Tips Social Media Marketing; Twitter Dan Facebook Untuk Business Owners

Post yang Monocal buat mingguan kat blog, Twitter, Instagram dan Facebook ni adalah content marketing. Tahu tak dalam masa kita main Twitter, Instagram dan Facebook, kita masih boleh buat marketing? Jom baca tentang social media marketing!

Published on:

Post yang Monocal buat mingguan kat blog, Twitter, Instagram dan Facebook ni adalah content marketing. Tapi, tahu tak dalam masa kita main Twitter, Instagram dan Facebook, kita masih boleh buat social media marketing?

Post kali ni nak cerita pasal jenis social media marketing 🚀👇🏻👇🏻👇🏻

Twitter

Sebabkan Twitter ni secara azalinya ayat pendek-pendek je, marketing pun kena ikut juga pendek-pendek. Yang boleh buat thread la, quote la, 280 characters tu semua recent updates. Tapi, ada cara lain untuk kita buat marketing selain dengan content marketing di Twitter.

Nak buat ads twitter ni ada beberapa cara. 

  • I – Promoted tweet: basically paid ads dimana tweet ni akan sampai pada orang yang tak pernah tengok account bisnes kita. Macam tweet biasa, promoted tweet ni kita boleh like dan retweet, nak reply pun boleh! 

Promoted tweet ni akan muncul di timeline kita, sama macam tweet lain dari account yang kita follow, tweet yang orang retweet, dan like dan bezanya bawah tweet tu ada dinyatakan tweet tu promoted.

Yang rancak main twitter mesti biasa tengok promoted tweet tapi bagi yang tak pernah tengok, promoted tweet tu nampak macam ni: 

  • II – Promoted account: 85% audience percaya yang promoted account bantu mereka discover new businesses, jadi promoted account ni memang function untuk advertise bisnes di Twitter.

Selalunya promoted tweet ni akan muncul bila orang yang kita follow ramai yang follow promoted account tu juga.

Rupa promoted account tu macam ni: 

  • III – Promoted trends: yang ni pula kita boleh tengok kat bahagian trend. Promoted trend ni kita boleh promote tags atau story yang berkaitan dengan trend tu dan bentuknya macam ni:

Kalau orang guna tag yang kita buat tu, bisnes kita akan dapat organic exposure untuk ads campaign kita. Kita pilih objective campaign, ad type dan bayar untuk tu. 

  • IV – Tweet engagement: campaign untuk tweet engagement ni selalunya dalam bentuk promoted tweet dan hashtag yang orang engage. Bila orang engage dengan tweet je kita bayar. Selain dari tu free sajaa. 

Selalunya campaign tweet engagement ni bagus untuk brand visibility dengan product release. 

  • V – Video views: campaign ni macam biasa, untuk tengok view pada video ada berapa banyak. Promotional video boleh, product video boleh, offer dan discount boleh, video pendek pun boleh. Banyak jenis video ni. 

Sebab orang main twitter pun taknak baca panjang-panjang, dan video pun tak boleh panjang sangat kat twitter. Untuk video view ni kita hanya akan bayar kalau orang tengok lebih dua saat, unmute, atau click video tu. 

  • VI – Lead generation: untuk twitter, lead generation ni automated process dan twitter akan share nama, email dan twitter handle bisnes. Kita bayar ikut berapa banyak lead yang kita dapat. 
  • VII – App install/re-engagement: untuk ni pula, kalau bisnes kita ada app, twitter boleh iklankan app kita tu pada users. Kalau ada user yang dah install app kita tapi jarang guna, twitter boleh juga . romote apps tu supaya user akan re-engage dengan apps tu. 

Selesai untuk twitter advertising, jom masuk Facebook advertising pula, berapa banyak jenis campaign yang kita boleh buat. 

Facebook

Facebook zaman top dia dah berlalu tapi sampai sekarang di Malaysia masih ramai yang guna Facebook. Paling tak pun, ada account Facebook walaupun tak guna bertahun. Jadi bila kita buat iklan di Facebook memang berbaloi. Ini antara jenis kempen Facebook

  • I – Domain ad: mungkin anda salah satu business owner yang taknak advertise secara terang so boleh cuba buat campaign domain ad ni sebab dia akan tunjukkan tajuk, description dengan link and benda ni berguna untuk lead generation. 
  • II – Page post link: untuk jenis page post link pula, akan ada gambar yang menarik perhatian, dan bila kita post ad ni, kita boleh test text dengan link sekali. Kalau kita nak boost engagement, kena la rajin-rajin check page post link ni punya comment and interact with the comment. 
  • III – Carousel: untuk bisnes e-commerce, memang patut guna ni bila advertise on facebook. Sebabnya carousel ni dia ada single ad strip, dan lebih kurang macam page post link. Tapi carousel boleh include up to 5 links. 
  • IV – Canvas: bila buat canvas ad kat facebook pula, your ad akan nampak secara full screen bagi orang yang scroll fb on mobile device, dan tiada external link, so senang untuk user scroll gambar kat situ je. 
  • V – Page like ads: ni bentuk yang kita biasa nampak kat fb sebab dia nampak macam page tapi sebenarnya ads. Bagus sebab ada clear CTA yang orang boleh tekan dan  boleh tingkatkan page likes. Yang penting gambar high quality dan cantik, dan kita ada targeted audience. 
  • VI – Offer: kalau untuk offer ni page kita kena ada likes lebih 50 sebab facebook nak promote offer ni dengan clear CTA untuk terus tarik audience.
  • Events: untuk local bisnes bagus buat ni sebab kita boleh limit targeted audience through place and ajak current and new customers to join our events. 
  • VIII – Lead ads: last but not least, leads ads ni selalunya untuk warm up customers to our brand. Bila mereka dah pernah nampak atau dengar brand kita, barulah senang nak jadikan mereka leads.

Leads ads ni ada form dimana user akan isi information jadi bila mereka isi, kita akan dapat information yang user di social media tersebut isi dan jadikan kita senang nak persuade mereka beli barang/ servis.


Untuk harini tu saja post pasal social media marketing. Untuk social media lain macam instagram, linkedIn, tiktok atau snapchat kita simpan hari lain pula.

Kalau nak tahu, Monocal ada digital marketers yang hebat buat social media advertising, lagi-lagi Facebook 🤩 Kalau nak tahu lebih lanjut, jom tinggalkan emel anda dan kami akan hubungi anda!

Jangan lupa subscribe di sini supaya tak terlepas blog post yang penuh dengan tips marketing dan bisnes lepas ni 🚀🚀🚀

Leave a comment