MONOCAL CASE STUDY:
Pencapaian kami bersama Brand X:
✔ Scale bisnes brand X dari RM70K kepada RM300K sebulan
(niche kesihatan)
✔ Naikkan Average Order Value (AOV) dengan ubah harga & bundle package di Salespage
✔ Kini berada di 42 cawangan outlet di Malaysia
Di Monocal, kami sentiasa komited untuk grow bisnes client kami to the next level.
Banyak brand yang approach kami bukannya baru nak buat bisnes, dah pernah dah meletup sales tapi sampai satu tahap sales dia akan stuck pada satru tahap je.
Majoriti founder dah cuba segala tips yang ada, pergi semua kelas, tapi tanpa fundamental yang mendalam dalam marketing, akhirnya akan buntu juga.
Disinilah kami mainkan peranan penting - iaitu untuk analisa strategi marketing bisnes anda dan kickstart balik dengan strategi yang betul. Barulah boleh fikir nak scale bisnes ke bulan!
Hujung tahun 2021, kami berpeluang untuk bekerjasama dengan sebuah brand produk kesihatan wanita ini. Dah 7 tahun berada di pasaran dan mempunyai market segment yang sangat spesifik.
Namun dengan bisnes yang terlalu bergantung kepada salesteam, memang susah nak scale. Nampak mudah kan? Grow salesteam, sales naik. Hakikatnya, lebih ramai manusia, lebih banyak emosi. Emosi down, sales terus drop. Akhirnya terpaksa pecat semuanya.
Dengan berbekalkan 4 orang yang tinggal dalam syarikat, Founder X berjumpa dengan kami untuk bantu dari segi marketing.
Akhirnya, tanpa memerlukan team sales yang ramai, kami berjaya gandakan sale bulanan sebanyak 5X. dari RM70K kepada RM300K sebulan secara konsisten!
Case study ini akan tunjuk perjalanan Growth Partner kami, dan bagaimana kami push bisnes ke peringkat seterusnya. Strategi ini boleh digunakan oleh semua jenis bisnes.
Sebelum bekerjasama dengan kami, Founder X terpaksa pecat kesemua 10 orang sales team company dia.
Puncanya, team yang TOKSIK. 1 kepala yang toksik, habis semua merebak sampai sales drop. Buat penat je beliau train sales team. Waktu itu, sales terlalu bergantung pada mood sales team - Mood okay, sales okay. Kalau gaduh dengan BF haritu habis la sales. Belum lagi kes pecah amanah.
Jadi, dah serik dan taknak pening kepala beliau pun berhentikan semua sales team. Tinggal beliau, suami, packer parcel, dan seorang customer service.
Pada November 2021, Founder X datang kepada kami dengan objektif untuk rekrut lebih ramai ejen. Konsepnya mudah, bertambah ejen, bertambahlah sales.
Kami bantu Founder X untuk buat video iklan rekrut ejen serta salespage yang menarik orang untuk join sistem ejen beliau.
Sambil kami run iklan rekrut ejen kami terdapat ilham💡, produk macam ni boleh buat run eCommerce ni!
Kami consult Founder X untuk benarkan kami test kempen Conversion untuk dia tanpa caj tambahan.
Kami gunakan content-content yang ada sebelum ni, gali segala testimoni yang ada. Salespage live je terus run iklan.
And guess what?
ROAS mencanak selama seminggu.
Masa tu kami rasa hebat lah, konon ada Magic Touch gitu. Run ads je ROAS meletup. Cehhhhh....
Tak lama kami happy. Beberapa minggu lepas itu terus ROAS drop menjunam. Dah kenapa kan? Elok je sebelum ni.
MESTI ADA SOMETHING WRONG...🤔
Kami bedah sales channel dia. Kami nampak, sales Shopee dapat peningkatan yang mendadak. Rupanya sales funnel ada kebocoran - orang tengok iklan, masuk salespage, tapi tak beli disitu, tetapi pergi Shopee, beli di sana.
Bar Ungu = Woocommerce (salespage)
Bar Oren = Shopee
Cuba zoom graf di atas. Perhatikan perbezaan data dari kiri ke kanan. Kiri adalah sebelum kami run ads ke salespage, kanan selepas kami run ads ke salespage. Pada waktu ini, data iklan Facebook kami sedang rugi, ROAS teruk. Inilah yang buatkan kami buntu pada mulanya, sehinggalah client bagitahu sales Shopee naik mendadak. Barulah kami sedar yang sebenarnya ada kebocoran sales di platform Shopee.
Itulah nature jual beli rakyat Malaysia, Kami tak boleh paksa jika itu pilihan mereka untuk beli disitu. Apa yang bisnes boleh buat?
Yang penting SALES STILL MASUK!
Data graf juga membuktikan, lagi besar kita spend Ads, lagi besar sales Shopee. Dah tahu ni, kami terus spent lebih besar bajet iklan.
