Tips Growth Hacking

4 Rahsia Growth Hacking Untuk Bantu Bisnes Berkembang Dengan Bajet Dan Masa Berpatutan

Growth hacking adalah salah satu cara termudah untuk startup meningkatkan perkembangan perniagaan. Banyak peniaga kecil bimbang cara meningkatkan perniagaan dengan duit yang sikit. Bajet yang ada diguna untuk kekalkan kualiti produk, dan tidak dibelanjakan banyak untuk perkembangan perniagaan, walaupun sangat penting untuk permulaan bisnes.

The end goal of every growth hacker is to build a self-perpetuating marketing machine that reaches millions by itself.

AARON GINN, GROWTH HACKER & PRODUCT MANAGER
Macam mana nak mula Growth Hack?

Jom baca cara-cara growth hacking ni untuk bantu bisnes anda berkembang dengan jaya! πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»  

β€œGreat marketing only makes a bad product fail faster.” 

DAVID OGILVY, FATHER OF ADVERTISING

1 : Product Market Fit

Buat produk yang sangat diperlukan oleh orang ramai sesuai dengan peredaran semasa. Produk yang boleh menonjol antara lain, dan ada keunikan. Produk hebat yang sesuai dengan pasaran. Di era digital ini, produk yang tidak baik dapat tersebar sekelip mata, tetapi tidak akan dapat dijual. Sama macam apa yang David Ogilvy cakap.

2 : Cari Growth Hack Bersesuaian

“To be successful and grow your business and revenues, you must match the way you market your products with the way your prospects learn about and shop for your products.”

BRIAN HALLIGAN, CEO OF HUBSPOT INC
Penting untuk faham, tak semua perniagaan ada growth hack yang sama. Ada perniagaan yang lebih berkesan guna growth hack yang berbeza daripada yang lain. Tetapi yang paling penting ialah satu growth hack tak boleh digunakan sama rata oleh semua orang.

Pastikan target pasaran anda, kembangkan growth hack dari situ. Analisis data dari perniagaan anda. Dan kemudian, rancang growth hack anda dari semua data tersebut, setelah anda lihat dan faham gambaran yang lebih besar.

3 : Ikut ‘Funnel’

Acquisition – pastikan orang kenal jenama anda

Anggarkan jangkauan bisnes anda dan bagaimana reaksi orang terhadap iklan anda. Adakah mereka suka atau tak? Adakah mereka klik atau adakah sasaran anda perlu ditukar?

Dapatkan prospek anda dengan cara yang paling dipercayai dan menjimatkan kos, tanpa membebani perniagaan anda.

Activation – beri pengguna pengalaman membeli yang gembira

Growth hack perniagaan juga perlu melibatkan pelanggan. Penting untuk mereka ada pengalaman pertama yang ceria untuk mengekalkan imej jenama anda yang baik, dan first impression biasanya berlaku di website anda.

Aplikasi yang function untuk ini adalah Crazy Egg yang dapat menunjukkan tingkah laku pelanggan di website anda, bahagian mana yang pelanggan suka klik dan baca, atau bahagian mana yang pelanggan hanya sekilas pandang, jadi anda dapat menganalisis bahagian mana yang harus diperbaiki, dan bahagian mana yang harus dijaga.

Growth hack melibatkan pengalaman pertama pelanggan, first impression jenama anda, kerana ia pasti akan membantu pelanggan anda menjadi pelanggan yang ulang pembelian apabila mereka mempunyai kesan yang baik terhadap jenama anda.

Retention – pastikan pengguna beli lagi

Apabila anda mempunyai pelanggan yang gembira, pastikan mereka kekal dan kembali lagi! Sebilangan besar pelanggan kehilangan minat pada jenama selepas beberapa hari.

Kerja keras untuk kekalkan pelanggan yang ada, pastikan mereka beritahu dunia tentang produk anda, rakan dan keluarga mereka. Tapi, terus juga cari pelanggan baru, dan kumpulan mereka akan masuk ke ‘funnel’ perniagaan kita.

Revenue – macam mana buat duit

Anda ada pelanggan sedia ada dan dah reach lebih ramai audience. Sekarang anda boleh mula menjual produk anda. Mungkin menawarkan beberapa diskaun, atau kombo beli. Optimize pendapatan anda adalah penting, dan perhatikan juga ROI anda.

Ada orang yang dah add-to-cart produk anda. Jangan biarkan mereka tinggalkan cart! Pastikan mereka membeli produk anda. Promosikan faedah produk anda! Beri mereka penghantaran percuma ketika membeli melebihi jumlah tertentu, atau barang percuma apabila mereka membeli melebihi harga tertentu!

Optimize dari pelanggan sedia ada anda.

Referrals – pastikan mereka beritahu orang lain

Cara termudah untuk buat ini adalah dengan menawarkan voucher bila mereka sebarkan berita di tentang produk anda. Sebilangan besar jenama memberikan kod kupon diskaun apabila mereka mempromosikan jenama, dan ia berkesan!

4 : Tambahbaik Produk 

Interaksi dengan pelanggan anda dan minta maklum balas mereka. Apa yang akan mereka tingkatkan berdasarkan pengalaman membeli mereka? Bagaimana mereka mahu produk dihantar atau dibungkus? Bagaimana mereka mahu produk itu dikongsi?

Teliti maklum balas mereka. Hipotesiskan kos dan hasil. Dapatkan maklum balas daripada mereka supaya anda dapat meningkatkan produk dan terus berkembang! 

“Constantly hypothesize new ideas, test, measure, and repeat until you hit a point of diminishing returns.”  

NEIL PATEL, CO-FOUNDER NEIL PATEL

Jom tinggalkan emel anda di sini untuk dapat tips terbaru tentang marketing dan bisnes! Untuk baca post lain, boleh rujuk di sini.

Leave a comment