat dalam produk kita, lebih mudah nak buat marketing dan lebih mudah nak tarik customer.

Kita beli produk yang beri kita manfaat paling banyak pada harga paling rendah. Jadi, list ni berguna untuk kedua pihak, sama ada pembeli atau penjual.

Kalau anda penjual, jom tingkatkan kriteria produk dan marketing anda; dan kalau anda pembeli, jom tengok mana satu sebab anda membeli produk atau servis! 🀩

Leave a comment