Bayangkan anda spent Ads RM11K tapi sales hanya RM22K - ROAS 2x je! Hakikatnya ada lagi sales Shopee RM16K. Total sales RM38K - ROAS 3.5x!
Pernah sekali kami ingat nak tutup je Shopee store brand ni. Sebab ganggu FB Ads - tak detect ads yang mana satu convert.
Tapi kami fikir balik kenapa orang membeli di Shopee:
1. Dapat coin cashback.
2. Banyak review di Shopee, more trust
3. Boleh Shopee Pay Later - sistem Buy Now Pay Later(BNPL) Shopee yang membolehkan pelanggan bayar secara ansuran.
So memang NO BRAINER kenapa ada yang suka beli di Shopee
Jadi kami decide untuk maintain channel Shopee ni walaupun dekat FB Ads manager ROAS 1x. Sebab kami faham sales di Shopee akan cover balik.
Sebenarnya bukan 1 channel saja naik. Produk ni ada juga berada di rak retail store. Founder X bagitahu jualan retail dia juga mula nampak peningkatan.
Bukan itu saja
Ejen-ejen yang dah lama senyap dah jadi macam zombie, mula hidup semula dan kembali restock secara konsisten setiap bulan.
Founder X berasa pelik bagaimana boleh jadi sebegini, padahal tiada run ads untuk ejen, untuk retail.
Inilah masanya kami educate semula Founder X tentang Omnichannel Marketing dan Marketing-Efficiency-Ratio(MER) dalam strategi marketing bisnes beliau
Sebab konsep Facebook Ads adalah tools untuk dapatkan pelanggan baru. Kami berbincang dengan founder bahawa beliau tak perlu kejar untuk dapat ROAS gula-gula di FB Ads Manager. Tapi fokus kepada channel yang bawa masuk duit. Sebab akhirnya akan bawa profit juga.
Selepas itu gerak kerja kami fokus kepada Omnichannel Marketing. Apa itu Omnichannel Marketing?
Omnichannel marketing ni bahasa mudahnya brand kita ada dimana-mana. Supaya kita dapat tingkatkan touch point pelanggan.
Buka Facebook keluar iklan kita. Search Google produk kita keluar di rank pertama. Masuk Shopee ada lagi iklan kita. Masuk Tiktok kena lagi. Dari semua arah kita ada dimata bakal pelanggan.
Kita run Shopee Keyword Ads, kita tahu orang masuk Shopee untuk membeli. Make sure rank produk naik ke atas. Boleh sailang sales pesaing yang ada. Sales di Shopee adalah gabungan dari Fb Ads + Shopee Ads. Jadi sebab itu nampak macam sales gula-gula di Shopee.
Kami runkan email marketing. Selepas customer beli kami masukkan terus ke dalam email flow untuk tingkatkan repeat purchase. Kami set 12 content yang akan dihantar seminggu sekali. Isi dengan content jenis tips dan cara-cara untuk atasi masalah sekian-sekian untuk naikkan trust pelanggan yang dah beli. Baru Lifetime Value (LTV) customer tinggi, kos marketing pun semakin murah
Channel marketing dah setel, tetapi kerja agensi Monocal tak habis di situ.
Bila dah scale FB Ads level RM2K-3K sehari, lebih ramai orang tengok iklan. Bila semakin ramai, ads creative cepat tepu.
Creative iklan tak kira video atau poster kena sentiasa testing, testing bukan main hentam buta tuli, tetapi dengan menggunakan data.
Tengok balik data, creative bagaimana yang relevan dengan audience, creative mana yang bagi kos paling murah. Hook video bagaimana yang buat orang tertarik dan tengok sampai habis.
Barulah iklan itu convert. Bila convert kos iklan semakin murah.
Tetapi untuk dapat iklan yang convert, bukan sekadar kerjasama dari pihak agensi, tetapi Founder juga memainkan peranan untuk menjayakan iklan.
Dengan Founder X tiada masalah sebab dia sudah trust kita, apa-apa direction creative dia setuju. Nak jadi talent pun dia tidak kisah. Inilah ciri-ciri founder berjaya, yang tak takut untuk get their hands dirty
BRAND X CHECKLIST
✔ Marketing Strategy
✔ Omnichannel Marketing
✔ Salespage yang Convert
✔ Creative Yang Convert
Dengan ini Founder X tidak perlu susah-susah hire marketer, creative designer, web developer, creative strategist, videographer bagai - semuanya Monocal dah setelkan.
Seperti graf yang anda lihat pada awal tadi. Founder X sangat happy dengan kerjasama kami dan kekal menjadi our Growth Partner sehingga hari ini.
Sedar tak mengapa kami gelar diri kami Graowth Partner dan bukan sekadar Marketing Agency?
Kerana dalam bisnes, seorang partner adalah seorang yang sama-sama menjayakan bisnes. Sentiasa ada ketika di atas, dan juga dibawah, Win-win.
Kami bukannya satu entiti yang hanya run ads dan tinggalkan begitu saja, kami akan pastikan goals bsines anda align dengan kami. Kami akan pastikan kami sama-sama ingin melihat bisnes anda berjaya. Sebab itu kami akan lakukan segalanya to make it happen.
Sekarang kami sedang buka peluang untuk menjadi the next Growth Partner
TERHAD UNTUK 1 SLOT SAHAJA
Kami tak ambil ramai client, kerana kami sentiasa berpegang pada
KUALITI > KUANTITI
supaya kami dapat fokuskan segala tenaga kami untuk bisnes anda
Jadi, anda dah bersedia menjadi Growth Partner bersama Monocal?
WORK WITH MONOCAL
Ready To Take Your Business To The Next Level?
✔ Pengalaman
Kami dah handle lebih dari 50+ client dari pelbagai niche. Dari kesihatan, fashion, makanan, sistem ejen, crowdfunding. Jadi macam-macam jenis iklan yang kami dah test. Kami tahu jenis iklan macam mana masuk dengan niche-niche tertentu.
Ads budget yang kami dah spend hampir RM10 Juta. Boleh bayangkan berapa banyak iklan yang kami dah buat dan test. Kami dah ada winning framework yang boleh diapply dimana-mana bisnes
Kami handle Website dan Salespage anda. Kami adjust salespage sehingga dapat conversion rate yang ideal.
Kami split test, monitor dan optimize secara konsisten sehingga terbukti mampu memberi result yang terbaik.
Kami bukan saja dapatkan customer baru, kami bantu anda dapatkan repeat customer supaya dapat naikkan Lifetime Value customer anda. Tak risau lagi untuk laburkan kos marketing.
.
Team creative in house kami akan produce creative dengan messaging yang tepat dan yang paling penting convert.
Setiap creative yang dihasilkan akan sentiasa di optimize secara konsisten sehingga terbukti mampu memberi result yang terbaik
Jika gambar atau video memerlukan perubahan bagi mengekalkan kos dan prestasi iklan, kami akan ubah secepat mungkin
Creative anda juga akan dipantau secara berterusan sama ada ia bersesuaian atau tidak dengan kempen iklan semasa anda
KENALI KAMI
Bermula daripada 2016, kami berkembang sebagai “full-service” agensi digital marketing, kami terapkan prinsip ‘revenue-driven KPI’ yang membantu ramai bisnes owner di luar sana mencapai jualan sehingga 7 angka.
Afif Rus, Director Monocal
Addnaf, Video Editor
Ilyas, Creative Strategist
Afiq, Graphic Designer
Haziq, Digital Marketer
Wan, Digital Marketer
TONTON VIDEO PENDEK INI
“Sekarang saya sudah faham kenapa ramai orang recommend Monocal. ‘End-to-end capability’ daripada mereka membolehkan saya fokus untuk kembangkan bisnes saya lebih jauh lagi” - Puan Durruz Azam
Anda mempunyai bajet iklan sehingga 5 angka setiap bulan untuk spend pada iklan berbayar
Sales bisnes anda dah lama stuck, berbulan-bulan masih di tahap yang sama.
Anda mempunyai team lebih daripada 5 orang dan sudah bersedia nak kembangkan bisnes
Anda submit form dan kami akan set online meeting bersama. Kami tak pitch anda, hanya nak tahu situasi bisnes anda sekarang dan kemana anda nak bawa bisnes anda.
Kami akan analisa dan menilai bisnes anda untuk lihat sama ada kami boleh bantu untuk grow bisnes anda. Ini adalah proses untuk menentukan sama ada kita sesuai untuk berkerjasama.
Langkah seterusnya adalah komitmen kepada tempoh percubaan 3 bulan untuk bekerjasama ke arah grow bisnes anda.
Jika kedua-dua pihak berpuas hati dengan hasilnya, agreement akan bersambung dan kita boleh bincang tentang Growth Partner
Mari Kita Bincang
Anda dapat semua benefit yang sama dengan pakej ultimate yang lebih murah. Plus akan ada juga sesi shooting gambar serta video untuk produk brand anda
Maksudnya kami akan iterate, ubah dan edit creative berbentuk gambar dan juga video anda seberapa banyak kali sehingga anda puas hati dan yang penting boleh convert
Turn-around time untuk kami sediakan creative anda adalah 3 hari (untuk video) dan 2 hari (untuk gambar) selepas permintaan dibuat
Kami ada talent in-house. Tetapi kalau anda nak guna outside punya talent pun boleh, cuma tambahan bayaran akan dikenakan
Video yang relevan untuk digunakan dalam iklan berbayar selalunya kami akan optimize untuk tidak lebih daripada 60 saat
Untuk sesi shooting di dalam kawasan Klang Valley semua free je. Nak shooting di luar kawasan Klang Valley pun boleh, tetapi tambahan bayaran akan dikenakan
Monocal – Digital Marketing Agency, 14-3F, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Email: [email protected]
Adding {{itemName}} to cart
Added {{itemName}} to cart